PORTAL PELABURAN HARTANAH NO.1* DI MALAYSIA

Hasrat besar MRCB membina terminal pengangkutan kat Bandar Malaysia.

Syarikat pembinaan dan firma hartanah, Malaysian Resources Corp. Sdn. Bhd. (MRCB) telah mementerai memorandum persefahaman tak terikat (MoU) dengan Wandrous Vista Development Sdn. Bhd dan IWH CREC Sdn. Bhd.

Ikatan ini adalah satu usaha kerjasama dalam membangunkan terminal pengangkutan bersepadu kat Bandar Malaysia.

Mereka berhasrat buat projek ini lebih baik berbanding projek KL Sentral untuk projek-projek lain pada masa depan.

Pengarah Eksekutif MRCB, Mohd Imran Mohd Salim bagitahu kat StarBiz perkara ini selepas majlis tandatangan 3 perjanjian, yang berkaitan dengan projek Bandar Malaysia yang bernilai berbilion ringgit.

Syarikat itu merancang untuk berunding dengan pemaju induk bagi mendapatkan tanah seluas 60 ekar – “atau mudah-mudahan, lebih lagi” – untuk membangunkan pelbagai pembangunan komersial yang lain selain terminal pengangkutan.

Mahu bentuk satu pakatan strategik.

IWH CREC, dengan usahasama antara Iskandar Waterfront Holdings Sdn. Bhd. dan China Railway Engineering Corp (CREC) memiliki 60% kepentingan kat Bandar Malaysia Sdn. Bhd. (pemaju induk dan pemilik Bandar Malaysia), dengan Kementerian Kewangan memillki pegangan bakinya.

Dalam satu kenyataan kepada Bursa Malaysia, MRCB berkata syarikat itu bertujuan untuk membentuk satu pakatan strategik dengan Wondrous Vista dan IWH CREC, bagi tujuan memperoleh, membina, membangun, dan kendalikan hab pengangkutan.

“Ia boleh jadi untuk bangunan berstatus runcit komersial, makanan dan minuman (F&B), serta hotel.”

“Apa yang penting untuk kita tahu, MRCB adalah pemaju yang berpengalaman kat bahagian pengangkutan. Projek PJ Sentral dan KL Sentral, adalah bukti pencapaian syarikat kami,” jelas Imran.

Tambah beliau lagi, terminal pengangkutan Bandar Malaysia dengan mudah akan menjadi seluas 35 hingga 40 ekar, berbanding dengan stesen KL Sentral yang berkeluasan hanya 10 ekar.

Imran berkata, syarikat itu mempunyai keupayaan dan persediaan mantap untuk mengambil lebih banyak projek, sebab KL Sentral tinggal hanya 5 ekar saja untuk dibangunkan.

Komited untuk selesaikan isu-isu lain berkaitan pembangunan Bandar Malaysia.

“Terminal pengangkutan Bandar Malaysia adalah satu projek berprofil tinggi. Dan kami perlu fokus selesaikan isu-isu seperti keluasan, sifat bersepadu pembangunan, ketumpatan penduduk serta lain-lain faktor berkaitan,” tambah beliau.

Beliau turut jelaskan, mereka akan dedahkan maklumat lebih lanjut pasal projek ini tak lama lagi.

“Kami akan membuat keputusan dalam tempoh masa 6 bulan,” kata Imran.

MoU yang baru mereka tandatangani akan terus sah selama tempoh 6 bulan, atau boleh ditamatkan pada bila-bila masa melalui persetujuan bersama.

Sebelum ini, 1Malaysia Development Berhad dilaporkan menjual 60% kepentingan dalam projek Bandar Malaysia kat konsortium IWH-CREC sebanyak RM7.41 bilion, dan ia dijangka selesai bulan ini.

Bandar Malaysia, yang berkeluasan 486 ekar, terletak kat bekas pengkalan tentera udara Sungai Besi. Ia akan menempatkan perhentian kereta api kelajuan tinggi Kuala Lumpur – Singapura.

Serta, ia akan menjadi hab pengangkutan utama dengan sambungan ke transit aliran massa, KTM Komuter, Ekspress Rail Link, serta 12 lebuh raya yang lain.

Bandar Malaysia, anak syarikat milik sepenuhnya, akan menjadi pemilik tanah berdaftar seluas 486 ekar kat Bandar Malaysia, yang mana 55 hingga 60 ekar telah diperuntukkan untuk terminal pengangkutan bersepadu.

(Sumber asal: thestar.com.my)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *