PORTAL PELABURAN HARTANAH NO.1* DI MALAYSIA

11 soal jawab tentang penangguhan pembayaran pinjaman automatik dari Maybank

Berikutan pengumuman BNM pada 24 Mac 2020, Maybank akan memberikan moratorium (penangguhan pembayaran pinjaman) automatik kepada individu dan pelanggan PKS untuk semua jenis pinjaman / pembiayaan (kecuali untuk pelanggan kad kredit dan korporat) untuk tempoh 6 bulan, berkuatkuasa 1 April 2020.

Ini untuk pinjaman / pembiayaan yang tidak tertunggak melebihi 90 hari pada 1 April 2020.

11 soalan lazim berkenaan moratorium automatik Maybank

Soalan #1:

Adakah moratorium ini automatik atau perlu hubungi bank?

Korang tidak perlu menghubungi bank sebab ianya akan automatik kepada peminjam yang layak. 

Soalan #2 :

Adakah penangguhan bayaran akan beri rekod buruk dalam CCRIS? 

Tidak. Jangan risau, ianya tidak akan muncul dalam rekod CCRIS.

Soalan #3 :

Kalau saya tidak mahu ambil moratorium, macam mana saya nak teruskan membayar loan?

Sila hubungi Early Care Center Maybank di 03- 20543105 untuk menarik diri daripada program moratorium automatik ini. Korang boleh terus membuat pembayaran balik bulanan kepada akaun pinjaman / pembiayaan.

Soalan #4 :

Macam mana kalau dah default beberapa bulan? Adakah saya masih layak untuk moratorium?

Korang masih layak jika tunggakan korang tidak melebihi 90 hari / 3 bulan berturut-turut pada 1 April 2020.

Soalan #5 :

Macam mana kalau nak panjangkan tempoh moratorium? 

Tempoh maksimum moratorium hanya 6 bulan. Pihak bank boleh mempertimbangkan untuk reschedule & restructure pembiayaan korang jika korang ada kesukaran untuk membayar selepas tamat tempoh moratorium. 

Soalan #6 :

Saya mempunyai beberapa pembiayaan namun saya hanya ingin menangguh bayaran untuk pembiayaan tertentu. Apa yang saya perlu buat? 

Sila hubungi home branch korang dan maklumkan akaun pembiayaan mana yang korang nak kecualikan daripada auto-moratorium. Selepas itu korang boleh menyambung membuat pembayaran bulanan kepada akaun pembiayaan itu. 

Soalan #7 :

Adakah ini memberi kesan jika saya ingin memohon pembiayaan baru di masa depan? 

Tiasa sebarang kesan. Korang boleh memohon sebarang pinjaman / pembiayaan baru.

 Soalan #8 :

Adakah pihak bank akan stop standing instruction secara automatik juga? 

Ya, pihak bank akan menghentikan standing instruction korang sepanjang tempoh moratorium. Jika standing instruction korang tidak berhenti, korang boleh request refund. 

Soalan #9 :

Akaun saya ada standing instruction daripada bank lain. Adakah Maybank akan maklumkan bank tersebut untuk menghentikan standing instruction? 

Korang perlu menghubungi bank tersebut untuk menghentikan standing instruction. 

Soalan #10 :

Macam mana jika selepas 6 bulan, saya menghadapi masalah untuk buat pembayaran pembiayaan? Adakah Maybank akan extend moratorium saya? 

Korang boleh menghubungi pihak bank untuk restructuring & rescheduling selepas tempoh moratorium. Sila hubungi Early Care Centre Maybank (03-20543105)

Soalan #11 :

Adakah tempoh pinjaman / pembiayaan bertambah?

Tempoh pinjaman / pembiayaan akan bertambah sebanyak 6 bulan untuk hire purchase. 

Jika korang ada sebarang pertanyaan, korang boleh hubungi pihak Maybank 1300 88 6688 atau emel kepada [email protected]

Untuk senarai penuh soalan lazim moratorium automatik Maybank, klik link di bawah:

Moratorium Maybank

Tak nak terlepas info dan tips terkini berkaitan hartanah dan kewangan? Tok nak ajak korang join Channel Telegram rasmi Gilahartanah. Klik gambar untuk join.

Jom join Channel Telegram rasmi GilaHartanah.

Comments are closed