Apa sebab utama kewangan ramai graduan ‘ke laut’?
Paling popular, adalah sebab kemaruk sangat nak pakai kereta. Biasa la, dah ada sumber pendapatan sendiri.
Tapi sebab takde ilmu dan main pakai beli je kereta idaman hati, akhirnya diri sendiri yang merana. Duit simpanan, entah ke mana.
Lepas tu, meroyan macam orang gila. Sampai hujung bulan, tabahkan diri makan mi segera.
Eh, Tok terlajak berpantun pula. Dah, tak nak buang masa. Jemput baca perkongsian Tuan Azizul Azli Ahmad ini sebagai resepi kewangan yang bahagia.
1) Kebelakangan ini, makin banyak kereta baru akan dan telah keluar di pasaran.
2) Ramai yang dah terliur dan mula pasang angan-angan nak beli Myvi, Iriz, Axia, atau Bezza.
3) Mari kita ulangkaji pelajaran, kereta yang layak kita beli dengan setahun gaji kita.
4) Kalau gaji korang baru RM2,000, kereta yang korang mampu beli berharga RM24,000 saja.
Kalau takde kereta baru pada harga ni, belajar dulu naik motor atau beli kereta terpakai saja.
5) Bayaran kereta kita, sebaiknya bawah 15% daripada gaji.
Contoh. Kalau gaji RM3,000 sebulan, bermakna ansuran bulanan kereta mesti kurang daripada RM450 saja.
Kalau lebih, jurujual kereta akan kata :
“Padan muka, jerat sudah kena”
6) Korang boleh jugak gunakan formula ini :
“20 : 5 : 15”
Setiap nombor tu bermaksud :
7) Kalau masih lagi sukar nak dapat jawapan nak beli kereta atau tak, guna pulak formula ini :
“Harga Kereta / 12 bulan = Gaji yang layak beli”
Kalau model Axia yang paling murah adalah RM24,900, bermakna =
Kalau model Myvi baru berharga RM44,300 =
8) Memang seronok naik kereta baru. Kawan ofis puji tinggi sebab nak naik kereta free.
9) Belajar simpan duit dulu, baru belajar nak beli kereta. Lebih hebat kalau beli rumah dulu, baru beli kereta. Gadis-gadis lebih suka sebab ada dapur IKEA.
10) Kereta terpakai bukan satu dosa. Tak guna kereta baru kalau sampai ofis lewat jugak.
—
Sekarang bukan masa untuk bersuka-ria dengan duit yang ada. Baik lagi gunakan simpanan untuk tambah aset supaya hidup tu tak merana.
Buat berfikir panjang dulu sebelum ambil sebarang keputusan. Korang mampu ubah kehidupan untuk jadi lebih baik daripada sedia ada.
Sila SHARE ilmu bermanfaat ini untuk kebaikan bersama.
–
Tak nak terlepas info dan tips terkini berkaitan hartanah dan kewangan? Tok nak ajak korang join Channel Telegram rasmi Gilahartanah. Klik gambar untuk join.