PORTAL PELABURAN HARTANAH NO.1* DI MALAYSIA

8 cara terap minat anak-anak tentang hartanah. Dapat kerja nanti, terus melabur

Anak-anak adalah pewaris kita.

Adalah elok kita terapkan ilmu yang berguna kat mereka. Supaya mereka tahu mengurus hidup dan harta dengan baik.

Masa tengah muda, otak masih tengah ligat. Cepat tangkap bila belajar sesuatu.

Nak gunakan masa kritikal ni untuk terapkan pasal hartanah kat anak korang?

Cikpuan Ainal Maryam ada kongsi ilmu ni yang korang boleh amalkan. Mana tahu. Ada rezeki, anak korang jadi pelabur hartanah berjaya?

Melentur buluh biarlah dari rebungnya

Tak dinafikan tanpa pendedahan ibu bapa, saya tak akan terfikir untuk menceburi bidang ni.

Berikut adalah tip yang dipraktikkan oleh ibu bapa saya untuk mendedahkan saya dalam bidang hartanah pada usia yang sangat muda:

#1: Pentingkan pelajaran

Selain penekanan ilmu agama, ibu bapa saya sentiasa menitik beratkan pelajaran anak mereka.

Macam-macam mereka masukkan saya ke drawing class, computer class, English class, speech class,Tae Kwan Do, mengaji dan juga tuisyen. 

Selagi boleh, mereka mahu saya explore banyak bidang.

Apa yang korang boleh buat?

Asah bakat anak dan bagi anak terdedah dengan dunia luar untuk build self esteem dan confidence. 

Bila anak interaksi dengan rakan sebayanya, secara tak langsung mereka akan belajar soft dan communication skills.

#2: Kongsi realiti hidup kepada mereka

Disebabkan jadual saya sangat padat dengan pelbagai kelas, saya hanya dapat pulang ke rumah pada pukul 10 malam, iaitu selepas habis tuition.

Tempat transit saya antara sekolah rendah – sekolah agama – tuition adalah di pejabat mereka.

Saya makan, mandi dan berehat di pejabat mereka.

Pengajaran yang saya dapat?

Saya didedahkan dengan persekitaran kerja di pejabat dan diasuh untuk tahan dan bersabar dengan kepenatan.

#3: Bagi pendedahan awal

Ibu bapa selalu membawa saya mengikut mereka bekerja dan berjumpa pemaju, lawyers, bankers danclients.

Selain itu, mereka selalu membawa saya pergi ke bank, pejabat pemaju, show gallery, launching event dan juga site office.

Pengajaran yang saya dapat?

Dari situ saya perhati cara mereka berintaksi dan negotiate. Dari sini lah saya didedahkan dengan terma-terma hartanah pada umur yang sangat muda.

#4: Berborak pasal topik berat

Ayah gemar berborak dengan saya topik yang sangat berat untuk dihadam di waktu itu umur sekitar 9-15 tahun. Iaitu topik ekonomi dan pembangunan.

Apa yang korang boleh buat?

Walaupun topik agak membosankan, bagus untuk general knowledge anak-anak. Sebagai tip, buka topik ni masa dalam kereta.

Nak tak nak, anak ’terpaksa’ dengar.

#5: Ajar cara urus wang dengan baik

Selain itu, ayah memang mengajar menabung dari kecil. Beliau akan beri allowance seminggu dan mengajar set target berapa boleh belanja dan berapa untuk simpan.

Akhir tahun, ibu akan bawa pergi ke bank untuk simpan duit.

Beliau akan menunjukkan buku bank dan terangkan satu per satu duit yang ada dalam bank dan dividend yang dapat.

Apa yang korang patut buat?

Didik anak pengurusan wang pada usia yang muda. Pengurusan kewangan sangatlah penting dalam property investment.

#6: Masa itu emas

Ayah saya sering menyuruh membuat jadual harian yang komprehensif dan lekat dekat dinding untuk semua nampak. Masa itu rasa terkongkong sangat sebab hidup diatur setiap minit.

Pengajaran yang saya dapat?

Dalam property industry, time management dan strategi adalah penting.

#7: Beli rumah, tapi penyewa bayarkan setiap bulan

Ibu bapa sering membawa saya untuk bersih dan furnish kan rumah mereka yang untuk disewa. Apabila penyewa nak masuk unit untuk disewakan itu, mereka akan bawa saya sekali.

Pengajaran yang saya dapat?

Belajar skill interior design. Selain itu mereka mengajar saya tentang investment in property untuk mendapat rental income.

Mereka menerangkan kepada saya dengan bahasa yang senang untuk saya faham. Kita (owner) kena bayar duit di bank kerana kita pinjam duit bank untuk beli rumah.

Tapi bila ada penyewa yang duduk rumah sewa tersebut, mereka yang tolong bayarkan untuk kita (owner).

#8: Kongsi segala terma hartanah yang ada

Bila berjalan ke sebuah kejiranan, ajar anak jenis-jenis hartanah serta sifat mereka. Antara kategori seperti jenis rumah, fasiliti dan sebagainya.

Apabila kita mengajar tentang jenis jenis hartanah, kosa kata anak-anak akan lagi luas.

i. Contoh jenis hartanah:

Bungalow, Semi-D, Corner Lot, End lot, Zero Lot, Town House, Terrace House, Service Residence, Office Tower, Duplex, Penthouse, Shopping Mall, dan lain-lain.

Tapi ingat, terangkan dengan ayat paling mudah. Contoh: Semi-D – rumah yang cantum di tengah.

ii. Contoh fasiliti:

Guard house, swimming pool, infinity pool, wadding pool, gym, jacuzzi, hammock, gazebo, dan sebagainya.

iii. Lain-Lain

Cul de-sac, ingress, egress, living room, master bedroom, pantry, car porch, basement dan sebagainya.

Sebagai konklusi, ibu bapa boleh menanam rasa minat terhadap hartanah sewaktu anak masih kecil.

Paling penting, gunalah bahasa yang senang untuk anak kecil faham.

Terapkan pendidikan tak formal ini dalam suasana yang ceria, dan anak pun tak akan perasan yang mereka sedang belajar.

Maklumat tanpa amal, takkan jadi ilmu. Jadi, lepas dah habis baca, terus buat dan amalkan.

Tak pernah rugi berkongsi ilmu yang baik. Lebih-lebih lagi dengan darah daging sendiri.

Ini peluang kita untuk lahirkan generasi celik hartanah pada masa depan. Setuju?

Tak nak terlepas info dan tips terkini berkaitan hartanah dan kewangan? Tok nak ajak korang join Channel Telegram rasmi Gilahartanah. Klik gambar untuk join.

Jom join Channel Telegram rasmi GilaHartanah.
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *