PORTAL PELABURAN HARTANAH NO.1* DI MALAYSIA

6 tip sempoi ubah suai rumah second hand

Mungkin korang lebih suka beli rumah second hand berbanding yang lain.

Sama je dengan rumah under construction atau lelong, rumah second hand jugak ada pro and cons yang tersendiri.

Dan ramai yang ingat, lepas dah beli, boleh renovate sehingga cecah puluhan ribu Ringgit. Dengan harapan, capital appreciation boleh naik tinggi gila.

Kalau korang plan nak buat macam tu, nanti dulu.

Korang akan ubah fikiran lepas hadamkan perkongsian yang Tok baca kat blog WMA Property ini.

Ada yang rosak? Selesaikan cepat sebelum melarat

Sebagai seorang pelabur hartanah yang awesome, kita perlu cari deal (tawaran) yang terbaik dalam pasaran.

Dan tak dinafikan, beli rumah dengan pemaju lebih murah kalau dibandingkan dengan beli rumah second hand atau lelong. Lagipun, lebih best sebab serba-serbi baru.

Tak sama macam beli rumah second hand. Kalau nasib tak baik, banyak pulak benda yang rosak dan kena betulkan. Tak pasal-pasal kena keluarkan duit lagi.

Antara kerosakan biasa seperti :

  • Overhead beam tenggelam,
  • Tingkap tak boleh ditutup sepenuhnya,
  • Lantai atau dinding retak berhampiran beam / tiang, atau lain-lain.

Biasa la, rumah lama. Dah tentu terkesan dengan wear and tear. Tu tak termasuk lagi dengan masalah lain seperti serangan serangga perosak seperti anai-anai atau semut.

Semua masalah ni, wajib korang selesaikan cepat-cepat sebelum melarat.

Tapi kalau korang dah kaji yang rumah tu akan meningkat dari sudut capital appreciation, dan mampu untuk tanggung segala kos yang terlibat, takde masalah untuk korang melabur kat situ.

Tip #1 : Kos ubah suai tak lebih 40% daripada harga rumah?

Sumber gambar Decoist 2

Sumber gambar – Decoist

Sebaik saja korang sedar yang kos ubah suai melebihi 50% daripada nilai rumah, korang boleh lupakan rumah tu dan cari yang lain.

Ini sebab korang kena pertimbangkan profil kewangan korang sendiri, dan jugak tempoh untuk dapatkan pulangan kos renovation tu.

Kalau korang renovate jugak, rugi. Takut masa dan pulangan tak berbaloi dan tak dapat nak cover kos yang korang keluarkan sebelum ini.

Tip #2 : Setiap ubah suai, wajib praktikal dan berfungsi

Sumber gambar forfur.com 1

Sumber gambar – forfur.com

Mungkin korang perlu betulkan beberapa tempat utama seperti ruang makan, dapur, tandas, atau bilik tidur lepas beli rumah second hand.

Kalau boleh, korang juga dinasihatkan untuk menukar sistem pendawaian dan juga sistem paip baru pada masa yang sama.

Dan dah tentu semua ni akan meningkatkan nilai rumah tu, kan?

Salah tu. Tak semua ubah suai akan meningkatkan nilai rumah. Sebab tu, korang wajib kaji dan fikir dulu sebelum buat sebarang ubah suai rumah. Takut buat rugi duit korang je nanti.

Lain cerita kalau korang beli untuk kegunaan sendiri. Kalau ini kes korang, ikut suka korang la nak buat apa.

Tip #3 : Berapa banyak anda patut belanjakan untuk renovation?

Sumber gambar Houzz 1

Sumber gambar – Houzz

Tak masuk akal untuk belanjakan RM300,000 untuk membeli rumah yang nilai pasarannya RM500,000.

Sama jugak dengan ubah suai. Kebanyakan bakal pembeli tak akan menghargai jumlah wang yang korang belanjakan untuk kerja-kerja ubah suai.

Sama macam poin yang Tok jelaskan sebelum ini. korang wajib kaji dan fikir dulu sebelum buat sebarang ubah suai rumah. Takut buat rugi duit korang je nanti.

Nak jalan yang selamat?

Daripada korang tumpukan perhatian untuk buat renovation kat bahagian luar rumah, baik lagi korang tumpukan fokus untuk renovate bahagian dalam rumah. Ini mungkin akan berikan kejutan kepada pembeli yang bakal datang.

Tip #4 : Elak ikut 100% kata hati sendiri

Sumber gambar homescorner.com 1

Sumber gambar – homescorner.com

Tak semua orang suka apa yang kita suka. Jadi, elakkan buat renovation mengikut style dan citarasa diri sendiri.

Paling selamat, korang buat renvation secara umum (general). Ini untuk pastikan rumah tu diterima oleh kebanyakan orang.

Dengan ini, baru korang boleh sewakan atau jual pada harga yang lebih tinggi. Oh ya, dan korang juga boleh elakkan kerugian.

Tip #5 : Beli rumah, wajib buat major renovation

Sumber gambar Decoist 1 1

Sumber gambar – Decoist

Kalau korang bercadang beli rumah second hand untuk kegunaan peribadi, korang boleh belanjakan berapa banyak yang boleh.

Tok takde sebarang halangan. Janji korang suka dan puas hati.

Tapi kalau korang nak tinggal kat rumah tu kurang daripada 5 tahun, adalah dinasihatkan supaya tak bazirkan duit korang untuk buat major renovation.

Sebaliknya, kalau korang beli rumah tu untuk tujuan pelaburan, baik lagi korang ubah suai rumah tu semudah yang mungkin. Asalkan ia selamat dan nampak menarik.

Sebagai contoh. Baik korang tumpukan perhatian kepada flooring berbanding memilih karpet, atau cat dinding berbanding wallpaper, serta pengubahsuaian kecil.

Tip #6 : Raikan kerja mengecat

Sumber gambar Southern Impression Homes 1

Sumber gambar – Southern Impression Homes

Dan yang terakhir sekali, pastikan kerja mengecat dilakukan dengan baik.

Jangan korang pandang rendah kat hal-hal mengecat ya. Cat adalah seperti ‘alat solek’ rumah. Ini boleh jadi poin penilaian sebab ia mudah untuk dilihat.

Prinsip ini sama seperti wanita yang suka memakai solekan untuk meningkatkan keyakinannya. Dan hal ini juga boleh diaplikasikan kepada rumah. Baru la prospek suka nak beli rumah tu.

Tok harap, korang amalkan tip-tip ini untuk elakkan sebarang kerugian besar. Nak renovate rumah, paling sikit pasti makan jugak puluh ribu Ringgit.

Tapi kalau tak menambah sebarang nilai kepada rumah, apa gunanya? Fikir dulu sebelum buat sebarang keputusan muktamad ya.

Silakan SHARE artikel ini kepada kawan dan saudara-mara korang jika bermanfaat.

Tak nak terlepas info dan tips terkini berkaitan hartanah dan kewangan? Tok nak ajak korang join Channel Telegram rasmi Gilahartanah. Klik gambar untuk join.

Jom join Channel Telegram rasmi GilaHartanah.
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *