Login

Register

Login

Register

Semua yang anda perlu buat untuk bank approve loan rumah (supaya boleh beli rumah berkali-kali)

| | ,

“Bila nak beli rumah, apa perkara pertama yang wajib anda buat?”

Kacang je soalan ni. Mestilah nak kasi CCRIS dan CTOS cun melecun. Kalau tak, bank mana yang berani pinjamkan duit kepada anda?

Tok dah tak tahu nak tekankan macam mana lagi pasal ni. Kalau yang ni awal-awal lagi dah kantoi, alamat memang melopong je la anda nanti.

Kalau tak nak hati anda remuk dek bank tak bagi lepas loan, baik anda hadamkan dan buat perkongsian Tuan Amir Syahir ni.

Tok berani gerenti loan anda senang nak lulus bila amalkan ilmu ni. Bukan susah pun nak buat.

Ini cara nak buat bank terus-menerus luluskan permohonan loan rumah anda

Kalau anda berminat nak membeli hartanah dan membuat pembiayaan perumahan (loan) dengan bank, anda kena cantikkan profil kewangan, CCRIS dan juga rekod CTOS.

Boleh tahan ramai yang konfius tentang fungsi CCRIS dan CTOS. Boleh katakan, ini antara ilmu yang penting untuk pastikan permohonan loan anda lulus dengan cemerlang.

Jom kita belajar sama-sama. Moga ia bermanfaat.

Apa yang anda perlu tahu tentang CCRIS?

CCRIS (Central Credit Reference Information System) adalah satu platform yang merekod segala pinjaman yang anda buat dengan institusi kewangan.

Ia adalah satu sistem yang mengumpul maklumat individu yang membuat pinjaman dengan mana-mana bank, dan bekalkan semula data-data yang berkaitan kepada institusi kewangan.

Secara mudah, CCRIS akan rekodkan displin membayar balik segala pinjaman yang pernah anda buat.

Antara contoh jenis pinjaman yang akan direkod adalah:

  • Loan kereta,
  • Kad kredit,
  • Pembiayaan peribadi,
  • Pembiayaan perumahan,
  • Hutang PTPTN,
  • Pembiayaan ASB, dan lain-lain yang berkaitan.

Laporan CCRIS ni, anda boleh semak dekat Bank Negara Malaysia dan juga di kiosk yang disediakan. Apa yang anda perlu sediakan adalah MyKad serta jiwa dan hati yang terbuka (chewah!).

CRRIS hanya akan paparkan rekod 12 bulan ke belakang. Maknanya, bila anda settlekan bayaran tertunggak, sistem akan kemas kini data setiap 15 haribulan.

Kalau CCRIS anda ada rekod yang barai, jangan risau. Lepas setahun, rekod tu akan hilang dengan syarat, anda kena langsaikan hutang tu cepat-cepat.

Bila nak buat pinjaman perumahan, apa yang penting adalah anda kena hilangkan nombor-nombor yang ada (selain daripada nombor “0”) sebelum buat permohonan.

Kalau tak buat yang ni, bank memang akan pandang anda sebelah mata dan potensi loan anda gagal dapat adalah tinggi.

Macam mana nak tahu CCRIS saya cun atau tak?

Ni Tok ada sediakan cara-cara nak check CCRIS:

  • Semak di kiosk Bank Negara Malaysia atau cawangan,
  • Semak di cawangan AKPK,
  • Semak secara online (yang ni, korang tak perlu keluar rumah langsung. Jimat duit).

Ini langkah demi langkah yang anda perlu buat untuk dapatkan laporan CCRIS secara online:

  1. Muat turun Borang Permohonan Laporan Kredit. Klik sini untuk download.
  2. Scan kad pengenalan (depan dan belakang dengan jelas).
  3. Scan jugak dua (2) jenis dokumen sokongan untuk buktikan permohonan itu berasal daripada anda, bukan orang lain. Contohnya lesen memandu, penyata akaun bank, penyata KWSP atau bil utilti.
  4. Isi borang Pemohonan Laporan Kredit dan isi Borang Pengisytiharan Pinjaman. Borang ini merujuk kepada pinjaman yang sedia ada seperti pinjaman rumah, pinjaman jual beli, kad kredit dan sebagainya.
  5. Dah siap isi nanti, emelkan kepada alamat emel ini: bnmtelelink@bnm.gov.my
  6. Lepas dah hantar, anda akan dapat maklum balas daripada pihak BNM dalam masa beberapa hari. Paling lambat, 14 hari.
  7. Lepas dapat maklum balas, anda kena telefon pihak BNM untuk dapatkan kata laluan (password). Ini untuk buktikan anda yang memohon, bukan orang lain.

“Apa pula yang saya perlu tahu tentang CTOS?”

CTOS (Credit Tip Off Service) adalah Sistem Informasi Rujukan.

Anda akan kena CTOS kalau ada tunggakan hutang dengan pihak pemiutang. Kadang-kadang, ada yang tak sedar kena CTOS sebab menajdi penjamin kepada adik-beradik atau saudara-mara.

Kalau CTOS anda barai, wajib untuk anda langsaikan dulu hutang yang tertunggak tu.

Segala hutang yang anda buat dekat bukan institusi kewangan (seperti bank) akan direkod dala CTOS. Contohnya:

  • Hutang dengar retailer seperti Courts Mammoth,
  • Kedai motor,
  • AEON Credit,
  • Bil dengan syarikat telekomunikasi,
  • Syarikat lain yang korang berhutang dengan bayaran secara ansuran.

CTOS pula, kalau anda bayar secara penuh, ia akan direkodkan pada tarikh yang anda langsaikan hutang tu. Bermakna, rekod anda di CTOS masih wujud.

Tapi rekod CTOS ni akan terhapus lepas 2 tahun sekiranya pembayaran penuh dibuat. Anda kena buat bayaran penuh dan pergi semak dekat CTOS untuk pastikan nama anda dah clear atau tak.

Kalau tak pun, dapatkan surat full settlement daripada CTOS sebelum anda memohon loan dekat bank.

Macam mana nak semak CTOS pulak?

  1. Anda boleh register dengan melawat laman web ini (klik sini sekarang).
  2. Atau anda boleh download aplikasi CTOS di Google Play Store (Android) atau Apps Store (iPhone).
  3. Tekan butang sign up.
  4. Isikan semua maklumat yang diminta. Gunakan alamat emel yang masih aktif (wajib).
  5. Muat naik (upload) gambar IC korang untuk pengesahan.
  6. Selesai semua ni, tekan butang submit untuk pihak CTOS hantarkan maklumat kepada anda. Biasanya, 3 jam waktu bekerja atau mungkin lebih lama lagi.
  7. Anda akan terima laporan kewangan melalui emel.
  8. Anda juga boleh tengok skor meter kredit untuk tahu profil kewangan anda power atau tak.

Apa lagi maklumat penting tentang CCRIS dan CTOS yang anda perlu tahu?

Dua (2) sistem ini ada beza. CCRIS dibawah seliaan BNM dan CTOS pulak adalah agensi luar yang tak ada sebarang kaitan dengan BNM.

CCRIS dan CTOS tak akan bankrapkan anda. Janji hutang tertunggak anda tak lebih daripada RM30,000.

Dan anda hanya boleh diisytiharkan bankrap melalui Perintah Mahkamah melalui permohonan pemiutang.

Kalau CCRIS sangkut, memang bank takkan layan permohonan loan anda. Kalau hutang sedia ada pun tak mampu nak bayar, macam mana la anda nak buat hutang baru, kan?

Lagi-lagi, sekarang ni PTPTN yang korang kantoi bayar pun akan direkod masuk dalam CCRIS. Jadi, tak payah acah-acah konfius nak beli rumah atau nak travel dulu.

Nak tahu apa pandangan Tok? 

Kalau tanya Tok, memang Tok akan suruh anda settle-kan PTPTN dulu. Bayar dengan jumlah yang ditetapkan dan tetap pada masanya.

Bila tak bayar PTPTN, makin banyak la tunggakan anda. Hasilnya, anda tak boleh beli rumah dan juga ke luar negara. Padan dengan muka anda. Haha.

Senang cerita, bila dah berhutang tu, jangan la tangguh buat bayaran. Selagi boleh, langsaikan secepat mungkin. Sebab bank akan tengok disiplin anda macam mana.

Kalau selalu sangat bayar hutang lambat (daripada tarikh rasmi yang dah ditetapkan), bank akan anggap anda sebagai individu yang mempunyai profil risiko yang tinggi.

Dan pendek cerita, memang tinggal harapan je la permohonan loan rumah anda tu.

Ingat baik-baik apa yang Tuan Amir Syahir baru pesan tadi.

Yang masih ligat berhutang dan travel sakan tu, dah boleh-boleh hentikan perangai tak berfaedah tu. Bila dah stable nanti, lantak anda la nak buat apa pun.

Tapi selagi sebijik hartanah pun takde, baik anda fikir betul-betul balik. Bukan apa. Takut anda menyesal tak sudah je nanti.

Tak nak terlepas info dan tips terkini berkaitan hartanah dan kewangan? Tok nak ajak anda join Channel Telegram rasmi Gilahartanah. Klik gambar untuk join.

Previous

“Ikut 30 nasihat power ini sebelum beli rumah low cost” – Harith

Kesilapan kewangan ini ada potensi punahkan hidup anak muda. Elak buat kalau tak mahu merana.

Next

Leave a Comment