PORTAL PELABURAN HARTANAH NO.1* DI MALAYSIA

Teknik simpan RM100K untuk bayar segala hutang. Pasangan muda patut cuba ini

Macam mana nak capai simpanan banyak tu dalam masa 5 tahun?

Pada yang belum tahu cara, mungkin perkara ni nampak mustahil untuk dibuat. Tempoh 5 tahun tu, boleh dikira laju kalau nak simpan sehingga RM100,000.

Kalau simpan secara biasa, memang lambat la simpanan tu nak capai banyak tu.

Tapi kalau guna cara yang Tuan Amir Syahir kongsikan ni, korang boleh capai simpanan banyak tu dalam masa 5 tahun je.

Dah dapat duit tu nanti, jangan pulak korang buat joli sakan. Elok lagi guna duit tu settle-kan segala hutang yang korang ada.

Ini cara untuk anda langsaikan hutang, atau survive 20 – 30 tahun akan datang

Nota : Korang yang baru berkahwin, boleh cuba cara ni untuk menjamin masa depan yang cerah.

Tabung keluarga begitu penting untuk sesebuah keluarga. KIta seharusnya ada dana yang cukup untuk hadapi masa depan.

Kos hidup sekarang makin meningkat. Dan kalau korang tak sediakan diri dengan pelan dan rancangan untuk masa depan, korang bakal terhimpit dengan kos hidup.

Ini soal pelan macam mana korang nak survive untuk 10 hingga 30 tahun akan datang bersama keluarga tersayang.

Konsep asas untuk capai simpanan RM100,000

Buat pembiayaan ASB Financing RM100,000 untuk suami isteri serentak pada tahun yang sama.

Dan tabun berikutnya, korang buat lagi ASB Financing yang baru dengan jumlah yang sama (RM100,000).

Ini cara bayar ansuran bulanan ASB Financing.

Untuk ASB Financing yang pertama korang buat tu, bayar ansuran bulanan guna duit dividen yang korang dapat setiap tahun.

Yang ASB Financing ke-2 pulak, baru korang tanggung guna gaji bulanan korang. Komitmen bulanan kekal sebanyak RM525 sebulan selama 5 tahun.

Nota : Setiap orang hanya boleh buat maksimum ASB Financing sebanyak RM200,000 saja.

Step-by-step yang anda kena buat

Pada tahun pertama, suami dan isteri mohon pembiayaan ASB sebanyak RM100,000, tempoh pembiayaan 30 tahun, dengan kadar keuntungan bank 4.8%.

Ansuran bulanan yang korang kena bayar kat banyak adalah sebanyak RM524.47. Kita genapkan jadi RM525, tanpa ambil Takaful.

Apa nak buat pada tahun ke-2?

21231317 1962956587252518 3740436921103762714 n 1

Sumber gambar – Amir Syahir (FB)

Selepas setahun, akan dapat dividen.

Katakan dividen 6.75%. Jadi :

  • 6.75% X RM100,000 =
  • RM6,750

Bila dah dapat dividen, gunakan untuk buat pembiayaan ASB suami isteri sebanyak RM100,000 lagi.

Katakan, profit rate macam tahun pertama. Bulanan pun sama (RM525). Jadi jumlah untuk bayaran setahun adalah sebanyak RM6,300.

Bermakna, korang ada lagi baki RM450 yang tinggal dalam akaun ASB Financing pertama tadi.

Untuk tahun ke-3 hingga tahun ke-5 pula…

Ansuran bulanan ASB Financing RM100,000 pada tahun pertama tu, korang bayar guna dividen. Dan ansuran ASB Financing RM100,000 pada tahun ke-2, gunakan gaji bulanan korang.

Jumlah yang korang kena bayar sebulan adalah sebanyak RM525. Jadi, komitmen korang kekal RM525 sebulan selama 5 tahun.

Dan bila tiba tahun ke-5, korang boleh terminate kedua-dua sijil ASB Financing tu untuk bayar semua hutang-piutang, atau buat sebagai deposit untuk tambah rumah.

Lepas 5 tahun, ini result yang anda dapat 

21231660 1962956607252516 4120278368581528057 n 1

Sumber gambar – Amir Syahir (FB)

Ini kira-kira keuntungan yang korang akan dapat lepas habis tempoh 5 tahun :

ASB Financing Suami

  • Dividen ASB Financing RM100,000 tahun terakhir = RM6,750
  • Dividen compunding ASB Financing RM100,000 = RM29,858
  • Prinsipal ASB Financing RM100,000 (60 bulan) = RM8,436
  • Prinsipal ASB Financing RM100,000 (58 bulan) = RM6,583

Jumlah kasar yang bakal suami dapat adalah sebanyak RM51,627.

ASB Financing Isteri

  • Dividen ASB Financing RM100,000 tahun terakhir = RM6,750
  • Dividen compunding ASB Financing RM100,000 = RM29,858
  • Prinsipal ASB Financing RM100,000 (60 bulan) = RM8,436
  • Prinsipal ASB Financing RM100,000 (58 bulan) = RM6,583

Jumlah kasar yang bakal si isteri dapat adalah sebanyak RM51,627.

Bila campur kedua-dua jumlah ni, secara kasarnya korang akan dapat sebanyak RM103,254.

Semua ini dengan hanya RM525 sebulan

Korang boleh dapat lebih kurang RM103,254 tu beb! Tu belum kira lagi lebihan dividen RM450 setiap tahun lagi.

Dengan duit sebanyak ni, korang boleh langsaikan hutang PTPTN, hutang yang korang buat untuk majlis kahwin, hutang kereta, semua korang boleh settle-kan.

Dan untuk capai semua ni, korang hanya perlukan peruntukan lebih kurang RM525 sebulan untuk tabung keluarga ini. Untuk jangka masa panjang, korang memang confirm boleh sette semua hutang.

Kalau buat teknik ni seorang (kes kalau korang masih bujang), dalam 5 tahun, korang akan ada RM51,000. Okay sangat la tu!

Tak bermakna lepas tamat tempoh 5 tahun, korang wajib terminate sijil ASB Financing tu. Kalau nak simpan untuk masa pencen nanti, teruskan. Takde masalah.

Korang yang kaum lelaki kena pandai merancang kewangan keluarga. Sampai bila nak layan perangai ‘tak nak ambil tahu’ tu.

Isteri tengok buku akaun kita pun, dia rasa nak menangis. Sekurang-kurangnya dengan pembiayaan ASB Financing, masa depan kewangan korang sekeluarga terjamin.

Dah kahwin tu, terus buat pencaturan dan perancangan yang mantap.

Ini sekadar pandangan dan cetusan idea saya. Kalau korang ada idea yang lebih bagus, teruskan. Kah!

Disclaimer :

  1. Semua kiraan ini adalah kiraan kasar saja.
  2. Profit bank sebanyak 4.8%, dan tempoh pembiayaan selama 30 tahun.
  3. Dividen ASB Financing sebanyak 6.75% selama tempoh pembiayaan.
  4. Ini hanya sebagai panduan dan pelan lakar. Jangan ikut kemampuan ekonomi orang lain, dan jangan jadi pembaris. Boleh tukar dan sesuaikan pelan ini mengikut ekonomi kewangan sendiri.

Tok percaya korang boleh capai matlamat ni, dengan syarat korang komited dalam bab menyimpan. Ala, cuma RM525 sebulan je.

Kalau korang berminat nak ASB Financing, korang boleh WhatsApp Tuan Amir Syahir laju-laju. Klik sini dan skrol ke bawah untuk dapatkan nombor telefon beliau.

SHARE atau TAG pasangan kesayangan korang. Semoga bermanfaat.

Tak nak terlepas info dan tips terkini berkaitan hartanah dan kewangan? Tok nak ajak korang join Channel Telegram rasmi Gilahartanah. Klik gambar untuk join.

Jom join Channel Telegram rasmi GilaHartanah.
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *