Usaha menghidupkan banglo Penang Hill, sekali lagi.

Ia adalah salah satu kawasan warisan yang tersejuk dari segi suhu, dan akan mula menjadi bualan ramai tak lama lagi.

Crag Hotel dan banglo kolonial sekitar – Richmond, Edgcumbe, Lomonds dan Ban Hin Lee – akan diberikan kawasan khas kat situ mengikut Penang Hill Special Area Plan (SAP), yang akan diwartakan pada Ogos 1.

Pelan ini menetapkan 9 hektar kat atas bukit dimana banglo ini bertempat, dan dijangka akan menjadi kawasan butik “hotel berketumpatan rendah dan villa yang berkualiti tinggi.”

Menurut draf SAP, kira-kira 50 bilik ultra-mewah akan dibina kat sini (yang berada 830 meter atas paras laut), dengan kawasan pembangunan maksimum sebanyak 25% daripada tanah yang dizonkan bagi tujuan pemeliharaan.

“Projek ini akan menghidupkan semula Crag Hotel yang terkenal sebagai bekas pusat terapi dan spa. Ia akan jadi pusat percutian yang menarik, ” jelas dokumen itu.

Bango ini telah dibina sekitar lewat 1800-an.

Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Negeri dan Negara, Jagdeep Singh Deo mengumumkan pada sidang akhbar pada hari Isnin, yang exco kerajaan negeri bersetuju untuk mewartakan SAP ini pada Ogos 1.

Tempat yang unik bagi industri pelancongan.

“Ini adalah pelan induk bagi melonjakkan lagi kawasan ini sebagai destinasi pelancongan yang unik, di samping melindungi landskap semula jadi bukit dan warisan budaya,” katanya.

Beliau juga menambah, penyediaan pelan melibatkan penyertaan penduduk bukit dan pelbagai lagi pihak yang berkaitan.

Local Examination and Public Hearing Comittee telah mendengar lebih daripada 20 parti – 12 individu dan 8 organisasi – pada tahun 2014, yang menyampaikan pandangan, bantahan serta cadangan.

Jagdeep juga berkata, semua ini akan diambil kira.

SAP, bagaimanapun, tak buat sebarang rujukan tentang sambungan kereta kabel yang dicadangkan sebelum ini dari Bukit Bendera ke Teluk Bahang, yang stesennya mungkin bertempat kat Penang City Park.

Ia adalah kereta berkonsep furnikular sebagai laluan utama dari Goerge Town. Hanya sistem kereta kabel sesuai menjadi mod pengangkutan awam ke kawasan ini.

Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz telah menyatakan sokongan kat cadangan kereta kabel apabila ia diumumkan pada bulan Mei 2015.

Sedang menunggu maklum balas.

Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng, yang berada kat persidangan bersama Jagdeep berkata, cadangan itu sedang menunggu pembiayaan Kerajaan Persekutuan.

“Projek ini perlukan sokongan Kerajaan Persekutuan. Dan kami masih belum terima sebarang maklum balas daripada mereka setakat ini, ” jelas beliau.

Dilaporkan, kos projek ini menelan belanja sekitar RM200 juta hingga RM250 juta.

“Sebanyak 36 bangunan warisan kat atas bukit ini diiktiraf dalam SAP, dan aktiviti yang dibenarkan adalah kediaman, kedai makanan (F&B), dan penginapan perlancongan termasuk butik hotel, homestay, asrama, serta bed-and-breakfast setup.

Hanya bangunan bekepadatan rendah dibenarkan kat kawasan peranginan ini.

Cuma, ada sebuah lembah berdekatan dengan puncak bukit yang dipanggil Coolie Line yang setinggi 3 tingkat, dan ia dibenarkan.

Sebuah syarikat berpengkalan kat Perak telah memenangi anugerah untuk membangunkan Crag Hotel pada 2011, tapi projek itu tak menjadi kenyataan.

Pihak pengurusan syarikat itu gagal dihubungi bagi mendapatkan komen mereka tentang perkara ini.

(Sumber asal: starproperty.my)

32 Shares

Leave a Reply