PORTAL PELABURAN HARTANAH NO.1* DI MALAYSIA

7 tips kewangan yang padu untuk anak muda

Anda tahu kan Tok sayang anda? Macam – macam dah tips kewangan yang Tok bagi. Niat Tok cuma satu. Kewangan anda bertambah baik.

Bila masuk bab kewangan, Tok suka ingatkan yang lain orang lain solusi yang sesuai. Ada orang lebih sesuai dengan cara A. Ada orang lebih sesuai dengan cara B. Terpulanglah nak buat ikut yang mana.

Kali ni Tok nak kongsikan tips kewangan padu yang Tok dapat daripada Bijak Kewangan. Jemput baca sampai habis.

Bagi anak muda yang baru nak mulakan hidup, sudah tentulah macam-macam yang ada dalam kepala kan. Nak buat itu. Nak buat ini. Yelah dah merasa pegang duit kenalah mula merancang. Nanti kalau kewangan kelaut, tak ke naya. 

Nak buat perancangan kewangan ni tak semestinya kena tunggu awal tahun. Bila – bila pun boleh. Ada orang lebih suka buat perancangan di awal tahun. Ada orang lebih suka buat perancangan bila – bila yang diperlukan. Tak kisahlah nak buat planning kewangan awal tahun ataupun sekarang, asasnya tetap sama. Merancang kewangan. 

Kali ni Min nak kongsikan kepada anda 7 tips kewangan yang padu. Jemput baca sampai habis.

Tip #1 : Belanja kurang daripada pendapatan 

Walaupun anda mungkin dah baca tip ni, tapi Min nak ulang lagi sekali. Pastikan anda berbelanja kurang daripada pendapatan anda. Katakan anda bergaji RM3,000. Anda perlu pastikan perbelanjaan anda tidak melebihi RM3,000. Cuba semak berapa jumlah perbelanjaan anda setiap bulan. Anda mungkin akan terkejut melihat list perbelanjaan anda. 

Tip #2 : Buat bajet dan ikut bajet

Kalau anda tak nak merasa perasaan ‘duit aku banyak habis kat mana ye?’, anda boleh mulakan dengan membuat bajet perbelanjaan setiap bulan. Anda boleh tetapkan siap – siap berapa portion yang anda nak letakkan untuk setiap perkara. Dan pastikan anda ikut bajet yang telah dibuat. 

Ramai orang tak sedar yang mereka dah terlebih belanja. Tahu tahu je duit kering tengah bulan. Sakit tau!

Tip#3 : Bayar hutang kad kredit 

Tak salah pun ada kad kredit ni. Yang salah adalah bila anda tak tahu macam mana nak uruskan ia sampai berhutang dengan banyak. Ada banyak kes yang Min baca terbeban dengan hutang kad kredit. Bila hutang makin banyak, lagi bertambah stress jadinya. Nak survive dengan nak bayar hutang. Pening kepala jadinya. Jadi bayar hutang kad kredit anda tepat pada waktunya dan jangan suka hati je swipe sana sini. Kawal perbelanjaan ok?

Tip #4 : Mulakan tabungan 

Anda mesti pernah dengar tip ni kan : bayar diri sendiri dulu. Kalau anda menunggu dah setel semua perbelanjaan, bayar bil dan sebagainya baru anda asingkan menyimpan, kemungkinan anda tak ada duit untuk menyimpan pun. Asingkan siap – siap jumlah yang anda selesa (contohnya RM100) setiap bulan untuk menyimpan sebelum anda mula membayar bil dan komitmen. 

Bayar diri sendiri dulu. Jumlah simpanan anda mungkin nampak kecik, namun sikit – sikit lama-lama jadi bukit. 

Tip #5 : Melabur 

Anda boleh mulakan melabur dan memilih platform pelaburan yang sesuai dengan anda. Yang penting anda tahu apa risk profile anda dan apa yang anda laburkan itu. Jangan mudah terikut-ikut dengan orang. Jangan kerana tengok orang lain buat untung, anda terus nak melabur sekali. Melabur perlu ada ilmu tau.

Tip #6 : Review coverage perlindungan anda 

Ada orang main bayar je takaful setiap bulan tanpa tahu apa yang dia bayar. Pastikan sebelum anda bersetuju dengan plan takaful yang ditawarkan, anda tengok dan fahamkan betul – betul coverage yang ada. Jangan sampai nanti anda nak claim tapi rupanya takaful tak cover pun. 

Kalau anda dah berkeluarga (ada isteri dan anak), penting untuk anda masukkan takaful sebagai salah satu item wajib bulanan. Kita tak tahu apa yang bakal terjadi. Sediakan payung sebelum hujan.

Tip #7 : Rekod keluar masuk duit anda

Anda nak tahu keluar masuk duit anda? Mulakan merekod perbelanjaan anda. Kalau anda tak rekod, ada kemungkinan anda terlepas pandang perbelanjaan anda. Malah rekod ni penting bila anda nak bayar tax nanti.

Kesimpulan

7 tip yang Min bagi ni tak semestinya anda perlu ambil bulat – bulat. Yang penting anda sesuaikan dengan keadaan kewangan anda sekarang. Adjust accordingly. Tengok yang mana anda perlu ubah, anda ubah. 

Merancang dan nak jadi bijak kewangan ni ambil masa. Jangan putus asa dan teruskan berusaha. Min doakan segala urusan anda dipermudahkan. 

Artikel ini bermanfaat? Silakan SHARE supaya lagi ramai orang boleh baca. 

Comments are closed