Login

Register

Login

Register

Tinggikan untung sewaan dengan 5 strategi ini (yang tak gunakan banyak duit anda)

Secara logiknya, dah tentu nak ubah suai rumah gunakan banyak duit, betul?

Tok nak kongsikan satu artikel yang membantu korang buat kerja ini, tanpa keluarkan modal yang banyak. Bukan itu saja. Ia juga boleh tinggikan potensi rumah korang disewa pada kadar yang baik.

Tip ini dikongsi oleh David Williamson kat blog Landlordology. Tok harap ia bermanfaat untuk korang semua.

#1: Anggap rumah itu sebagai tempat tinggal. Bukan untuk duduk sendiri

Boleh tahan ramai yang buat benda ini. Kalau pertama kali beli rumah, Tok boleh faham lagi. Hakikatnya, nak ubah suai rumah memang akan gunakan banyak duit kita.

Dan realitinya, rumah yang diubah suai secara major adalah satu tindakan yang boleh rugikan kita. Elakkan tanam gambaran “sempurna” (picture perfect), dan buat proses ubah suai yang berlebih-lebih. Lain cerita kalau nak guna rumah ini untuk duduk sendiri.

Penyewa tak akan menjaga rumah itu seperti yang kita jaga. Bagi mereka, ia tetap sebuah rumah sewa. Ia hanya sekadar rumah persinggahan, sebelum mereka berpindah ke rumah mereka sendiri.

Matlamat yang betul adalah buatkan rumah ini sesuai didiami, dan selesa untuk penyewa duduk. Cukup sekadar itu. Kalau terpaksa buat ubah suai pun, buat sekadar yang perlu saja.

Daripada kita bazirkan duit kat tempat yang tak betul, baik korang kumpul duit tu untuk membeli rumah yang lain. Tentu lagi berbaloi.

#2: Sentiasa sinari mata dan hati bakal penyewa

Bila bakal penyewa datang melawat rumah, mereka akan mencari jawapan untuk soalan ini:

“Sesuai ke aku tinggal kat sini?”

Sebagai tuan rumah yang ohsem dari azali, kita boleh bantu mereka menjawab soalan penting ini. Dan kita boleh buat dengan sedarkan mereka tentang seribu sebab mereka patut menyewa dengan kita.

Contohnya, kalau rumah berabuk dan kedudukan perabot tak kemas, bersihkan setiap sudut rumah dan susun balik perabot supaya sedap mata bakal penyewa memandang.

Kalau kawasan dalam rumah gelap, buka semua langsir dan tingkap, biarkan angin dan cahaya luar masuk. Buka semua lampu, atau cat dinding rumah dengan warna yang terang dan harmoni. Mungkin, kita boleh tambah lampu lantai untuk cerahkan kawasan dalam rumah (jika perlu).

Macam mana kalau hartanah itu bersaiz kecil?

Susunan perabot yang baik boleh atasi masalah ini dengan senang. Kalau perlu (dan ada modal lebih), boleh pecahkan dinding supaya kita dapat wujudkan suasana yang lebih luas kat dalam rumah.

#3: Cuba baiki sebelum ganti

Boleh tahan ramai tuan rumah buat benda ini.

Bila dah dapat kunci rumah, mereka akan buang semua barang lama kat dalam rumah tu, cat seluruh interior rumah, dan mulakan proses memburu penyewa yang berminat.

Ya, Tok tak nafikan. Ia dengar sangat logik untuk kita buat. Tapi, ini tentu akan rabakkan dompet kita. Tak semua rumah (termasuk sub-sale atau rumah lelong) perlukan proses ubah suai yang banyak.

i) Karpet

Biasanya, karpet akan diganti lepas tempoh 7 tahun atau lebih.

Tapi kalau ia masih elok dan masih boleh digunakan, tak salah mengupah tukang cuci karpet profesional. Mereka boleh buatkan karpet lama kelihatan sepeperti baru keluar kedai.

Yang paling best? Kita tak payah keluarkan modal besar untuk beli karpet baru. Dan harga karpet baru bukannya murah.

ii) Bahagian siling rumah

Jarang-jarang kita akan mengecat balik bahagian ini. Tapi kalau ia terlalu kotor (sebab asap rokok, atau tukang masak yang tak cermat), sediakan bajet untuk cat balik siling ini. Satu bucket dah lepas rasanya (bergantung kat saiz rumah).

iii) Dinding rumah

Kalau ada kesan contengan kat dinding rumah, gunakan Magic Eraser dulu sebelum bertindak keluarkan modal untuk cat.

Cari kat bahagian household cleaning kat TESCO. In Shaa Allah, korang boleh jumpa benda ni. Mana tahu boleh bersihkan kesan tu tanpa perlu mengecat dinding.

#4: Berikan sepenuh perhatian kat dapur dan tandas

Ini antara kawasan yang boleh kita ambil kira.

Kawasan ni ada “wow” factor yang baik dan boleh pengaruhi keputusan prospek untuk menyewa.

Dan seperti orang lain juga, dah tentu mereka tak nak hidup dalam rumah yang kotor. Jadi, betulkan segala peralatan kat 2 kawasan ini. Kalau ada tandas yang naik kulat, bersihkan sampai berkilat.

Kadang-kala, ada peralatan memasak rumah yang dah jauh ketinggalan. Boleh saja nak gantikan dengan peralatan yang baru. Kalau kita nak buat ubah suai sangat, boleh mulakan dengan 2 kawasan ini dulu.

Korang ada pelan nak jual rumah dalam masa 5 atau 10 tahun lagi? Bermakna, tak rugi kita ubah suai 2 kawasan dalam rumah ini. Ia boleh tinggikan nilai hartanah dan hasilkan pulangan pelaburan yang menawan.

#5: Ubah landskap luaran rumah

Walaupun tak berapa penting, tapi mata bakal penyewa akan singgah dan melihat kawasan ini terlebih dulu. Kalau rumah korang ada kawasan laman, pastikan ia kemas dan bersih sebelum mereka datang melawat.

  • kalau rumput dah mula meninggi, cepat-cepat potong,
  • kalau ada kawasan laman bunga, pastikan tak ada rumput-rampai berselerak kat situ,
  • ada pokok? Boleh trim supaya ia kelihatan kemas dan menarik,
  • rumah ada pemandangan bukit-bukau atau tasik? Pastikan tak ada benda yang halang pemandangan ini.

Dan tak perlu nak betulkan bahagian luar rumah ini secara serius. Cukup sekadar ia bersih dan kemas saja. Kalau kita buat ni, kita boleh tinggikan minat prospek untuk menyewa dengan kita.

Matlamat seorang tuan rumah adalah sediakan tempat tinggal yang selesa untuk penyewa. Asalkan ia functional dan boleh buatkan mereka menikmati kehidupan dalam rumah itu, dah lebih daripada cukup.

In Shaa Allah ia boleh jimatkan banyak duit korang kalau korang ikut tip ini. Bahkan, ia boleh tinggikan hasil sewaan korang dengan baik.

Kalau ada lagi Tok jumpa tip macam ni, Tok akan kongsikan kat korang. Kalau artikel ini bermanfaat, boleh kongsi kat kenalan atau saudara-mara korang ya.

Tok Penghulu

Read Previous

Baru 25 tahun, dah ada 2 rumah pelaburan: 5 faedah yang anda layak gunakan untuk beli rumah pertama.

Read Next

5 cara bagaimana sifat bangga diri buatkan kewangan anda terlingkup

Leave a Reply