PORTAL PELABURAN HARTANAH NO.1* DI MALAYSIA

Kenapa ramai pelabur otai suka beli rumah second hand?

Korang mampu tanggung deposit 10% dan nak jana untung sewa cepat dalam pelaburan hartanah?

Rumah subsale atau second hand boleh jadi pilihan terbaik korang. Senang. Rumah dah sedia ada, dan dah tak payah labur masa tunggu pemaju siap bina.

Semua dah ada depan mata korang. Tinggal nak buat duit je gunakan rumah tu.

Tapi sebelum korang beli rumah subsale, mesti nak tau kelebihan yang ada dalam pasaran ni, betul?

Tok tak nak buang masa korang. Hadamkan 7 kelebihan rumah second hand yang tak ramai orang tau ni.

Rumah second hand pasti buat untung – Betul ke statement ini?

Rumah second hand (atau rumah terpakai) ini memang banyak dalam pasaran. Cuma bila banyak tu, kita kena tau nak pilih dan beli yang mana satu.

Sebab tak semua rumah subsale dijamin boleh buat untung. Tak campur lagi dengan owner rumah yang cuba-cuba nak makan korang dan buatkan korang rugi teruk.

Bila korang nak beli rumah yang tergolong dalam kategori ni, penting untuk korang periksa sama ada mereka adalah pemilik sah atau sebaliknya.

Yang ni, korang boleh dapatkan maklumat terperinci dekat Pejabat Tanah.

Sebab tu sebelum beli mana-mana rumah subsale, dapatkan dulu geran daripada penjual supaya kita boleh check dulu perkara ni.

Kalau nak tau lebih lanjut apa yang korang patut buat sebelum beli hartanah second hand, klik sini dan baca sekarang.

5 kekurangan yang anda terpaksa hadap bila beli rumah second hand

Kat bawah ni antara kelebihan dan kekurangan (pro and cons) yang korang patut tau sebelum beli hartanah second hand.

Tok akan cover pasal kekurangan dulu. Antara kekurangan hartanah jenis ini adalah seperti berikut:

#1: Tak senang cari rumah second hand yang jana banyak untung 

Bila korang masuk pasaran hartanah second hand, dan nak cari rumah dengan deal dan potensi yang terbaik, memang korang kena mencari sikit.

Rumah second hand ni macam-macam ragam. Jangan terkejut kalau korang terjumpa rumah yang barai teruk, tapi harga juga mahal gila macam rumah baru dibina.

Dan tu semua perkara biasa.

Paling ketara adalah segala kerja yang korang perlu buat dalam mencari rumah second hand yang terbaik. Korang kena periksa:

  • Keadaan (condition) unit yang korang nak beli,
  • Harga pasaran terkini (market valuation),
  • Pasaran dan untung sewa semasa unit yang nak dibeli, dan macam-macam lagi.

Kejap. Tok tak habis lagi ni. Korang jugak kena berjumpa untuk negotiate (berunding) dengan penjual, ejen hartanah, dan juga peguam.

Pendek kata, memang banyak kerja yang korang kena buat. Sanggup ke korang buat?

#2: Banyak benda yang belum tentu

Tipu la kalau Tok cakap beli rumah second hand tak banyak masalah.

Ada je kes yang pembeli terkena dengan penjual yang last minute, naikkan harga jualan atau cancel jual unit tu. Akhirnya, kita (pembeli) yang melopong.

Lagi satu. Korang kena berjaga-jaga dengan bank valuation (valuasi oleh bank).

Kalau valuasi unit yang korang nak beli tu lebih tinggi berbanding harga jualan, korang sendiri kena tanggung bayar lebihan yang ada.

Sebab tu, wajib untuk korang dapatkan maklumat tentang valuasi rumah yang nak dibeli. Ini supaya korang tak terlebih bayar harga yang sepatutnya, dan tak terkena macam situasi yang baru Tok kongsikan kat atas tadi.

#3: Jual rumah harga murah gila – O.K ke K.O?

Murah tak semestinya korang confirm boleh buat untung.

Ada jugak kes owner terdesak sangat nak jual rumah, sampai mereka sanggup rendahkan harga jualan gila-gila.

Tapi, semua ni jugak ada petanda yang korang (pembeli) ada bau-bau bakal jadi mangsa si penipu.

Kalau harga jualan rendah sangat berbanding biasa, pasti ada “udang di sebalik batu.”

Pasti ada sebab kenapa owner tu nak jual murah. Mungkin kawasan rumah tu selalu berlaku kejadian jenayah (atau paling tak best, kes bunuh), atau mungkin unit tu berhantu.

Nampak macam tak serius? Tanya diri korang sendiri. Nak ke korang tinggal dekat unit yang bermasalah?

Kalau korang sendiri tak nak duduk kat situ, takde sebab jugak orang lain untuk menghuni unit tu.

#4: “Apa lagi yang kena ambil tahu?”

Ini salah satu perkara yang paling ketara kalau korang beli rumah second hand.

Untuk pembelian unit second hand, perkara penting yang korang kena jaga adalah kos pemulaan (entry cost) yang agak tinggi.

Kos permulaan beli rumah second hand tak sama macam beli rumah undercon.

Mungkin korang boleh beli rumah undercon dengan hanya bayar duit booking je. Tapi dalam pasaran rumah second hand, susah nak dapat peluang macam tu.

Kebanyakan penjual pasti nak dapatkan initial deposit (deposit awal) daripada pembeli. Dan bukan takat tu je yang korang kena tanggung.

Korang juga perlu sediakan tunai yang cukup untuk semua benda kat bawah ni:

  • Kos untuk dapatkan loan rumah,
  • Kos insuran (MRTA dan juga Insuran Kebakaran),
  • Kos valuation rumah,
  • Kos duti setem,
  • Kos dan fi guaman,
  • Deposit utiliti (air dan api),
  • 10% deposit awal,
  • Kos renovation dan baik pulih rumah, dan lain-lain yang berkaitan.

Tak kira apa pun jenis rumah yang korang nak beli, kaji dulu baik-baik supaya korang boleh elak beli unit yang overprice (harga terlampau mahal).

Kalau beli underpriced (harga jual rendah), itu takpe.

#5: Tak semua bank rela bagi pinjaman

Tak ramai yang tau perkara ni. Ada bank yang susah nak kasi lepas loan kalau korang beli sesetengah unit rumah second hand dalam sesebuah kawasan.

Antara sebab perkara ini berlaku adalah:

  • Mungkin unit tu dekat dengan kawasan banjir, tanah runtuh, atau sebagainya,
  • Banyak sangat berlaku kejadian jenayah dalam kawasan tu,
  • Masalah daripada segi title rumah tu, dan lain-lain.

Dan atas sebab ini, korang kena pastikan rumah yang korang nak beli tu clear daripada sebarang masalah yang Tok sebutkan tadi.

KLIK SEKARANG UNTUK BACA: Siapa kata susah nak cari rumah second hand murah tahun ini? 

7 poin yang akan ubah pandangan anda tentang rumah second hand

Okay. 5 poin dekat atas tadi mesti buat korang tak senang duduk. Pasti ada antara korang yang akan cakap:

“Cancel la beli rumah second hand. Macam susah sangat je…”

Jangan cakap macam tu. Tok memang saja kongsikan dulu kekurangan beli rumah second hand supaya korang nampak kebenaran yang jelas lagi nyata.

Bukan apa. Dengan sentiasa bersifat realisitik, korang boleh rangka pelan tindakan kalau ada sebarang perkara buruk yang terjadi.

Dan apa yang Tok bakal kongsikan dekat korang lepas ni, akan buatkan korang senang berubah hati dan silap-silap, jatuh hati dengan permainan rumah second hand.

#1: Anda tak perlu buat unjuran yang bukan-bukan

Pasaran rumah second hand memang dah sedia ada. Bermakna, korang dah tak susah nak cari data dan buat sebarang projection yang kurang tepat.

Lagipun, lebih selamat korang bemain dalam pasaran rumah second hand berbanding undercon dan juga lelong.

Lebih-lebih lagi kalau unit yang korang nak beli tu dalam kawasan yang dah sedia matang. Kalau beli rumah dekat situ, memang senang korang nak buat duit.

#2: Prospek atau penyewa dah tersedia

Dalam pasaran rumah second hand, tak susah untuk korang cari penyewa.

Penyewa sentiasa ada dan tinggal masa untuk korang je “cangkuk” (hook) perhatian dan minat mereka.

Dalam hal ni, dah tentu korang kena buat kerja sikit dalam mengkaji target market yang sesuai.

Sebagai seorang pelabur hartanah, sesuai sangat untuk korang anggap penyewa sebagai pelanggan.

Sebab kalau takde penyewa, korang takkan dapat jana untung melalui sewaan. Dan duit sewa ni, korang boleh declare dengan bank sebagai sumber pendapatan.

Mungkin korang tak nampak sekarang. Tapi korang pasti akan nampak benda ni bila nak buat loan rumah seterusnya nanti.

KLIK SEKARANG UNTUK BACA: Kerja dalam sektor awam dan plan nak beli rumah second hand? 

#3: Kurang spekulasi berbanding pasaran hartanah yang lain

Tak macam pasaran hartanah undercon (yang banyak permainan spekulasi, dan kadang-kadang sampai tak terkawal), pasaran rumah second hand kurang masalah macam ni.

Ini sebab pasaran rumah second hand berpandukan pada harga transaksi yang terdahulu.

Jadi, tak boleh la penjual senang-senang nak tipu pembeli dengan letakkan harga jualan yang melampau.

#4: Ada potensi dapatkan harga rendah daripada market value

Harga pasaran adalah harga purata paling kurang 3 rumah yang sama (dari segi saiz, jumlah bilik tidur dan bilik air, dan lain-lain perkara) dalam satu kawasan yang sama.

Korang kena tau. Biasanya asking price (harga permintaan) daripada penjual lebih tinggi berbanding harga pasaran.

Tapi korang jangan risau. Masih ada peluang untuk dapatkan harga below market value daripada penjual. Benda boleh bawa bincang.

#5: Tak berdepan dengan masalah projek terbengkalai

Pasaran rumah second hand lebih selamat kalau nak dibandingkan dengan pasaran undercon.

Sebab apa? Korang tak perlu risau pasal projek terbengkalai (atau kata lain, projek yang tak siap). Rumah yang korang nak beli tu memang dah sedia ada dalam pasaran secara fizikal.

Dengan ini, korang dah boleh rangka plan untuk jana untung sewaan mengikut harga pasaran semasa. Kalau projek undercon, korang tak dapat buat macam ni.

#6: Anda kurang terkesan kalau ekonomi negara merundum

Bayangkan. Korang ada beli satu unit undercon jenis high-rise ni. Macam biasa, projek tu akan ambil masa maksimum 3 tahun untuk siap.

Satu masalah untuk korang kalau dalam masa 3 tahun tu, ekonomi negara merundum. Rumah baru siap, tapi tak susah nak sewakan atau jual balik.

Lagi satu, sanggup ke nak jual balik pada harga yang lebih rendah berbanding harga korang beli dulu?

Kalau beli rumah second hand, korang terjamin sikit.

Dengan pasaran yang dah sedia ada tu, korang takkan terkesan sangat dengan kejatuhan ekonomi yang berlaku.

#7: Anda boleh buat mark up loan

Ini yang paling ramai orang suka bila beli rumah second hand. Korang ada peluang buat mark up loan untuk dapatkan duit lebih daripada bank dengan beberapa teknik yang ada.

Dapat duit lebih tu. Dah dapat nanti, ikut korang la nak buat apa dengan duit tu (Tok harap bukan untuk benda yang bukan-bukan).

Biasanya, orang buat mark up sebab nak:

  • Langsaikan hutang yang ada,
  • Nak buat renovation atau betulkan kerosakan dalam rumah yang dibeli,
  • Buat modal untuk tambah koleksi rumah pelaburan, atau lain-lain.

KLIK SEKARANG UNTUK BACA: Lelaki ini kongsikan 6 lubuk untuk pelabur newbie beli hartanah below market value. 

Ada simpanan dan mampu tanggung entry cost? Tak salah untuk korang beli rumah second hand.

Kalau korang belajar permainan yang betul dalam pasaran ni, lagi banyak gila untung yang korang boleh buat. Semua tu tak mustahil untuk korang capai.

Tapi sebelum apa-apa, kebalkan ilmu dalam diri korang tu dulu. Supaya perjalanan korang melabur dalam rumah second hand terjamin dan terus-menerus jana untung.

Salah satu dokumen ini takde, permohonan loan rumah anda confirm melingkup

Bank perlukan korang untuk sediakan dokumen dengan lengkap masa korang apply loan rumah.

Dan kalau takde salah satu, harapan korang untuk lepas loan memang samar-samar. Ini hakikat yang korang kena telan. Bank takkan senang-senang bagi korang peluang.

Korang serius nak tau apa dokumen wajib korang sediakan? Klik link bawah ni sekarang:

>>> KLIK SINI UNTUK BELI eBOOK “STRATEGI CONFIRM LULUS LOAN RUMAH” <<<

Lulus Loan 1 1

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *