PORTAL PELABURAN HARTANAH NO.1* DI MALAYSIA

Tuan Rumah Dari Neraka

Tok pasti sebelum ini, anda semua selalu dengar kisah penyewa yang dikatakan berasal daripada tingkat neraka terbawah. Kenapa digelar sampai sedemikian rupa?

Bayangkan anda sewakan rumah kepada beberapa orang ini. Ada satu hari tu anda rasa tidak sedap hati, maka anda ambil keputusan untuk memasuki rumah yang disewakan ketika semua penghuninya keluar bekerja.

Buka sahaja pintu, terus bau semerbak menerjah rongga hidung anda. Untuk kepastian, anda pun masuk ke dalam dan terkejut melihat rumah seperti baru sahaja dilanda angin kencang. Barang bersepah, bilik air kotor, pecah sana-sini.

Tapi macam mana pula dengan perkara sebaliknya? Pernah tak anda semua dengar perihal tuan rumah dari neraka?

Macam mana tu, apa yang tuan rumah buat? Meh sini Tok cerita sikit.

Ambil Hak Orang Susah

Tok tahu, ada yang jadikan rumah itu sebagai pelaburan untuk dapatkan hasil dan keuntungan. Dari satu sudut, tindakan itu tidak salah.

Dari satu sudut yang lain, ia menjadi satu kesalahan apabila anda membeli rumah kos rendah dengan banyak yang sepatutnya dimiliki oleh golongan B40. Itu hak B40, bukan hak pelabur.

Paling Tok tak boleh terima sekali apabila mereka yang claim diri sebagai pelabur hartanah ini membeli rumah kos rendah selepas itu sewakan pada kadar yang mahal. Alasan mereka adalah rumah itu terletak di kawasan bandar, dekat dengan pengangkutan awam dan mall besar.

Sumbat Selagi Boleh

Ada kes dimana rumah flat kos rendah di KL disumbat dengan penyewa.

Harga bayaran bulanan sewaan bagi seorang memang murah iaitu RM200 sahaja tetapi malangnya mereka perlu berhimpit-himpit dalam satu rumah. Tengok rumah pun sudah rasa sesak nafas.

“Tak lemas ke duduk rumah kecik macam gini ramai-ramai?”

Jawapan biasa dengar

“Tahan je lah. Ini je yang mampu buat masa sekarang”

Tapi bila kerajaan buat PKP je terus penghuni tersebut perlu melaksanakan wfh dalam suasana yang sempit. Mahu tak mahu, mereka terpaksa hadap.

Kalau dah sumbat ni memang takde ruang lain daripada rumah selain tempat tidur. Habis ruang tamu pun diubah suai dijadikan bilik.

Tiada Timbang Rasa

Ingatkan penderitaan mereka cukup sekadar sampai di situ sahaja. Tapi rupanya makin bertambah-tambah.

Ketika PKP 1.0, kerajaan ada buat moratorium automatik. Dengar sahaja berita ini pasti akan membuatkan para penyewa sedikit tersenyum kerana tuan rumah sepatutnya mampu kurangkan sedikit kadar sewaan.

Tujuan moratorium adalah untuk mengurangkan beban rakyat. Tapi masalahnya majoriti orang susah ni menyewa. Tok berpendapat sepatutnya tuan rumah perlulah bertimbang rasa sedikit lebih-lebih lagi kalau penyewa terkesan dengan pandemik ini.

Apa yang Tok boleh simpulkan adalah anda sebagai tuan rumah jangan terlalu mendambakan penyewa dari syurga, sedangkan anda sendiri bersifat seperti penghuni neraka.  

Tidak terkecuali juga kepada pelabur yang berperangai ahli neraka dengan memborong rumah kos rendah. Kita semua tahu, di Malaysia kita tiada pelan perumahan seperti HDB di Singapura yang memerlukan setiap rakyat memiliki rumah sendiri.

Jadi anda sebagai pelabur hartanah perlu memainkan peranan untuk tidak sesekali membeli rumah kos rendah. Berikan peluang kepada golongan B40 untuk miliki rumah. Tuan rumah pula sila bertimbang rasa sedikit dengan penyewa terutamanya ketika PKP.

Ingat, hari ini anda bantu orang dan mungkin hari lain, orang pula bantu anda. Tak kisah anda pelabur, tuan rumah atau penyewa, perlu ada sifat bertimbang rasa dalam diri. Biar ada empati.

Nak beli rumah bukannya terus boleh main beli. Perlukan ilmu dan faham hartanah yang macam mana nak beli. Tak boleh main terjun je beli hartanah. Nanti tersalah jalan, boleh pening bertahun – tahun lamanya. Tak salah pun menyewa. Kita sendiri tahu kemampuan kewangan kita.

Sebagai penyewa, kita haruslah tahu apa hak – hak kita sebagai penyewa dan juga macam mana nak untung dengan menyewa.

Ebook terbaru GilaHartanah ini adalah PERCUMA buat masa yang terhad! Jom dapatkan sekarang. Klik gambar di bawah sekarang kalau anda nak dapat ebook ini.

[KLIK GAMBAR SEKARANG]

ebook terbaru GH

Comments are closed