Syok planning nak beli rumah baru? Mestilah. Akhirnya, dapat juga korang capai satu matlamat yang ramai orang idamkan.
Lepas dah dapat kunci rumah (tahniah Tok ucapkan) nanti, ada beberapa benda yang kita kena buat dulu. Tak bermakna rumah baru, kita akan dapat semuanya “baru”.
Tok harap perkongsian Tuan Shamier Mohaimin ini dapat membuka mata tentang hak korang sebagai seorang pembeli. Semoga ia bermanfaat.
Perkara pertama selepas dapat kunci, bukan cuci rumah dan terus pindah masuk ya.
Periksa dulu setiap kecacatan atau sebarang kerosakan yang ada kat rumah seperti keretakan kat dinding, cat tertanggal, plaster tanggal, tiles lompong, bocor dan lain-lain.
Biasanya, pihak pemaju akan bagi tempoh selama 24 bulan (atau 2 tahun) untuk kita buat inspection rumah, dan kita boleh complaint apa sahaja kerosakan atau kekurangan yang ada, baik kat dalam atau kat luar rumah.
Semua ini adalah hak kita sebagai pembeli. Jadi, periksa baik-baik keadaan kat dalam rumah.
Tetapi sekiranya korang buat major renovation, pemaju takkan bertanggungjawab atas sebarang kecacatan rumah.
i) Masking tape – Kalau ada retak atau crack, terus lekatkan dan tanda.
ii) Marker Pen – Sebaiknya warna merah. Senang nampak tulisan, nombor dan jenis defect atas masking tape.
iii) Kertas A4 – Tuliskan senarai kecacatan atau defect tu dengan nombor dan lokasi sekali, supaya senang nak cari balik.
iv) Kamera / Handphone berkamera – Ambil gambar kecacatan rumah.
i) Pastikan lepas dapat kunci rumah, lawatilah rumah korang.
ii) Masuk rumah dengan lafaz Basmallah, bagi salam, dan pergi tingkat atas sekali.
iii) Berdiri mengadap kiblat dan azan kuat-kuat bagi satu rumah dengar.
i) Buka dan tutup pintu berkali-kali (nak pastikan pintu itu dalam keadaan baik).
ii) Periksa juga tombol pintu & kuncinya sekali.
i) Ketuk semua tiles rumah korang satu persatu.
ii) Tkorangkan tiles yang kosong. Lepas tu, minta wakil pemaju pecah dan tampalkan yang baru dengan elok.
iii) Cara nak kenal pasti tiles yang lompong adalah dengan mengetuk tiles dengan duit syiling (atau pemutar skru). Kita boleh kenal pasti tiles yang lompong (kosong) dan padat.
iv) Ketuk pada setiap kepingan tiles tu dan ketuk keliling perimeter tiles. Sebab kat tengah-tengah selalunya ada simen, yang tak ada simen selalu di bahagian tepi tiles. Biasanya, tiles dipasang kat dapur dan juga bilik air.
i) Hidupkan segala suis utama dan periksa satu persatu suis lampu, kipas, soket dan sebagainya.
ii) Pastikan periksa setiap punca elektrik dan soket.
i) Apabila meter air dah dipasang, pastikan pili air rumah korang mengalirkan air dengan sempurna.
ii) Buka semua pili air korang serentak. Periksa saluran air, toilet bowl, sinki dan sebagainya. Pastikan tak ada yang tersumbat.
iii) Periksa juga kepala paip dan kepala shower. Periksa sambungannya betul, tiada yang tercabut atau pun longgar.
iv) Buka air kat meter, biar air masuk tangki sampai penuh. Kemudian, periksa keadaan tangki simpanan untuk pastikan tak ada yang bocor.
v) Apabila air dah penuh dalam tangki, pastikan bacaan pada meter air tu berhenti. Kalau tak, mesti ada paip yang bocor sebelum air sampai ke tangki.
i) Buka tutup tingkap korang semaksimum mungkin. Pastikan tingkap boleh dikunci dengan sempurna.
ii) Pastikan juga sliding door dapat dikunci dengan rapat.
i) Sila goyang-goyangkan pemegang tangga rumah korang, dan pastikan ia kukuh. Kadang-kadang, ada yang longgar dan bergoyang-goyang.
i) Pastikan bilik air tingkat atas tak bocor. Caranya, ambil binding tape dan sealkan sepenuhnya lubang aliran air keluar.
ii) Penuhkan bilik air dengan air. Biarkan seminggu. Lepas seminggu, periksa ada kesan air bocor atau tak kat bahagian siling tingkat bawah rumah korang.
iii) Sekiranya ada, tunjuk dengan wakil pemaju dan minta kontraktor pemaju pecah semula lantai toilet tu dan pastikan letak sealer toilet dengan sempurna.
iv) Selalunya lepas letak sealer ni kena tinggalkan sehari bagi kering. Periksa sealer tu penuh atau tak.
i) Periksa dinding rumah korang, Kalau ada retak, sila maklumkan kat pemaju dengan kadar segera.
i) Seterusnya adalah mengunci rumah korang, dan segala pagar, tingkap, tingkap toilet, sliding door, dan pintu. Ini supaya kita dapat elakkan pencuri kabel eletrik masuk buat “kerja”.
ii) Lepas dapat kunci rumah, pemaju takkan bertanggungjawab kalau ada berlaku kes kecurian kabel.
Bila dah siap betulkan defect ni, barulah boleh buat renovation rumah dengan senang hati. Sekian.
—
Bila dah tahu bab ni, baru boleh uruskan bab pindah barang ke rumah yang baru. Selagi tak buat, buat bersabar dulu dan periksa segenap rumah sebelum apa-apa.
Ramai yang masih tak tahu pasal perkara ni. Jadi, Tok minta bantuan korang untuk share perkongsian ini kat kawan-kawan korang, yang tengah pelan nak beli rumah baru ya?
Tok tak nak korang dapat rumah yang tak semenggah. Apa pun, selamat berbahagia menghuni rumah baru korang tu ya.
–
Tak nak terlepas info dan tips terkini berkaitan hartanah dan kewangan? Tok nak ajak korang join Channel Telegram rasmi Gilahartanah. Klik gambar untuk join.
[KLIK GAMBAR SEKARANG]