PORTAL PELABURAN HARTANAH NO.1* DI MALAYSIA

Kompleks membeli-belah terbesar negara bakal dibina di Rawang.

The Two bakal menjadi sebuah taman tema tertutup (indoor) terbesar dekat Asia Tenggara, dengan kolam renang luaran dan dalaman, serta pusat membeli-belah terbesar di Malaysia.

Bertempat dalam jarak beberapa kilometer dari Petaling Jaya dan Kuala Lumpur, ia dijangka akan menjadi hab pelancongan dan membeli-belah apabila selesai dibina nanti.

Tepat dengan gaya hidup masa kini, projek terbaru DA Land ini dibina atas tanah berkeluasan 20.4 hektar.

Pembangunan itu terdiri daripada dua (2) fasa – Fasa 1A dan juga 1B.

Fasa 1A akan menjadi nadi pusat membeli-belah itu sendiri dengan memberi tumpuan dekat hiburan, makanan, dan juga pelbagai jenis kedai melalui pembangunan bersepadu.

Taman tema yang terletak di luar, separuh terbuka (semi-outdoor), dan juga tertutup dengan permainan air dan pengembaraan akan membentuk Theme Park Resort.

Sementara itu, fasa 1B akan menempatkan hotel, kediaman (services residences) dan juga bilik pameran pejabat.

Akses yang mudah ke The Two.

Tidak seperti kompleks membeli-belah yang lain yang ditujukan kepada kawasan kejiranan sekitar, The Two mengalu-alukan kedatangan penduduk luar (bukan pemastautin) melalui akses yang mudah.

Terletak dekat sebelah Lebuhraya Utara-Selatan, The Two berhasrat menjadi pitstop bagi pelancong tempatan dan juga antarabangsa.

Tambahan pula, penduduk dekat kawasan sekitar boleh memandu sehingga tol Rawang berdekatan, yang hanya memakan masa 12 hingga 20 minit dari tol Duta, Damansara, dan Bukit Jelutong.

Taman tema direka oleh Kumpulan Sanderson, yang mempunyai portfolio membina Disneyland (di Tokyo, Jepun), Movie World Warner Brothers’ (di Gold Coast, Australia), dan Universal Studios (di Pulau Sentosa, Singapura).

Berkeluasan 600,000 kaki persegi, taman tema ini akan menjadi taman tema terbesar di Asia apabila ia siap kelak.

Ada 4 fasa pembinaan.

Projek ini mengandungi 4 fasa yang akan memakan masa dalam tempoh 8 hingga 10 tahun.

Fasa pertama (GDV: RM2 bilion) terdiri daripada pusat membeli-belah, taman tema dalaman dan luaran, serta hotel.

Ia akan mengambil masa 4 tahun untuk disiapkan.

Pembangunan komersil bersepadu The Two telah dilancarkan secara rasmi oleh Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz dalam satu majlis di Kuala Lumpur.

Nazri memetik bahawa pusat taman yang bernilai RM5 bilion, wholesale city dan outlet mall ini adalah satu-satunya projek bersepadu yang memenuhi syarat Program Transformasi Ekonomi yang ketat.

Pengerusi DA Land, Tan Sri Modh Radzi Sheikh Ahmad dan Ketua Pegawai Eksekutif Darek Chew berkata, syarikat itu telah dipilih untuk terlibat dalam program ini.

Di laman web DA Land, terdapat lebih daripada 30 laporan berita tentang projek itu.

Lawatan oleh StarMetro ke Rawang melihat kawasan yang dicadangkan itu sedang dibersihkan untuk tujuan pembangunan.

Tinggal beberapa dokumen sebelum dapat kelulusan.

Walau bagaimanapun, pemaju gagal dihubungi bagi mendapatkan komen lanjut.

Sementara itu, Pegawai Jabatan Kemajuan dan Perancangan Bandar Majlis Perbandaran Selayang (MPS), Ahmad Faizal Roslan berkata, kelulusan projek itu berada di peringkat akhir kerana ada beberapa dokumen yang diperlukan daripada pihak pemaju.

“Dokumen utama adalah surat aku janji. Kami juga teruja mengenai projek ini yang boleh mengubah kawasan Rawang.”

“Kami sedang dalam proses memberi Perintah Pembangunan untuk projek ini jika semua syarat dipenuhi”

“Projek ini akan memberi manfaat kepada MPS dari segi pendapatan. Dan Rawang, sebagai sebuah pusat bandar, akan meningkatkan industri pelancongan dekat sini.”

Galeri jualan The Two terletak di Pelangi Sentral, Pelangi Damansara, PJU6, Persiaran Surian dekat Petaling Jaya.

(Sumber berita asal: The Star)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *