PORTAL PELABURAN HARTANAH NO.1* DI MALAYSIA

Tiada penangguhan (Moratorium) pembayaran balik ansuran bulanan Pembiayaan Perumahan Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam (LPPSA)

Putrajaya, 8 April 2020 – Sehubungan dengan Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN), pihak LPPSA telah menerima pertanyaan dari pelbagai pihak berkenaan kemungkinan penangguhan atau moratorium boleh diberikan kepada bayaran ansuran bulanan pembiayaan perumahan LPPSA.

Untuk makluman, Kerajaan menyediakan kemudahan pembiayaan perumahan LPPSA yang disubsidikan pada kadar faedah 4%. Ini adalah lebih rendah berbanding kadar pembiayaan yang ditawarkan oleh mana-mana institusi perbankan tempatan.

Disamping itu, pembiayaan perumahan yang diberikan LPPSA dengan kadar faedah 4% ini adalah jauh lebih rendah berbanding kos dana yang diperolehi oleh LPPSA melalui terbitan sukuk iaitu pada kadar antara 4.5% hingga 5%.

Sebarang moratorium atau penangguhan kepada bayaran ansuran bulanan pembiayaan akan memberi kesan kepada aliran wang tunai pihak LPPSA dan melibatkan pinjaman tambahan melebihi RM2 billion.

LPPSA bertanggungjawab memastikan kelangsungan dan sumber kewangannya kekal utuh demi memastikan manfaat pembiayaan perumahan dapat terus disediakan kepada penjawat awam yang sedia ada dan yang akan datang.

Secara asasnya, penjawat awam dan pesara Kerajaan masih tetap menerima gaji penuh dan pencen bagi menampung perbelanjaan bulanan termasuk kewajipan bayaran balik pembiayaan perumahan LPPSA.

Kebajikan penjawat awam di bawah pakej rangsangan PRIHATIN tetap menjadi salah satu keutamaan Kerajaan melalui pemberian bantuan tunai seperti pembayaran RM500 secara one-off kepada lebih 1.5 juta penjawat awam bagi gred 56 dan ke bawah termasuk kakitangan kontrak serta lebih 850,000 pesara Kerajaan bermula April 2020.

Tambahan pula, bagi penjawat awam yang tergolong dalam golongan B40 dan M40, bantuan juga disediakan melalui Bantuan Prihatin Nasional (BPN) di antara RM500 sehingga RM1,600 yang akan dibayar pada bulan April dan Mei 2020. Manakala baki bayaran Bantuan Sara Hidup (BSH) akan dibayar pada bulan Julai 2020.

Justeru itu, LPPSA telah memutuskan untuk tidak memberi penangguhan atau moratorium pembayaran balik ansuran bulanan kerana masih yakin kebajikan penjawat awam telah cukup terjaga dan tiada keperluan buat masa ini.

Sebarang pertanyaan lanjut, boleh dikemukakan kepada LPPSA melalui https://etiket.lppsa.gov.my

Bukan semua mampu untuk beli rumah buat masa sekarang. Ada yang baru nak mulakan hidup selepas tamat study. Ada yang baru mula bekerja. Ada juga yang lebih memilih untuk menyewa sampai sekarang.

Tak salah pun menyewa. Kita sendiri tahu kemampuan kewangan kita.

Nak beli rumah pun, bukannya terus boleh main beli. Perlukan ilmu dan faham hartanah yang macam mana nak beli. Tak boleh main terjun je beli hartanah. Nanti tersalah jalan, boleh pening bertahun – tahun lamanya.

Sebagai penyewa, kita haruslah tahu apa hak – hak kita sebagai penyewa dan juga macam mana nak untung dengan menyewa.

Ebook terbaru GilaHartanah ini adalah PERCUMA buat masa yang terhad! Jom dapatkan sekarang. Klik gambar di bawah sekarang kalau anda nak dapat ebook ini.

[KLIK GAMBAR SEKARANG]

ebook menyewa 1

Comments are closed