Login

Register

Login

Register

Tanda-tanda ketara seorang perunding hartanah yang bakal gagal dalam kerjaya

| | ,

Kalau nak berjaya, kita kena rajin berusaha. Resipi ini nampak mudah, kan?

Cuma, bercakap itu lebih senang berbanding nak buat.

Seorang REN (real estate negotiator) yang baik akan sentiasa berusaha mengikis segala tabiat buruk yang halang mereka mencapai kejayaan.

Ini antara petanda seorang REN yang gagal, yang Tuan Arif Hussin kongsikan dekat blog beliau.

Korang serius nak berjaya dalam bidang ini? Tok nasihatkan korang buang dan jauhkan diri daripada 10 tabiat buruk ni segera.

Lebih senang nak berjaya bila anda buang tabiat ini jauh-jauh

Artikel kali ditulis sendiri oleh En Lokman, selaku Pengurus Besar agensi hartanah Weise Property, Medina Properties dan juga Firdaus & Associates.

Melalui pengalaman beliau ada beberapa petanda seseorang perunding hartanah akan gagal dalam kerjaya.

Mari kita ambil iktibar dan pengajaran.

#1: Malas buat aktiviti jualan

Sepatutnya, jam 9 pagi ke 5 petang dipenuhi dengan aktiviti jualan.

Sebaliknya, perunding hartanah yang gagal penuhi aktiviti harian dengan aktiviti tak berfaedah.

Ini termasuklah berborak kosong dengan rakan, minum-minum atau aktiviti personal yang langsung tak berkait dengan jualan.

Mereka juga tak suka ikut aktiviti agensi yang dapat mengeratkan silaturrahim dan memupuk kerjasama sesama perunding hartanah.

#2: Tak berusaha untuk menjadi kreatif

Ada perunding hartanah kurang kreatif dalam pendekatan jualan.

Perunding hartanah yang baik akan buat kaji selidik tentang latar belakang dan juga faktor demografik prospek.

Ini termasuklah faktor umur, status dan kenapa mereka nak beli atau jual rumah. Pendekatan jualan begini lebih baik dan spesifik kepada prospek.

#3: Suka tangguh kerja

Bertangguh nak jumpa prospek, bertangguh nak buat panggilan dan lagi teruk bertangguh nak hantar kes ke pejabat.

Ini semua adalah resipi kegagalan.

#4: Tak merancang strategi jualan dengan baik

Setiap bulan, perunding hartanah yang baik akan pastikan graf jualan sentiasa meningkat. Mereka ada semangat yang membara untuk buat jualan.

Perunding hartanah yang gagal pula hidup macam orang bersara sebelum waktunya.

#5: Tak belajar atur masa secara berkesan

Perunding hartanah yang gagal kurang jelas apakah tugas harian mereka.

Nak berjaya mesti ada jadual harian yang spesifik untuk buat panggilan kepada prospek, temujanji, dan juga hadir latihan di agensi.

#6: Tak ada sistem follow-up yang baik

Ramai yang ada masalah followup dengan prospek. Perunding hartanah yang baik mesti ada sistem follow-up yang betul dan berkesan.

Bahkan, seseorang perunding hartanah akan dapat lebih kepercayaan bila kita follow-up pada waktu dan kadar yang segera.

#7: Biarkan sikap negatif menguasai diri

Suka atau tak, sikap kita akan menentukan jualan. Yang suka mengadu, akan terus mengadu.

Memang sukar untuk berada dalam zon positif untuk satu jangka masa yang lama.

Tapi bila kita mula bersikap negatif, ianya akan sedikit demi sedikit menghancurkan bisnes.

#8: Kurang percaya pada diri sendiri

Kebolehan diri, sendiri pertikaikan. Buat sekadar buat.

Lagi parah, tak mahir dengan senarai rumah yang dijual kerana malas membaca dan tak mahu datang latihan.

#9: Kurang daya tahan diri

Ingat, orang yang berjaya buat apa yang orang lain tak suka buat. Ramai yang gagal kerana tak tahan dengan cabaran dan ujian.

Bila terjatuh, segera bangkit dan kuatkan semangat.

#10: Tak bersikap jujur

Orang membeli dengan kita kerana LTR (like, trust & respect).

Kita mengambil masa yang bertahun untuk membina hubungan dan nama baik, tapi ianya hancur dengan penipuan yang kecil.

Nah, ini semua antara sikap dan tabiat yang tak elok seorang ejen amalkan.

Kerjaya REN tak mudah. Ada banyak perkara yang korang kena ambil tahu untuk jana jualan yang baik setiap bulan.

Lepas dah habis menghadam ilmu ni, Tok harap korang ambil tindakan segera ya.

Previous

Macam mana nak dapatkan penyewa dengan cepat?

Cara betul nak beli kereta baru harga RM65,000. Siap dapat duit lebih minimum RM5,000

Next

Leave a Comment