Login

Register

Login

Register

Tips Menabung Untuk Manusia Degil

Semua orang sedar tentang kepentingan menabung dan betapa wajibnya kita sebagai manusia yang hidup di mukabumi ini mempunyai simpanan untuk menempuh liku-liku kehidupan yang semakin mencabar ini.

Dan Tok percaya, kegagalan untuk berbuat demikian bukanlah sebab tidak ada kesedaran semata-mata, tapi korang tak ada satu kaedah yang fleksibel dan mudah untuk dipraktikkan sebenarnya.

Jadi, Tok nak share satu tips menabung yang dikongsi oleh sorang mamat ni yang mana tips ini menjadi viral untuk satu ketika.

 

1- By Hook or By Crook, setiap hari kena letak duit dalam tabung.

 

Seorang pengguna media sosial bernama Khangwei berkongsi tips ni dan jadi viral haritu, sebab cara yang digunakannya agak bagus dan tidak terlalu membebankan. Macam mana cara dia buat?

 

  • Simpan sekeping duit RM5 atau RM1 setiap hari dalam tabung.
  • Kalau takda RM5 sekeping dalam wallet, gantikan dengan not RM1 sebanyak 5 keping.
  • Kalau dedua takda, letak RM10 sebagai ganti dalam tabung.
  • Setiap kali gaji, WAJIB masukkan RM50 ke dalam tabung.

 

Menurut ceritanya, lepas 3 bulan, dia bukak dan kira semua duit simpanan dalam tu, dah menyamai dengan gaji bulannya.

Tambahan lagi, dia menggalakkan untuk simpan duit dalam botol sebab agak susah nak keluarkan duit dari dalam botol tu. Dan, kalau botol ni dia lutsinar, dan korang boleh nampak hasil simpanan korang tu secara tak langsung motivate korang untuk lebih bersemangat untuk menabung.

 

2- Haram guna not RM5 dan not RM20

 

Ini pula tips yang dikongsikan oleh Faiz nama sebenar kat media sosial, dimana dia wajibkan setiap kali dapat not RM5 dan RM20, dia akan terus masukkan dalam tabung simpanan.

Mudahnya, dia mengharamkan dirinya dari menggunakan not RM5 dan RM20 dalam perbelanjaan harian.

 

 

Lepas 6 bulan dia buat benda ni, cuba teka berapa simpanan dia dapat?

140 keping RM20 dan 180 keping RM5.

Bersamaan = RM 3700!

 

3- Syiling RULES

 

Tabiat menyimpan duit syiling ni adalah antara yang popular dan rata-rata dari kita pernah dan masih mengamalkannya tapi masalahnya; bila dah penuh tabung tu mesti terus pecahkan, dapatlah belanja makwe tengok wayang, makan 4Fingers dan beli phone baru.

Jangan nafikan, Tok tahu sangat korang ni. Jarang-jarang Tok jumpa orang menyimpan syiling lebih dari setahun.

Ini pula adalah kisah pasangan dari negara jiran Indonesia, yang berjaya sejumlah wang cukup untuk membeli motorsikal idaman mereka, Kawasaki Ninja 250 Fi dengan hanya duit syiling yang dikumpul selepas 2 tahun!

 

Pasangan ni simpan semua duit syiling yang ada dalam bekas roti, dan lepas dua tahun jumlah terkumpul adalah sebanyak 42 Juta Rupiah (RM 13,015)!

Moralnya, jangan pecahkan tabung syiling korang lepas setahun!

Tak muat? Cari tabung gas Petronas macam Tok buat dulu. 7 tahun simpan pun masih boleh muat!

 

4- Bajet “Gaji Ciput”

 

Ini Tok rasa yang paling power. Seorang wanita bernama Marlia Ramli berkongsi tips yang dia guna untuk survive dan pada masa sama boleh menabung RM250 secara konsisten setiap bulan dengan hanya pendapatan gaji bulanannya yang cuma RM 1,500 saja!

Haa korang yang selalu mengeluh gaji ciput tak boleh menyimpan tu, boleh cuba try test teknik wanita ini.

 

  • Gaji bulanan        RM 1,500
  • Zakat sedekah     RM 50.00
  • Mak Ayah             RM 100.00
  • Simpanan tetap    RM 250.00

 

Baki belanja = RM 1,100

 

– Bekal makanan     RM 200.00

– Tol/Petrol               RM 250.00

– Ansuran Kereta     RM 300.00

– Insurance              RM 150.00

– Barang keperluan RM 100.00

– Emergency           RM 100.00

 

Jumlah perbelanjaan = RM 1,100

 

Selain dia berjaya menyimpan dengan konsisten setiap bulan RM250, korang ada perasan sesuatu tak? Dia juga konsisten ‘memanusiakan’ perbelanjaan dia macam yang Tok cadangkan kat awal penulisan tadi.

Ni adalah contoh yang sebenar yang berlaku berkait dengan bajet manusiawi tadi.

Nampak tak?

Seciput mana pun gaji korang, kalau korang still letakkan sebahagian dari pendapatan korang setiap bulan secara konsisten untuk tujuan kebajikan, Insyaallah, percayalah rezeki untuk korang akan sentiasa ada.

 

Hasil dari simpanan macam ni, dia dah ada;

 

RM 250 X 12 bulan = RM 3,000 (2 bulan dana kecemasan)

RM 250 X 24 bulan = RM 6,000 (4 bulan dana kecemasan)

RM 250 X 36 bulan = RM 9,000 (6 bulan dana kecemasan)

 

5. Letak dan Lupa

 

Setiap kali korang dapat gaji, letakkan sejumlah amaun yang tetap setiap bulan dalam tabung korang dan lupakan.

JANGAN PERNAH TERFIKIR UNTUK BUKA DAN GUNA UNTUK APA JUA TUJUAN.

Ini kena kuat betul. Tapi tak ada la kejam sangat. Korang boleh tetapkan had masa untuk tempoh ‘melupakan’ ni, tapi selalunya kaedah ni dipraktikkan untuk satu tempoh jangka masa panjang seperti 10 tahun dan 15 tahun.

Sebab apa lama sangat? Sebab korang tak perlu simpan banyak sangat pun setiap bulan, RM50 pun dah cukup. Korang pun tak rasa terbeban sangat. Bayangkan RM50 setiap bulan selama 10 tahun?

 

RM6,000!

 

Ok lah kan?

 

Tips yang Tok kongsikan ni bukan sekadar teori tau, tips ni adalah dari apa yang telah dilakukan dan terbukti berjaya.

Tak percaya? Boleh google dan baca kisah mereka ni.

 

6.Tabung Berwarna

 

Tips ni Tok tengok dan baca ramai yang buat sekarang ni dan terbukti sangat berjaya. Semua tahu, wang kertas kita mempunyai warna yang berbeza untuk setiap nilai.

Jadi korang boleh pilih untuk ‘haramkan’ mana satu warna wang kertas di dalam wallet korang.

Untuk masa sekarang, kita ada 6 pilihan warna. Untuk yang baru nak mula, Tok cadangkan korang mula dengan warna hijau dulu.

Sebab apa hijau, bukan biru? Boleh je kalau nak simpan RM1, tapi takkan tiap masa korang nak haramkan not RM1 ada dalam wallet korang.

Kena ingat, tips ni hanya berkesan kalau korang memang tak gunakan langsung wang kertas tersebut! Beli barang dapat duit baki mesti ada not RM 1 kan, jenuh la terus nak masuk tabung walhal boleh guna untuk beli benda lain.

Jadi wang kertas RM 5 lebih relevan.

Lepas setahun, cuba buka tabung tu dan kira berapa jumlah wang terkumpul. Contoh, katakanlah dalam seminggu korang hanya ada 5 keping not RM 5, bersamaan RM25.

 

RM25 X 4 (Sebulan) = RM 100

RM 100 X 12 = RM 1,200.

Ini pengiraan mengambil kira contoh yang palng minima tau. Bayangkan kalau korang ‘cerdik’ dan tak buka tabung lepas setahun (hehehe), berapa agaknya ye yang korang boleh dapat?

Takpe slow-slow. Biasalah, orang muda ni agak kurang sikit tahap kesabarannya, semua nak cepat je.

Cuba dulu dengan not RM5 ni, nanti dah nampak hasil mesti automatik korang akan upgrade ke peringkat seterusnya, warna merah atau ungu pulak!

Kalau korang ada kerja yang stabil dan income bulanan korang pun boleh tahan, Bukak ASB dan praktikkan sekali amalan menabung macam ni, gunakan not merah dalam wallet tu.

Pastikan korang fahamlah fungsi tabungan macam ni, berbeza dengan ASB ok, sebab duit yang korang letak dalam tabung tu nilainya takkan berubah jadi penting untuk korang tetapkan tujuan utama duit dalam tabung dan duit simpanan ASB.

Fikri Azzim

Read Previous

Berbaloi ke melabur dekat kawasan Nilai, Negeri Sembilan?

Read Next

Dwi @ Rimbun Kasia – Kenapa menyewa, padahal anda boleh beli sebiji rumah?

Leave a Reply