PORTAL PELABURAN HARTANAH NO.1* DI MALAYSIA

Lagi untung beli hartanah status freehold untuk pelaburan?

Tok pasti. Ramai yang kat luar sana ada soalan ni dalam kepala.

Ada yang cakap “ya”. Dan tak kurang jugak yang cakap “tak”.

Orang macam korang yang bijaksana pula, tak suka ambil tahu sesuatu perkara setengah jalan. Tu sebab korang nak baca artikel ni, kan?

Banyak yang kita boleh belajar daripada perkongsian Tuan Khairul Ezuwan pasal topik ni.

Lepas ni, korang akan tahu apa yang patut korang beli.

Dah lama orang kita anggap ini mindset yang “betul”

Dah tersemat rapi dalam minda kita:

“Lebih baik mencari hartanah berstatus freehold berbanding leasehold.”

Kat sini, saya nak bagi pandangan peribadi kenapa saya tak kisah pun beli hartanah leasehold. Dan ada kalanya sesetengah tempat, saya lebih sukakan leasehold.

Orang tak suka dengan hartanah status ni sebab risau dengan tempoh pajakan yang bertempoh.

Biasanya sekarang, tempoh pajakan standard adalah 99 tahun.

Saya bagi contoh arwahyarhamah nenek saya (jika beliau masih hidup, umur beliau sekarang 86 tahun).

Kalau nenek saya ada sebidang tanah 1 ekar berstatus leasehold (di sebelah KLCC. Beliau beli waktu umur beliau 30 tahun pada tahun 1960). Sekarang baki pajakan masih ada lagi 43 tahun.

Sebabkan berebut harta, pecah-belah keluarga

Nenek saya mempunyai 4 orang anak, 33 cucu, 70 cicit, dan 17 Piut.

Bayangkan tanah itu akan digustikan oleh 124 orang. Tu belum menantu-menantu ikut campur lagi. Rasanya nak masuk ke baris kedua kat cucu pon dah start akan datang masalah.

Bagi saya, biarlah saya fikirkan harta untuk ditinggalkan kepada anak-anak saya saja. Cucu-cucu biarlah anak-anak saya nanti yang fikirkan.

Saya takkan cakap pada anak saya jangan jual harta ni, buat jadi pusaka cucu-cicit. Papa dengan mummy dah takde nanti pandai-pandailah nak berkongsi ke, nak jual ke. Ikut kau orang la.

Tapi sebolehnya, juall kepada kalangan ahli keluarga. Itu lebih baik daripada bergaduh adik-beradik. Kalau terlajak ke cucu, dah semua pulak bertumbuk.

Perangai orang ni berbeza-beza dan luar jangka. Sebab dek harta, silaturrahim boleh jadi porak-peranda. Ops, terpanjang pulak membebel.

#1: Lambat nak tunggu consent daripada Pejabat Tanah?

Lambat nak tunggu consent dari pejabat tanah sampai 6 bulan dalam urusan Jual beli.

Bro, kalau kat selangor ni maksimum 2 minggu dah settle untuk consent. Kadang-kadang 3 hari dah boleh dapat.

#2: “Hartanah leasehold tak terancang dengan baik.” – Siapa beli, pasti rugi?

Tanah-tanah leasehold ini adalah tanah-tanah baru yang dibuka. Jadi, perancangan pembangunannya lebih terancang dan teratur.

#3: Kenapa banyak pembangunan kerajaan kat atas hartanah leasehold?

Pembangunan oleh kerajaan akan tertumpu terlebih dahulu di kawasan-kawasan berstatus leasehold. Lihat sendiri UiTM Shah Alam, UiTM Puncak Alam. Terletak kat mana?

Bangunan-bangunan besar kerajaan juga banyak terletak di kawasan berstatus leasehold.

Cuba lihat Putrajaya, banyak tak hartanah berstatus leasehold? Tanah leasehold lebih efficient bagi mengawal transaksi jual beli.

#4: Leasehold tak boleh dijual kepada non-Bumi?

“Kita beli rumah leasehold dari developer atas kuota Bumiputera. Tak boleh Jual kepada non-bumi sebab ada sekatan Bumi Lot.”

Lot Bumiputera tu kuota masa nak beli je. Cuba tengok title korang bahagian sekatan. Ada tak tulis:

“Lot Bumiputera sahaja. Tidak boleh dipindahmilik kepada bukan Bumiputera.”

Takde kan?

So, boleh je nak jual kat non-Bumi kalau kita nak.

Tapi yang peliknya kenapa mesti persoalan nak Jual kepada non-bumi yang jadi sandaran. Beb, orang melayu pon ramai yang mampu. Cuma kena cari je.

Biasanya yang ada sekatan adalah yang melibatkan rumah kos rendah atau seumpama dengannya.

#5: “Ada orang cakap. Kalau dah tamat tempoh, kerajaan ambil balik.”

Kalau tempoh cagaran tamat, boleh je memohon renew premium. Tak payah la nak pening-pening fikir sebab tu cerita lagi 90 tahun. Lama lagi kot.

#6: Tak banyak hartanah freehold (yang murah) kat kawasan bandar

Kalau korang perasan sekarang ni, pembangunan tanah-tanah yang berstatus freehold hanya terletak di pinggiran-pinggiran bandar serta lebih mahal harga jualannya.

Yang pembangunan baru berstatus leasehold masih banyak sekitar bandar. Tanah freehold bandar dah habis semua lenyap dibangunkan.

Kalau masih ada, harga memang sangat mahal.

Yang mana patut anda pilih?

Freehold & leasehold sekarang hanyalah tinggal status. Umpama pakai Ferrari Italia dan Porsche Macan.

Walaupon lagi laju dan besar horsepower Ferrari, bila jumpa traffic light, sama-sama berhenti juga. Maksudnya, laju mana pon sesuatu, pasti ia akan berhenti.

Kalau jem, sama-sama melekat. Hmm, macam tak kena je perumpamaan ni.

Kalau tanya Tok, tak kisah la korang nak beli freehold atau leasehold.

Janji korang buat kajian dulu sebelum membeli. Selagi hartanah tu boleh jana cashflow yang baik dan ada demand untuk sewa, itu yang patut korang pilih.

Tak payah dah nak peningkan kepala tu. Benda yang senang, tak patut kita jadikan susah.

Tak nak terlepas info dan tips terkini berkaitan hartanah dan kewangan? Tok nak ajak korang join Channel Telegram rasmi Gilahartanah. Klik gambar untuk join.

[KLIK GAMBAR SEKARANG]

Jom join Channel Telegram rasmi GilaHartanah.
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *