PORTAL PELABURAN HARTANAH NO.1* DI MALAYSIA

Tak nak rugi bila jual rumah? Lelaki ini kongsi 5 petanda anda wajib tahu

Tok percaya, takde siapa dalam dunia ni yang suka tanggung rugi.

Dalam apa je jenis pelaburan yang kita buat, mesti kita nak buat untung. Paling kurang, sikit pun jadi la. Asalkan tak rugi.

Tapi, ada jugak kes dimana jualan bertukar jadi mimpi ngeri. Dan korang dah tentu boleh agak apa sebabnya.

Ramai yang terkena sebab tak buat persediaan yang cukup.

Kalau korang tak nak kena, jemput hadamkan perkongsian yang Tok baca kat blog Property Insight ni. Semoga ia bermanfaat.

Pasaran sedia ada, terlalu banyak supply?

Mengikut laporan statistik REDHA, kita dapat lihat berapa banyak projek perumahan baru yang ada dalam pasaran.

Padahal, banyak lagi rumah dah sedia ada yang masih tak terjual. Semua nombor ini jadi bukti yang pasaran hartanah sekarang dah masuk tahap oversupply.

Kajian REDHA juga mendapati masih ramai pembeli tempatan (local buyers), yang masih mengungguli sebanyak 80% daripada keseluruhan jumlah pembelian rumah.

Dan ramai (sebanyak 80%) daripada mereka beli rumah untuk duduk sendiri.

Ini boleh jadi indikator yang baik untuk para pelabur, yang buktikan pasaran hartanah masih lagi ada permintaan yang kukuh.

Peluang yang anda kena rembat cepat-cepat?

Hasilnya, semakin ramai pelabur (dan jugak spekulator) akan gunakan peluang ini untuk flip rumah, sebab dijangka harga rumah akan jadi lebih menarik.

Dan terlintas la ayat ni kat minda korang :

“Macam menarik je peluang ni. Aku mesti buat jugak.”

Nanti.

Tok terpaksa tahan korang sebelum benda yang bukan-bukan berlaku. Benda ni sangat berisiko tinggi nak buat, lagi-lagi kalau korang baru terlibat dalam pelaburan hartanah.

Tengok dulu kalau korang ada 9 tanda-tanda ni. Kalau ada, ada potensi korang akan rugi jika jual rumah tu. Dan kalau tak bernasib baik, boleh rugi hingga berjuta.

Siapa nak jadi macam tu, kan?

#1 : Berangan nak jual rumah tanpa bantuan orang lain

Bila korang terlibat dalam pelaburan hartanah, ingat satu perkara. Korang tak boleh buat semua kerja seorang diri. Lebih-lebih lagi kalau korang nak flip rumah tu dalam masa yang singkat.

Boleh. Tok tak cakap korang tak boleh buat seorang diri. Ada je yang dah buat. Tapi kalau korang baru lagi dan takde pengalaman, baik belajar dulu daripada mula.

Pilihan terbaik yang korang boleh buat adalah bekerja dalam satu tim.

Keperluan minimum yang korang perlukan sebelum jual mana-mana rumah adalah, kuatkan hubungan (networking) dengan mereka yang pakar dalam hal berikut :

  • Perbankan (untuk hal-hal berkaitan pinjaman perumahan),
  • Ejen hartanah (mereka pakar dalam selok-belok jual beli rumah),
  • Kontraktor am (untuk hal berkaitan binaan rumah),
  • Akauntan (untuk hal berkaitan pengurusan kewangan),
  • Peguam (untuk urusan hal undang-undang).

#2 : Anggar harga rumah sekadar guna Google. Boleh ke?

Kalau terlintas cubaan untuk dapatkan harga pasaran semasa (current market value) rumah gunakan sekadar Internet semata-mata, bermakna korang sedang menempah bencana.

Bukan korang tak boleh gunakan Internet untuk dapatkan makumat kasar tentang harga pasaran semasa rumah korang tu. Cuma, jangan la berhenti setakat di situ je.

Kalau korang nak dapatkan keputusan yang lebih tepat, korang perlu dapatkan bantuan seperti ejen hartanah, penilai profesional, atau pelabur hartanah yang lain.

Yang paling best untuk korang bertanya adalah daripada ejen hartanah. Mereka orang yang tau selok-belok sesebuah lokasi dan harga pasaran semasa rumah.

Baru korang boleh jual rumah tanpa rasa ragu-ragu, dan boleh dioptimumkan jualan tu supaya dapat jana untung.

#3 : Anda gunakan life saving untuk urusan jual beli rumah?

Pelaburan hartanah ada risiko yang tersendiri. Dan lebih tinggi risiko yang korang tanggung, bermakna lebih banyak dan besar potensi korang untuk buat untung.

Tapi kalau korang gadaikan life saving korang dan letak semua telur dalam satu bakul (putting all eggs in one basket),

Tok boleh jamin tindakan ni akan makan diri korang kelak.

Kalau korang nak mula melabur dalam pelaburan hartanah, Tok sarankan korang belajar gunakan OPM (Other People’s Money).

Korang boleh buat ini dengan sentiasa tambah networking dan jalinkan hubungan baik dengan orang yang korang kenal. Boleh jadi kawan-kawan rapat, atau sedara-mara korang.

Yang penting, mereka boleh dipercayai. Dan korang juga wajib buat mereka berminat untuk melabur.

Siapa yang senang-senang nak bagi duit (yang susah-susah mereka cari) untuk buat pelaburan yang tak buat untung?

#4 : Anda belum ada exit strategy yang mantap

Bila korang libatkan diri dalam pelaburan hartanah, wajib untuk jangkakan yang ada perkara yang korang tak mampu nak kawal setiap masa.

Dan kalau korang tak siapkan exit strategy awal-awal, korang bakal berdepan dengan masalah yang lebih besar pada masa akan datang.

Antara exit strategy yang korang boleh buat seperti :

  • Sewakan rumah kepada penyewa (untuk jana untung sewa),
  • JV dengan pelabur lain,
  • Guna rumah tu sebagai kediaman sendiri, atau lain-lain.

Kalau takde exit strategy yang baik, atau lebih baik seperti yang dijelaskan kat atas tadi, baik korang lepaskan deal tu.

#5 : Buat renovation rumah yang bukan-bukan

Ramai yang ingat dengan buat renovation (ubah suai) rumah, mereka boleh tingkatkan nilai rumah tu menjadi lebih tinggi berbanding biasa.

Ye la, dah ubah suai macam-macam. Takkan harga kekal macam masa mula-mula beli rumah tu secara kosong, kan? Kalau kita fikirkan secara logik, memang betul pun.

Dan atas sebab ni, ramai yang rugi banyak duit sebab tersilap buat proses ubah suai, yang tak membantu dalam meningkatkan nilai rumah yang nak dijual tu.

Penting untuk korang tau apa jenis ubah suai yang boleh tingkatkan nilai rumah. Antaranya seperti :

  • Ubah suai bahagian dapur,
  • Ubah suai dengan menambah bilangan bilik dalam rumah,
  • Tambah built-up area (untuk jadikan jumlah kaki persegi rumah lebih besar), dan lain-lain yang berkaitan.

Nota ekstra : Nak tau lebih lanjut tentang tip ubah suai untuk tingkatkan nilai rumah? Klik sini untuk baca sekarang. 

Kalau korang tak bersedia secukupnya, korang sentiasa terdedah kepada risiko kerugian. Sama ada teruk atau tak, bergantung kat situasi.

Dan kalau tak kena hari, ada yang kena tanggung kerugian yang mencecah ratusan ribu, atau ada sesetengah kerugian yang boleh mencecah sehingga jutaan Ringgit.

Kalau korang kaya level dewa pun, korang takkan suka tanggung kerugian yang ada. Siapa yang sanggup tengok duit hangus macam tu je?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *