PORTAL PELABURAN HARTANAH NO.1* DI MALAYSIA

Moratorium automatik khas oleh bank selama 6 bulan bermula 1 April 2020

Bagi korang yang terikat dengan pembayaran bulanan pinjaman, korang boleh tarik nafas lega kerana bank telah menawarkan moratorium secara automatik selama 6 bulan.

Sebelum Tok lanjutkan lebih lanjut, moratorium bermaksud tempoh penangguhan pembayaran pinjaman oleh pihak bank.

Korang tidak perlu memohon kerana pihak bank akan terus proses moratorium secara automatik. Namun, bagi yang tidak ingin terlibat dalam moratorium, boleh menghubungi bank.

Jemput baca sama-sama maklumat moratorium automatik oleh bank ni. Semoga membantu.

Antara bank-bank yang terlibat dalam penangguhan bayaran pembiayaan secara automatik ini adalah:

Korang tak perlu memohon kerana ianya adalah automatik bermula 1 April 2020. Kecuali kalau korang tidak mahu terlibat dalam moratorium automatik ini, korang boleh menghubungi bank untuk details lebih lanjut.

Untuk lebih faham moratorium automatik bank, korang boleh rujuk gambar di bawah ye? Tok dah compilekan khas untuk korang.

moratorium bank

Kesan moratorium ke atas pinjaman perumahan anda – Kena bayar lebih ke?

Perkongsian ni Tok daripada Cikpuan Amanda Chong. Jom baca sama – sama.

Saya dan team Research kami dah buat analisa terperinci berdasarkan beberapa scenario untuk mengetahui impak sebenar moratorium 6-bulan tersebut kepada pinjaman perumahan anda.

Kami buat simulasi dengan jumlah pinjaman, tempoh pinjaman, jumlah bayaran balik dan kadar faedah (interest rate) yang berbeza.

(Memang tu pun kerja kami setiap hari )

Hasil kajian kami menunjukkan:

1. Tempoh pinjaman anda akan bertambah sebanyak 15-23 bulan jika kadar bayaran bulanan anda sama seperti biasa, selepas tarikh 1 Oktober 2020, dengan anggapan kadar faedah tak berubah. (Interest rate sama)

2. Jika anda nak tempoh pinjaman anda kekal sama seperti biasa, bayaran bulanan anda hanya perlu ditambah kurang dari 2.5% je.

Contohnya, jika bayaran bulanan anda RM1,500, anda hanya perlu tambah RM37.50 sebulan (maksudnya korang tak payah makan kat luar 1 kali je. Masak kat rumah)

3. Yang lagi best, kalau Bank Negara umumkan penurunan kadar OPR lagi 0.25% dari kadar sekarang, dan bank anda pun turunkan lagi interest rate tersebut,

anda tak perlu bayar ekstra apa-apa, dan tempoh pinjaman anda akan kekal macam biasa seolah-olah takde moratorium ni!

Yeah!

1
2
3

Kesimpulannya,

1. Ambil je la moratorium tu. Tak payah fikir banyak sangat. Jika bayaran bulanan anda RM1,500, 6 bulan lagi anda dah ada ekstra RM9,000 dalam tangan. Boleh guna untuk dana kecemasan atau melabur di tempat lain. 

2. Siap sedia untuk naikkan bayaran pinjaman bulanan anda lepas moratorium tersebut berakhir – dan jangan lanjutkan tempoh pinjaman anda melainkan anda memang tak mampu nak bayar ekstra 2% dari bayaran bulanan sekarang.

3. Dengan cuaca ekonomi yang tak menentu, ada kebarangkalian tinggi untuk kadar faedah (interest rate) turun lagi 0.25% dalam tempoh 6-9 bulan akan datang.

Bila kadar faedah turun lagi, maka moratorium 6-bulan ni seolah-olah takde kesan ke atas pinjaman anda.

Saya harap anda belajar sesuatu dari perkongsian ini. Boleh dah nak rasa lega sikit sekarang ni.

[Nota: analisa kami adalah berdasarkan anggapan yang pihak bank mengenakan ‘compounding interest’, tetapi sebenarnya banyak bank yang dah umumkan mereka takkan buat sebegitu, jadi lebih bagus untuk kita semua. Analisa ni berdasarkan worse case scenario]

Bukan semua mampu untuk beli rumah buat masa sekarang. Ada yang baru nak mulakan hidup selepas tamat study. Ada yang baru mula bekerja. Ada juga yang lebih memilih untuk menyewa sampai sekarang.

Tak salah pun menyewa. Kita sendiri tahu kemampuan kewangan kita.

Nak beli rumah pun, bukannya terus boleh main beli. Perlukan ilmu dan faham hartanah yang macam mana nak beli. Tak boleh main terjun je beli hartanah. Nanti tersalah jalan, boleh pening bertahun – tahun lamanya.

Sebagai penyewa, kita haruslah tahu apa hak – hak kita sebagai penyewa dan juga macam mana nak untung dengan menyewa.

Ebook terbaru GilaHartanah ini adalah PERCUMA buat masa yang terhad! Jom dapatkan sekarang. Klik gambar di bawah sekarang kalau anda nak dapat ebook ini.

[KLIK GAMBAR SEKARANG]

ebook menyewa 1

Comments are closed