Sumber gambar: dromo.co

5 kepercayaan karut tentang loan rumah. Buat, dan kewangan anda pasti sakit

Bukan senang nak beli rumah.

Proses ni perlukan kesabaran dan juga usaha yang wajar (due dilligence). Kalau silap langkah, kewangan kita boleh sengsara untuk satu tempoh yang lama.

Dan Tok percaya. Korang pasti nak elak masalah ni selagi boleh. Betul tak?

Antara langkah yang korang wajib buat adalah kenal pasti kepercayaan karut tentang loan rumah.

Jom hadamkan perkongsian yang Tok baca kat blog iMoney ni.

Mitos #1: Hanya perlu kumpul 10% pendahuluan untuk beli rumah

Memang betul. Kita perlukan paling kurang 10% untuk membayar pendahuluan bila nak membeli rumah nanti.

Dan mungkin sebab terlalu fokus kat perkara ni, ramai yang terlupa pasal perkara wajib yang lain.

Bukan itu je kos yang kita akan kena tanggung. Banyak lagi yang kita kena ambil kira, seperti:

  • duti setem,
  • yuran permohonan,
  • kos valuasi,
  • kos nak bayar peguam,
  • insuran rumah, dan lain-lain yang berkaitan.

Antara strategi yang korang boleh pasang adalah, sediakan duit sebanyak 15% (kalau mampu, kumpul hingga 20%) daripada harga jualan rumah yang nak dibeli tu.

Ini supaya korang boleh kumpul duit awal-awal untuk tanggung semua kos tambahan kat atas tadi.

Mitos #2: Lagi tinggi jumlah down payment, lagi bagus

Tak salah buat yang ini kalau korang ada satu jumlah simpanan yang besar dalam bank.

Masalahnya, ramai yang buat ni takde simpanan yang mencukupi.

Betul. Bila kita bayar down payment yang tinggi, kita boleh kurangkan jumlah ansuran yang wajib dibayar setiap bulan.

Tapi tak guna kalau simpanan yang ada tak banyak mana.

Bayangkan. Lepas beli rumah nanti, mesti korang nak beli perabot atau buat renovation untuk cantikkan rumah.

Lebih selamat korang bayar down payment yang perlu, dan gunakan duit lebihan tu (lepas dah tolak semua kos yang perlu untuk cantikkan rumah) sebagai simpanan kecemasan.

Baik lagi bersedia berbanding mengubati. Tak gitu?

Mitos #3: Nak pendekkan tempoh loan? Bayar lebih setiap bulan

Kalau korang gunakan selain daripada pinjaman fleksi (flexi home loan), bayar lebih setiap bulan mungkin satu tindakan yang tak berikan banyak untung.

Tambahan pula kalau loan korang ada lock-in period.

Kalau habis bayar sebelum tempoh yang dah ditetapkan bank, korang terpaksa bayar penalti.

Mitos #4: Pasti buat untung setiap kali refinance rumah

Macam yang korang sedia maklum, refinance (pembiayaan semula) adalah satu tindakan mengambil loan rumah yang baru, untuk membayar hutang sedia ada sepenuhnya.

Dengan membuat refinancing, korang boleh kurangkan jumlah ansuran bulanan dengan ketara. Tapi, ia juga mungkin akan beri kesan buruk kat kewangan korang.

Kalau korang nak buat ni, penting untuk mempertimbangkan kadar faedah pinjaman sedia ada dengan kadar faedah loan baru (yang korang nak apply).

Ada potensi yang kadar faedah mungkin rendah untuk tahun pertama. Tapi akan meningkat lebih tinggi pada tahun berikutnya.

Sentiasa dapatkan maklumat lanjut tentang ini sebelum korang buat sebarang keputusan muktamad.

Mitos #5: Orang muda patut enjoy dulu. Dah tua sikit baru fikir pasal rumah

Masih ada lagi golongan yang suka pesan kat orang muda macam ni.

Ada logiknya juga. Sebab mungkin niat mereka nak elakkan orang muda muflis pasal tak bayar loan rumah.

Walaupun kenyataan tadi ada kebenarannya, tapi lagi bahaya kalau orang muda tak pernah ada sebarang rekod hutang langsung.

Lagi-lagi kalau mereka benar-benar mampu daripada segi pendapatan untuk beli rumah.

Kalau korang lambat buat loan rumah, korang punya tempoh pembayaran akan jadi lebih singkat. Sanggup ke korang bayar jumlah ansuran rumah yang lebih tinggi?

Dengan mitos yang terbongkar ni, korang pasti dah tak takut untuk mulakan langkah pertama membeli rumah.

Bila ada ilmu, korang boleh kemaskan lagi setiap pelan dan tindakan yang bakal korang ambil. Pada masa yang sama, korang boleh elak masalah yang tak patut ada.

Pernah dengar mitos-mitos lain pasal loan rumah tak? Boleh korang kongsikan dalam ruangan komen? Boleh yang lain tumpang baca sama.

1 thought on “5 kepercayaan karut tentang loan rumah. Buat, dan kewangan anda pasti sakit

Leave a Reply