PORTAL PELABURAN HARTANAH NO.1* DI MALAYSIA
kewangan-sihat

Nak Capai Kewangan Sihat? Ini 3 Dosa Urus Duit Yang Anda Kena Elak

Cakap pasal pengurusan kewangan ni, macam biasa Tok akan sentuh benda basic dulu.

Bukannya apa, kalau ilmu asas pun kita masih lagi blur, macam mana kita nak teruskan ke ilmu yang lebih advance dan capai kewangan sihat?

Mungkin ada yang lain definisi kalau cakap pasal kewangan sihat ni. Tapi sebagai asas, Tok sarankan korang elaklah 3 tabiat yang dikongsi Tuan Zainal Zulia ni. Bukan apa, Tok nak korang elak dari masalah kewangan je nanti.

Tabiat #1: Berbelanja dulu, baru menyimpan

Kita selalu dikejutkan dengan ramai graduan yang diisytihar muflis mula bekerja.

Bagaimana hal ini boleh berlaku?

Ini sebab bila mereka terima gaji bulanan, mereka cenderung untuk berbelanja terlebih dahulu, dan hanya meninggalkan sebahagian kecil gaji bulanan untuk disimpan.

Malah yang lebih kronik, mereka memilih kad kredit sebagai jalan mudah untuk berbelanja semata-mata mahu memuaskan nafsu mereka. Yang akhirnya, mereka lemas dalam krisis kewangan yang mereka cipta sendiri.

Ini adalah tabiat buruk yang ramai orang buat. Tak kiralah berapa besar pun gaji, kita sehabis daya ingin menghabiskan duit itu.

Bahkan, walaupun baki akaun tinggal RM100 sekalipun, kita akan tergoda untuk berbelanja terutamanya apabila termakan dengan godaan musim jualan murah.

Solusi yang patut anda buat

Saya syorkan agar korang menyimpan duit simpanan itu kat dalam akaun berasingan.

Mulakan dengan kadar simpanan kecil, hatta RM50 pun.

Mulakan dan biasakan tabiat ini, korang bakal ada simpanan yang akan meningkat secara berperingkat. Korang juga akan cenderung untuk lebih berjimat-cermat, dan bertindak matang dalam berbelanja.

Cadangan: Wujudkan akaun untuk tabung penampan korang, sekurang-sekurangnya berjumlah 3 bulan gaji korang.

Tabiat #2: Langsung tak pasang niat nak gandakan wang simpanan

Apakah agenda seterusnya apabila telah berjaya mewujudkan tabung penampan?

Mula gandakan duit korang dengan pelaburan.

Simpanan dalam tabung penampan hanya mampu berkembang dalam kadar 1-2% setahun, dimana ia tak akan terkesan dek krisis inflasi untuk jangka masa panjang.

Solusi yang patut anda buat

Peringkat permulaan, saya sarankan agar korang melabur dalam saham amanah. Dalam masa sama, korang juga perlu tetapkan matlamat dan jangka masa pelaburan korang ya.

Pelaburan saham amanah adalah lebih baik untuk jangka masa 3 hingga 5 tahun.

Contoh Perbandingan Pelaburan

1) RM100 sebulan selama 30 tahun

  • Simpanan dalam bank (purata 2% setahun) : RM49,310
  • Simpanan dalam saham amanah (Purata 9% setahun) : RM171,734

Mulakan pelaburan anda, selepas anda punyai simpanan 3 bulan gaji anda!

kewangan-sihat

Tabiat #3: Nak kewangan sihat tapi tak pentingkan ilmu dan cari tunjuk ajar mentor

Masa korang suarakan hasrat untuk melabur, berduyun-duyunlah ejen saham amanah, dan ejen insurans datang dekat korang, memujuk dan menggoda untuk melabur bersama mereka.

Ini situasi yang normal.

Tapi ramai individu buat keputusan secara melulu sebab termakan pujuk rayu ejen, tanpa fahamkan instrumen pelaburan yang sesuai dengan kehendak dan objektif mereka.

Secara amnya prioriti utama ejen adalah mendapat jualan dan meraih komisen, daripada membantu korang memahami lebih dalam risiko sebenar dan tujuan instrument pelaburan tersebut.

Dan Tok nak korang faham satu perkara. Tak semua ejen perangai macam ni. Itu sebab korang kena cari ejen yang bagus dan tak lokek kongsikan ilmu dan pengalaman mereka.

Solusi yang patut anda buat

Objektif korang mesti mempunyai jangkamasa (3,5, atau 10 tahun) dengan jumlah yang spesifik dan logik untuk dicapai.

Contohnya beli rumah dalam masa 5 tahun. Sambil itu juga, mengambil kira anggaran harga, kesan inflasi dan jumlah simpanan yang sedia ada.

Kalau korang serius nak capai status kewangan sihat tu, Tok sarankan korang pergilah kedai-kedai buku terdekat dan banyakkan tambah ilmu dengan buku nasihat kewangan tempatan. Ada ramai penulis yang korang boleh cari; Azizi Ali, Yap Ming Hui, Suntara Segar dan lain-lain lagi untuk mula.

Sekarang ni pun kita tengok ekonomi dok turun naik, kan? Kalau sekarang ni RM5 kita boleh dapat aiskrim sundae dekat McD, tak mustahil lagi 5-10 tahun kita boleh dapat aiskrim kon je. Dulu dan sekarang, nilai takkan sama.

Sebab Tok sayang kat koranglah, Tok sarankan korang belajar pengurusan kewangan ni awal-awal. Sebelum hujan ribut nanti, baik kita pacak khemah berteduh siap-siap, kan?

Kalau korang nak belajar banyak lagi tentang ilmu kewangan, urus duit dan hartanah, Tok sarankan korang join kelas saudara Faizul Ridzuan ni.

Kat sini banyak input baru dan ilmu mahal yang korang boleh dapat tau. Kalau minat, klik je gambar bawah ni untuk daftar, okay?

[KLIK GAMBAR SEKARANG]

kewangan-sihat
kewangan-sihat
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *