PORTAL PELABURAN HARTANAH NO.1* DI MALAYSIA

6 soal jawab tentang penangguhan pembayaran pinjaman automatik dari CIMB

Sejajar dengan pengumuman oleh BNM, berkuat kuasa 1 April 2020, CIMB akan memberi moratorium selama 6 bulan secara automatik kepada pelanggan-pelanggan individu dan SME, selagi pembiayaan mereka memenuhi kriteria berikut:

  • Tidak mempunyai tunggakan selama lebih daripada 90 hari setakat 1 April 2020
  • Dalam denominasi Ringgit Malaysia

Butiran lanjut berkenaan dengan perkara di atas akan dikongsi pada 31 Mac 2020, termasuk penjelasan tentang kesan ke atas kemudahan kad kredit dan kebolehan untuk pilih keluar (opt out).

Soalan lazim moratorium automatik CIMB

Soalan #1 :

Bila dan bagaimanakah akan CIMB membuat pengumuman tersebut?

Butiran lanjut akan dikongsi pada atau sebelum 31 Mac 2020 melalui laman web CIMB Bank dan penerbitan-penerbitan penting.

Soalan #2 :

Adakah saya akan layak untuk menerima bantuan di bawah pakej yang dilancarkan untuk membantu peminjam / pelanggan yang terkesan oleh COVID-19?

Pelanggan Individu dan PKS layak menerima moratorium automatik selama 6 bulan selagi pembiayaan mereka memenuhi kriteria berikut:

  • Tidak mempunyai tunggakan selama lebih daripada 90 hari setakat 1 April 2020
  • Dalam denominasi Ringgit Malaysia

Soalan #3 :

Jika saya sudah memohon untuk Program Pelepasan Pembiayaan CIMB untuk Individu / PKS, adakah pakej BNM masih terpakai berkenaan dengan saya?

  • Jika Pinjaman / Pembiayaan anda memenuhi kriteria kelayakan, moratorium selama 6 bulan akan berkuat kuasa secara automatik.
  • Bagi pelanggan yang sudah memohon untuk Program Penstrukturan dan Penjadualan semula, permohonan itu akan ditukar kepada moratorium 6 bulan.
  • Jika anda tidak memenuhi kriteria kelayakan, kami akan memaklumkan anda untuk berbincang tentang pilihan alternatif.

Soalan #4

Bagaimana pula dengan kad kredit saya?

Kami masih dalam proses menyediakan butiran-butiran program untuk dikongsi pada atau sebelum 31 Mac 2020.

Soalan #5 :

Adakah saya masih perlu membuat bayaran untuk Pinjaman / Pembiayaan CIMB atau kad-kad kredit CIMB saya?

Program ini akan berkuat kuasa pada 1 April 2020. Oleh yang demikian, kami menggalakkan anda untuk menjelaskan sebarang bayaran di mana tarikh bayaran terjatuh antara sekarang ke 31 March 2020, jika anda berkemampuan untuk membuat bayaran tersebut.

Soalan #6 :

Adakah moratorium automatic ini akan diberikan untuk semua jenis Pinjaman / Pembiayaan?

Ya, kecuali Kad Kredit.

Pelanggan ada pilihan untuk menukar baki kepada pinjaman bertempoh tidak melebihi 3 tahun pada kadar faedah tidak melebihi 13% setahun. Butiran lanjut berkenaan dengan perkara ini akan dikongsi pada 31 Mac 2020.

Bukan semua mampu untuk beli rumah buat masa sekarang. Ada yang baru nak mulakan hidup selepas tamat study. Ada yang baru mula bekerja. Ada juga yang lebih memilih untuk menyewa sampai sekarang.

Tak salah pun menyewa. Kita sendiri tahu kemampuan kewangan kita.

Nak beli rumah pun, bukannya terus boleh main beli. Perlukan ilmu dan faham hartanah yang macam mana nak beli. Tak boleh main terjun je beli hartanah. Nanti tersalah jalan, boleh pening bertahun – tahun lamanya.

Sebagai penyewa, kita haruslah tahu apa hak – hak kita sebagai penyewa dan juga macam mana nak untung dengan menyewa.

Ebook terbaru GilaHartanah ini adalah PERCUMA buat masa yang terhad! Jom dapatkan sekarang. Klik gambar di bawah sekarang kalau anda nak dapat ebook ini.

[KLIK GAMBAR SEKARANG]

ebook menyewa 1

Comments are closed