Negara kita sedang bergelut dengan macam-macam musibah. Tok maksudkan masalah ekonomi semasa yang dilihat semakin merundum dari hari ke hari.
Permintaan global yang lemah dah kejatuhan harga tenaga dilihat memberi tekanan kat kewangan negara kita.
Tak kurang juga dengan isu perkembangan politik semasa dan masalah lebihan bekalan (oversupply) oleh pemaju.
Ini antara faktor yang jadi sebab ramai pelabur mula gunakan strategi “tunggu dan lihat”. Tak ramai yang sanggup ambil risiko melabur kat hartanah buat masa ini.
Buat korang yang masih bersemangat nak melabur tahun ini, Tok nak kongsikan nukilan Tuan Khalil Adis ini supaya korang tak rugi banyak dan buat untung.
Ramai pemaju yang fokus membina projek mewah (high-end project).
Tapi, tindakan ini nampaknya tak berikan untung kat mereka. Dah jadi lumrah. Bila ekonomi merundum, ramai orang jadi takut nak belanjakan duit mereka sesuka hati.
Pemaju sukar nak buat jualan sebab pasaran pembeli semakin mengecil, dan tak ramai yang berminat nak beli projek-projek baru.
Dengan tekanan yang semakin meningkat, mereka dijangka akan menawarkan diskaun atau pakej-pakej menarik sebagai usaha tarik minat prospek untuk membeli.
Ini adalah berita baik buat mereka yang ada pegangan tunai yang banyak, tak kira pembeli tempatan atau luar (foreign investors). Sebab mereka boleh bermain dengan tawaran menarik yang ada kat pasaran.
Tak dapat nak nafikan. Sekarang ini, ada banyak bekalan hartanah yang masih tak dibeli, kesan daripada oversupply daripada pemaju.
Sebab harga jualan yang dilihat agak melampau, ramai pelabur akan beralih kat pasaran hartanah yang seterusnya.
Pasaran sekunder (secondary market) akan menjadi fokus utama sebagai kesan daripada situasi ini. Ekonomi semasa yang tenat akan buatkan ramai orang terdesak untuk menjual unit dengan harga rendah.
Logiknya? Baik lagi dapat jual murah, berbanding tak dapat jual langsung.
Gaya fikir (mindset) ini buatkan ramai prospek lebih suka tumpukan perhatian kat pasaran sekunder. Korang boleh dapatkan rumah dengan harga 30% lebih murah, berbanding kediaman baru.
Bab pilihan pula akan jadi satu isu. Sebab ada banyak pilihan, ia terpulang kat pembeli untuk memilih hartanah yang terbaik, dan tepat dengan matlamat pelaburan mereka.
Pada pandangan Tuan Khalil, kawasan kat Bangsar boleh jadi lokasi terbaik untuk pembeli. Sebab ia ada banyak kemudahan, fasiliti, tempat makan (kafe atau restoran), dan juga kompleks membeli-belah.
Kadar sewaan kat kawasan Bangsar juga dilihat kekal sejak tahun 2014. Ia kekal pada harga RM3.35 setiap kaki persegi hingga suku pertama tahun 2015.
Peningkatan harga hartanah (capital appreciation) berdasarkan urusniaga terkini pula direkod sehingga RM898 untuk setiap kaki persegi.
Kalau korang nak beli rumah segera dengan harga yang berpatutan, boleh cuba nasib kat pasaran sekunder ini.
Rumah lelong dijangka akan menjadi pilihan terhangat pada tahun 2016. Ini sebab hutang isi rumah kat seluruh Malaysia semakin meningkat.
Dengan gabungan kos sara hidup yang semakin tinggi, bermakna ada yang tak dapat uruskan pinjaman gadai janji dengan baik, dan ia jadi sebab utama hartanah mereka disita oleh pihak berkuasa.
Pasaran ini dijangka akan meningkat dan akan berikan peluang baik kat para pembeli dan pelabur hartanah.
Kesan daripada kejatuhan nilai Ringgit menjadi berita baik buat ramai pelancong luar negara, dan juga pelabur hartanah.
Pelancong jadi tak kisah nak berbelanja sebab nilai duit mereka lebih tinggi. Dan kita sebagai pelabur boleh menyambar peluang emas ini.
Kita boleh tumpukan perhatian kat tempat penginapan jangka masa pendek sebagai tempat persinggahan pelancong luar negara (khususnya warga Singapura).
Kaji dan laburkan duit korang kat tempat penginapan hot-spot, yang para pelancong ini suka pergi.
Bila melabur kat hartanah seperti ini, pastikan tempat itu ada pembangunan bercampur (mixed development) dengan hotel, pusat membeli-belah, dan komponen kediaman yang baik.
Ini boleh jadi nilai tambahan supaya kita boleh dapatkan kadar sewaan yang terbaik. Antara tempat yang baik korang boleh melabur adalah:
Malaysia akan buat pertimbangan secara teliti pada tahun ini dalam menyediakan rumah mampu milik untuk penduduk.
Pada masa yang sama, ia juga akan cuba menarik minat pelabur asing untuk melabur kat pasaran hartanah negara.
Bajet 2016 dengan jelas dah tetapkan segmen pasaran mass-market yang dilihat akan memacu pasaran hartanah negara. Ini sebab masih ramai rakyat yang belum memiliki hartanah kat negara sendiri.
Jadi, pasaran ini boleh kata bersifat evergreen.
Tambahan pula, semakin ramai pemaju yang dah mula berikan tumpuan kat pasaran ini. Jadi, sila bersiap-sedia dengan duit korang.
Rakyat Malaysia boleh mula berikan tumpuan kat kawasan ini, sebab ia adalah satu-satunya kawasan yang diperuntukkan dengan bajet daripada kerajaan persekutuan.
Yang paling menarik, hartanah kat kawasan ini masih dijual dengan kadar yang berpatutan. Purata harga jualan setiap kaki persegi adalah sekitar RM300 hingga RM400 saja.
Sebagai tambahan, Dato’ Mohamed Khaled Nordin (Menteri Besar Johor) dah umumkan yang 865 unit hartanah mampu milik akan dibina kat kawasan Pasir Gudang pada tahun 2018.
Sebanyak 5,000 unit rumah PR1MA dan PPA1M akan dibina sekitar stesen LRT dan Monorel kat 10 lokasi. Ini termasuk kat kawasan Pandan Jaya, Sentul, dan Titiwangsa.
Kita boleh mengkaji dan membeli rumah dalam lingkungan 1KM daripada segala kemudahan ini.
Trend hartanah dari tahun 2016 adalah “pembangunan-berkonsepkan transit” (transit-oriented development), dimana ramai pemaju mengambil contoh pembangunan kat negara Singapura dan Hong Kong.
Syarikat berkait dengan kerajaan (government-linked companies, atau GLC) ada buat perancangan untuk membina 800 kediaman mampu milik berhampiran talian MRT.
Dengan stesen LRT Ampang yang dah mula beroperasi dari Sri Petaling hingga Putra Heights, ditambah pula dengan pelan pembangunan kat sepanjang aliran Kelana Jaya, kita boleh mula cari hartanah kat sekitar kawasan ini.
Damansara juga boleh kita kaji dan perhatikan. Sebab ada 2 stesen MRT dalam kawasan perbandaran ini.
Pelan Induk Pengangkutan Pulau Pinang (yang bernilai RM27 bilion) akan jadi pemacu pasaran hartanah kat pulau ini.
Landasan LRT akan bermula daripada Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang ke Menara KOMTAR.
Orang Pulau Pinang yang nak membeli rumah pertama boleh mengkaji kawasan Bayan Lepas dan Gelugor, sebab ia berhampiran dengan stesen LRT.
Kat luar kawasan pulau pula, boleh kaji dan beli hartanah kat kawasan Seberang Prai.
Kalau boleh, elakkan beli hartanah kat kawasan Gurney dan Baru Ferringhi. Sebab akan ada projek besar-besaran yang sedang dirancang kat sini. Ia pasti jadi sebab kesesakan lalu lintas yang teruk.
—
Tok tak sarankan korang ambil bulat-bulat perkongsian kali ini. Lebih baik korang kaji betul-betul, dan pastikan keputusan korang tepat dengan matlamat pelaburan yang korang nak capai.
Cuma, Tok harap informasi ini boleh bantu buat keputusan pembelian yang bijak dan untungkan korang.
Kalau boleh, Tok tak nak korang rugi langsung. Ini matlamat utama Tok. Dan selalu ingat. Setiap masalah yang jadi, pasti ada peluang yang terselit. Kena pandai cari saja. Tok doakan semoga korang berjaya.
–
Tak nak terlepas info dan tips terkini berkaitan hartanah dan kewangan? Tok nak ajak korang join Channel Telegram rasmi Gilahartanah. Klik gambar untuk join.