Ubah dividen ASB dari 7.25% jadi 22%. Ini caranya.

Sementara tengah hangat pasal ASB, Tok pun terasa nak menyelit sekali.

Ramai yang tahu dividen ASB agak sikit.

Lepas tu, pulangan tak setimpal dengan tempoh yang agak lama. Tak berbaloi.

Tapi dengan ilmu yang Tuan Harith Faisal kongsikan ini boleh buat dividen asal (7.25%) menjadi 22%. Tinggikan?

Teruskan bacaan kalau korang berminat nak tahu.

Dividen ASB tak banyak pun. Buat apa buat ASB?

Kita ni memang susah nak bersyukur dengan apa yang kita dapat. Manusia. Biasalah. Tak pernah puas dengan apa yang dimiliki.

Dah dapat kerja gaji RM2,000, kita jeles dengan kawan sekuliah kita yang graduate sama-sama dapat gaji RM3,000.

Kita dah beli kereta Myvi, tapi bila dapat tahu kawan kita tu pakai Honda City, kita jadi jeles lagi.

Padahal, kita patut bersyukur sebab hutang kereta kita sikit saja. Sebulan bayar RM400. Kawan kita tu bayar RM900 sebulan.

Uisshh.. Ruginya. Nampak tak? Positif kan?

Jeles itu bagus, supaya kita jadi lebih bersemangat nak jadi lebih baik. Kalau jeles, tapi tak buat apa-apa tindakan, baik tak payah.

Kita ni susah nak bersyukur. Dah dapat dividen ASB 7.25%, tak cukup katanya.

Mari sini saya kongsikan cara nak ubah pulangannya menjadi 22%.

Sebagai contoh, sekarang ni kita ada modal sebanyak RM13,200.

Kalau kita simpan biasa kat ASB…

Kalau kita simpan sendiri kat ASB dengan dividen @7.25%, dan dividen tak dikeluarkan setiap tahun, hasilnya kita akan dapat tunai sebanyak RM18,700.

  • Modal = RM13,200.
  • Hasil Tunai = RM18,700.
  • Untung = RM5,500 @ 7.25% (Rujuk gambar bawah ni).

Menunggu 5 tahun hanya untuk mendapatkan untung RM5,500 sangatlah tak berbaloi dengan masa yang kita laburkan.

Lama kot 5 tahun. Boleh habis degree dan master.

Lain pula cerita kalau anda guna cara ini.

Mohon ASB Financing (Islamic) RM200,000 dengan tempoh pembiayaan selama 30 tahun, dividen @ 7.25 dan keuntungan bank @ 5.2%. Ansuran bulanan adalah RM1,100.

Guna modal kita (RM13,200) untuk bayar ansuran bulanan selama setahun. Dan ansuran tahun-tahun berikutnya dibayar oleh dividen yang kita dapat.

  • Dividen = RM200,000 x 7.25% = RM14,500.
  • Baki Dividen = RM14,500 – RM13,200 = RM1,300.

Terminate selepas cukup 5 tahun, baki pembiayaan pada waktu tu adalah RM184,000.

  • Prinsipal terkumpul = RM200,000 – RM184,000 = RM16,000.
  • Dividen Terakhir = RM14,500.
  • Baki Dividen 4 Tahun = RM1,300 x 4 = RM5,200.

Modal = RM13,200.
Hasil Tunai = RM16,000 + RM14,500 + RM5,200 = RM35,700.
Untung = RM22,500 @ 22% (Rujuk gambar bawah ni).

Untung RM22,500 selama 5 tahun sambil goyang kaki. Okaylah kan? Kalau kita bahagikan dengan 60 bulan, seolah-olah orang bagi kita RM375 setiap bulan selama 5 tahun.

Macam-macam kita boleh buat dengan ilmu yang betul.

Kalau ada ilmu, dividen 7.25% pun kita boleh ubah jadi 22%.

Untungnya hampir 4 kali ganda. Ini adalah salah satu teknik asas untuk melabur dengan ASB Financing.

Seperti biasa, ini adalah kiraan kasar ja. Jangan lurus bendul. Tak mampu buat RM200,000, buat RM100,000 pun boleh. Tak ada modal RM13,200, kalau ada RM6,600 pun tak apa.

Tetapkan matlamat, buat pengiraan sendiri dan terus ambil tindakan. Jangan ikut-ikut orang.

Matlamat kita semua tak sama. Belajarlah lebih lagi, tambah bahan bacaan dan rujukan. InsyaAllah, nak dapat 30% pun boleh dengan ASB Financing.

Nota ekstra: Nak dapatkan app yang Tuan Harith pakai? Klik sini kalau korang gunakan Android, dan sini untuk pengguna iPhone. Percuma saja. Tak payah bayar apa-apa.

Tak susah nak buat kan?

Sekarang, korang dah tahu. Rugi kalau ilmu ohsem macam ni dibaca saja, tapi tak diguna. Macam-macam korang boleh buat dengan RM22,500 tu. Bayar downpayment rumah pun lepas.

Tok harap korang boleh tolong panjangkan ilmu bermanfaat macam ini kat kenalan korang. Moga bertambah pahala kita semua masa bulan Ramadhan ni dengan usaha itu.

Tok Penghulu

Read Previous

Tropicana berganding bahu bersama Panasonic, bina rumah konsep mesra-alam.

Read Next

Usaha menghidupkan banglo Penang Hill, sekali lagi.

Leave a Reply