PORTAL PELABURAN HARTANAH NO.1* DI MALAYSIA

12 soal jawab tentang penangguhan pembayaran pinjaman automatik dari Bank Rakyat

Maklumat ni Tok dapat dari website Bank Rakyat.

Bank Rakyat akan memaklumkan kepada peminjam tentang kemudahan moratorium automatik di website Bank Rakyat.

Sekiranya korang memilih untuk tidak menerima kemudahan moratorium secara automatik ini, sila emel kepada Bank Rakyat di [email protected] atau hubungi Pusat Panggilan Bank Rakyat di 1 300 80 5454.

Soalan lazim moratorium automatik Bank Rakyat

Soalan #1:

Apakah penangguhan pembayaran balik pembiayaan?

Tawaran ini merupakan penangguhan atau penggantungan sementara obligasi pembayaran balik pembiayaan untuk jangka masa yang terhad.

Dalam tempoh ini, pelanggan yang mempunyai pembiayaan yang memenuhi syarat-syarat tidak perlu membuat apa-apa pembayaran balik, dan bayaran lewat atau penalti tidak akan dikenakan.

Keuntungan akan terus terakru (yakni diambil kira) ke atas bayaran balik pembiayaan yang ditangguhkan dan pelanggan perlu menunaikan pembayaran balik yang tertangguh pada masa akan datang.

Pembayaran balik pembiayaan akan disambung semula selepas tempoh penangguhan.

Soalan #2 :

Apakah objektif tawaran kemudahan ini?

Tujuan pakej ini adalah untuk memberikan bantuan kepada individu dan perniagaan yang menghadapi kekangan kewangan sementara akibat wabak Covid-19.

Kami berharap pakej ini dapat membantu individu dan perniagaan yang menghadapi masalah kewangan untuk menghadapi cabaran dalam tempoh ini.

Pembayaran balik pembiayaan akan disambung semula selepas tempoh penangguhan.

Soalan #3 :

Apakah kriteria pelanggan yang akan diberikan penangguhan secara automatik?

Semua individu, perusahaan kecil dan sederhana (PKS), mikro dan koperasi dalam pelbagai sektor diberi penangguhan dalam pembayaran pembiayaan (kecuali kad kredit) yang akan dilaksanakan secara automatik oleh bank sekiranya pembiayaan memenuhi kriteria yang berikut:

  • Tidak tertunggak melebihi 90 hari pada 1 April 2020
  • Dalam denominasi Ringgit Malaysia.

Soalan #4 :

Bagaimanakah proses penangguhan sementara bayaran ansuran dilaksanakan?

Pembiayaan yang tiada tunggakan atau tidak tertunggak melebihi 90 hari pada 1 April 2020 akan dilaksanakan secara automatik.

Pelanggan tidak perlu membuat permohonan.

Soalan #5 :

Sekiranya saya memilih untuk menangguhkan bayaran balik pembiayaan, adakah rekod CCRIS saya akan terjejas?

Tidak.

Soalan #6 :

Apakah pembiayaan ini diklasifikasikan sebagai penjadualan semula (reschedule) atau penstrukturan semula (restructured)?

Tidak. Akaun ini tidak akan diklasifikasikan sebagai penjadualan semula atau penstrukturan semula dalam laporan CCRIS. Rekod adalah kekal seperti sedia ada.

Soalan #7 :

Pembiayaan saya telah gagal dibayar, bolehkah saya memohon?

Akaun pembiayaan yang sudah melebihi tunggakan 90 hari adalah tidak layak diberikan penangguhan. Pelanggan dinasihati supaya menghubungi Bank untuk mendapatkan bantuan.

Soalan #8 :

Adakah pembiayaan di bawah program penjadualan semula atau penstrukturan semula layak untuk mendapat pakej penangguhan?

Pembiayaan di bawah program penjadualan semula dan penstrukturan semula juga layak mendapatkan penangguhan tertakluk pada kriteria yang ditetapkan.

Soalan #9 :

Adakah semua pembiayaan diberikan penangguhan atau yang terkesan Covid-19 sahaja? Bagaimanakah sekiranya pelanggan tidak mahu melakukan penangguhan?

Tidak. Semua pelanggan akan diberikan penangguhan pembayaran pembiayaan secara automatik jika memenuhi kriteria dan pelanggan perlu memaklumkan kepada Bank Rakyat sekiranya ingin menolak tawaran penangguhan ini.

Soalan #10 :

Adakah pelanggan perlu memohon bagi penangguhan pembayaran pembiayaan ini?

Tidak. Semua pembiayaan individu, PKS, mikro dan koperasi (tidak termasuk kad kredit) yang memenuhi kriteria akan secara automatik layak untuk ditangguhkan.

Soalan #11 :

Berapa lamakah tempoh penangguhan pembiayaan diberikan?

Buat masa ini, pihak Bank hanya menawarkan penangguhan selama enam bulan sahaja kepada pelanggan yang memenuhi kriteria.

Walaupun begitu, tempoh penangguhan melebihi enam bulan boleh dipertimbangkan berdasarkan permohonan pelanggan. Oleh itu, pelanggan boleh menghubungi Bank jika memerlukan tempoh penangguhan yang lebih lama.

Soalan #12 :

Produk pembiayaan manakah yang layak untuk menerima penangguhan ini?

Semua produk Bank layak menerima penangguhan ini.

Walaupun begitu, untuk produk kad kredit-i, pelanggan perlu melakukan permohonan terlebih dahulu untuk mendapatkan penangguhan.

Tak nak terlepas info dan tips terkini berkaitan hartanah dan kewangan? Tok nak ajak korang join Channel Telegram rasmi Gilahartanah. Klik gambar untuk join.

Jom join Channel Telegram rasmi GilaHartanah.

Comments are closed