permohonan-loan

Nak permohonan loan rumah senang lulus? Ini 8 benda anda kena jaga

Tok pasti ada dalam kalangan kenalan kita ni cukup malas nak berurusan dengan bank masa beli rumah. Banyak proses, banyak persediaan kena buat. Leceh, katanya. 

Mana taknya, kita ni nak buat permohonan loan ratus ribu, bukan seribu dua. Kira logiklah kalau prosesnya panjang sikit.

Tapi sebenarnya kalau kita mudahkan kerja banker, tak mustahil mereka akan luluskan permohonan kita dengan mudah.

Iyalah, pegawai bank tu saja kena urus beratus permohonan sehari. Kalau kita ni dokumen pun tak lengkap, lepas tu tau nak cepat je, agak-agak boleh lulus ke?

Untuk korang yang baru nak apply loan rumah tu, Tok nak korang hadam dulu perkongsian mantap Cikpuan Bella Leana ni.

Kalau semua dokumen ni korang prepare siap-siap, bukan setakat senang lulus, malah Tok yakin pegawai bank tu jugak akan bagi layanan 5 star kat korang.

4 dokumen penting anda wajib jaga sebelum buat loan rumah

Selamat pagi.

Korang dah kemas kini loan profile dalam fail peribadi korang, sebelum memohon loan rumah kat bank?

Ini apa yang korang wajib sediakan untuk bank sebelum buat permohonan :

  1. Payslip terkini,
  2. Penyata bank terkini,
  3. Statement ASB atau Tabung Haji terkini,
  4. EPF statement.

Ini dia 4 benda yang korang perlu update setiap bulan, tanpa gagal.

Kalau korang masih terima payslip jenis carbon copy tu, sangat la dinasihatkan untuk buat copy (photocopy) korang punya payslip tu.

Bukan apa. Takut carbon copy tu boleh pudar dimamah usia.

Untuk bahagian statement ASB / Tabung Haji tu, kalau korang jenis yang memang ada buat penambahan unit (atau RM) setiap bulan, atau ada maintain ‘some’ unit (atau RM) sebagai baki terakhir, pastikan statement tu ada tunjuk dividen atau bonus semasa.

Untuk bahagian EPF pulak, baik lagi korang daftar EPF secara online untuk memudahkan korang check. Tak payah print pun takpe. Tapi kalau korang rajin nak print, lagi bagus.

“Kenapa kena check semua ni?”

Mana la tahu, ada majikan yang tak carum ke. Sedangkan, setiap bulan ada pemotongan.

Pernah ke jadi kes macam ni? Pernah beb. So, korang kena hati-hati dan check setiap kali.

KLIK UNTUK BACA : Apa yang lelaki ini buat untuk beli rumah tanpa slip gaji (walaupun bisnes tak sampai 6 bulan)?

permohonan-loan

Tingkatkan peratus permohonan loan rumah lulus dengan 4 dokumen tambahan ni

“Ada lagi ke dokumen yang kena disediakan?”

Ada. Ni 4 lagi dokumen yang elok korang sediakan :

  1. Bonus payslip,
  2. Rental agreement,
  3. Borang EA,
  4. B/BE Form dengan resit rasmi (official receipt).

Benda ni pulak, korang kena update setiap kali dikeluarkan (untuk bonus payslip). Yang EA Form tu, mungkin setahun sekali.

Untuk bonus, ada jugak syarikat yang bagi setahun 2 kali. So, korang update je dalam profil kewangan korang.

Untuk rental agreement pulak, pastikan tenancy agreement korang tak expired. Bermakna, korang kena alert bila expiry date untuk korang punya agreement tu.

Kalau dah expired, sebaiknya korang kena update.

Borang B/BE ni, kalau dah declare tax dan perlu buat bayaran, sila kepilkan sekali dengan slip bayaran. Slip ni, perlu dihantar ke bank kalau korang nak apply loan rumah.

KLIK UNTUK BACA : Teknik power langsaikan loan rumah 6 tahun lebih awal

Apa lagi dokumen lain anda perlu sediakan?

Yang lain-lain? Senang cerita, macam ni.

Apa saja dokumen yang korang ada, yang boleh dibuktikan sebagai pendapatan, korang masukkan sekali dalam profil kewangan korang tu.

Ini bukan saja akan memudahkan kalau korang baru nak apply loan rumah kemudian hari. Tapi ini jugak berguna bila korang nak semak semula segala transaksi yang dah lama.

Jadi, siapa yang belum ada profil kewangan peribadi, dah boleh start buat. Modal bukan makan banyak mana pun. Cuma perlu sediakan ring file dan plastic holder je.

Yang dah ada, tahniah. Sila check profil kewangan peribadi korang tu sama ada updated atau outdated.

KLIK UNTUK BACA : Cara buat bank senang luluskan pinjaman rumah, walaupun tak ada slip gaji

Haa… yang paling penting, macam Cikpuan Bella cakap tadi, profil kewangan tu kena sentiasa updated.

Jangan datang jumpa banker nanti, semua benda tak prepare. Itu tak ada, ini tak ada. Buat rugi masa korang, buat rugi masa banker tu jugak.

Kalau nak tahu lebih lanjut lagi pasal hartanah, Tok nak ajak korang datang webinar saudara Faizul Ridzuan ni.

Kat sini, korang boleh belajar banyak pasal beli rumah, jaga kewangan dan yang penting, free je. Kalau nak join, klik je gambar di bawah.

[KLIK GAMBAR SEKARANG]

permohonan-loan

Leave a Reply

Your email address will not be published.