Ada berlambak strategi dekat Google yang korang boleh baca.
Tapi Tok tahu. Masalah utama anda adalah tak tahu nak amalkan yang mana satu. Banyak sangat maklumat pun tak elok jugak.
Takpe. Tok ada dekat sini untuk mudahkan kerja korang.
Selagi anda amalkan 5 strategi yang Tok baca dekat blog PropertyGuru ni, In Shaa Allah permohonan loan anda ada potensi tinggi untuk lulus dengan mudah.
Pembeli rumah pertama kali, elok sangat baca perkongsian ni. Banyak masa anda boleh jimatkan sebab tak payah dah nak turun naik bank pasal loan tak lepas.
Ramai yang tak tahu fakta ni.
Bank dekat Malaysia tak tertumpu kepada CCRIS dan CTOS semata-mata untuk lepaskan permohonan loan anda.
Dan seperti yang anda dah sedia tahu. Lain bank, lain cara mereka proses maklumat pemohon. Bermakna, proses loan approval bank sotong, tak sama dengan bank rimau.
Jangan anda risau. Apa-apa hal, bank-bank di Malaysia masih jadikan 3C ini sebagai fundamentals (asas) untuk menapis pemohon yang bermasalah.
Ada 3 faktor utama yang akan tentukan sama ada loan anda bakal lulus atau tak:
Secara asas, 3C ini berfungsi sebagai penentu loan anda lulus, selain daripada nak tentukan berapa amaun pinjaman dan juga kadar interest (faedah).
Tok pecahkan 3 perkara ini supaya anda lebih mudah nak hadam dan faham:
Bank tentukan watak peminjam dengan meneliti sikap anda membayar balik segala pinjaman yang pernah anda buat.
Antara perkara penting yang bank akan tengok adalah:
Capital pula merujuk kepada aset berharga yang anda boleh gunakan sebagai cagaran (collateral).
Antara perkara yang tergolong dalam kategori ini seperti:
Capacity pulak merujuk kepada keupayaan anda membayar balik hutang.
Benda ni bergantung dekat kekuatan kewangan anda (gaji bulanan, pendapatan lain, dan sebagainya).
Anda wajib kena ada aliran pendapatan (cash flow) yang stabil. Baru bank berani nak pinjamkan duit kepada anda.
Yang ni pulak, bank akan tengok:
Sebelum tu, jom layan dulu infografik ringkas kat bawah ni:
Penting untuk bayar hutang tepat pada masanya.
Bank pulak suka berurusan dengan orang yang macam ni. Mereka tahu anda ni boleh dipercayai dan diharap dalam membayar balik hutang yang ada.
Kalau jenis yang suka-suka bayar hutang lambat, jangan terkejut kalau bank tak bagi lepas loan application anda tu.
Bank boleh tengok rekod sejarah kredit anda via CCRIS (Central Credit Reference Information System) dan juga agensi lain seperti CTOS.
Tok simpulkan dengan mudah ya. Kalau anda ada perangai suka lambat bayar hutang, memang susah bank nak luluskan loan application anda.
Senang je nak lulus loan rumah kalau anda ada pekerjaan yang stabil.
Dengan pekerjaan yang stabil, bank akan anggap anda sebagai peminjam yang rendah risiko.
Ini sama sekali akan tingkatkan skor kredit anda. Dan bank juga tak perlu risau anda terlepas bayar balik pinjaman yang korang buat.
Dengan ada aset seperti hartanah, sebarang pelaburan, atau simpanan yang banyak dalam bank juga akan bantu bank luluskan loan rumah dengan mudah.
Semua ini buatkan bank anggap anda sebagai seorang yang ada kekuatan dari sudut kewangan.
Senang cerita, kalau dapat buktikan kewangan anda kukuh di mata bank, memang senang je nak lulus loan rumah.
Untuk dapatkan skor kredit yang terbaik, cuba sehabis boleh kurangkan jumlah hutang yang ada.
Dengan membayar hutang yang ada secara konsisten setiap bulan, ini akan bagi kesan positif kepada skor kredit anda.
Anda juga dapat kurangkan jumlah hutang bila konsisten buat ini.
Paling penting, anda fokus untuk settle-kan hutang kad kredit. Sebab ini yang akan beri impak yang besar kepada skor kredit anda.
Dan bukan idea yang bagus untuk memohon pinjaman lain sebelum anda memohon loan rumah dekat bank. Elak buat benda ni sehabis boleh ya.
Siapa yang jadi pelanggan kesayangan sesuatu bisnes, pasti ada banyak peluang menarik yang menanti anda.
Sama jugak dengan bank. Kalau anda dah lama jadi pelanggan sesebuah bank, memang senang mereka nak bagi lepas permohonan loan rumah anda tu.
Ini juga akan meningkatkan skor kredit anda dengan baik. Tapi, pastikan yang anda tak buat hal dengan bank, seperti lewat bayar hutang kad kredit atau lain-lain yang berkaitan.
—
Tok doakan permohonan anda lulus dengan cemerlang lepas habis baca dan amalkan perkongsian ini.
Ramai yang setuju dan cakap polisi bank semakin ketat untuk luluskan loan rumah pada hari ini. Tapi, tak bermakna kita tak boleh buat apa-apa langsung.
Sentiasa patah balik kepada perkara paling asas. Sebab ilmu fundementals (asas) tu yang penting. Selagi anda tak cuba buat, korang takkan dapat hasilnya.
–
Tak nak terlepas info dan tips terkini berkaitan hartanah dan kewangan? Tok nak ajak korang join Channel Telegram rasmi Gilahartanah. Klik gambar untuk join.
[KLIK GAMBAR SEKARANG]
Hadid says:
Salam tuan nak tanya kalau kita ada rekod pernah bankrap dulu dan ada CTOS boleh guna loan Lpssa tak? Terimakasih atas pencerahan
Santha kumari says:
Saya NK tnye sye ade loan
.tengah byr atas akpk,still loan bole Lulu’s ke
Sathish Kumar says:
I want to apply for house loan but my status is ctos and black list in bank.can apply loan