PORTAL PELABURAN HARTANAH NO.1* DI MALAYSIA

Kurangkan beban membeli rumah pertama dengan 8 skim perumahan mampu milik ini

Lepas Bajet 2016 diumumkan oleh Perdana Menteri, sebahagian besar bajet telah disuntik ke segmen perumahan mampu milik.

Kalau korang perasan, banyak skim macam ni yang ada sekarang. Dan orang yang nak memohon jadi pening sebab takut tersilap buat pilihan.

Kalau korang ada masalah ni, baca infografik yang Tok kongsikan ni.

Tok sertakan sekali penerangan untuk setiap skim yang ada. Memang sangat mudah untuk korang hadamkan.

Tok baca maklumat ni dekat Star Property. Ngam sangat untuk korang yang dalam dilema nak pilih skim yang mana satu.

Mana satu skim yang patut anda pilih?

WhatsApp Image 2016 12 13 at 12.54.24 PM 1

 #1: Skim Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA)

PR1MA adalah skim yang paling popular diantara semua skim perumahan mampu milik yang ada.

PR1MA dibuat bagi memenuhi keperluan perumahan golongan kelas tengah.

Nama programSkim Perumahan Rakyat 1Malaysia
ObjektifMembina rumah mampu milik bagi golongan kelas tengah di Malaysia terutamanya di kawasan bandar.
Golongan sasaranSemua warganegara Malaysia
Harga rumahRM100,000 hingga RM400,000
Kelompok pendapatanRM2,500 hingga RM15,000
Cara pemilihanCabutan undi (ballot)
Kriteria kelayakan1. Warganegara Malaysia.

 

2. Berumur 21 tahun keatas.

3. Isi rumah diantara RM2,500 hingga RM10,000.

4. Tak memiliki lebih daripada satu rumah.

Proses permohonanDaftar online > Cabutan Undi > Loan rumah
Dokumen yang diperlukan1. Penyata EPF.

 

2. Nombor LHDN.

3. Maklumat majikan.

4. Butiran pemilikan rumah. (Jika ada)

5.Penyata gaji terkini.

6. Salinan kad pengenalan.

Larangan1. Tak boleh menjual semula rumah dalam tempoh 5 tahun.

 

2. Tak boleh disewakan.

AgensiPerbadanan PR1MA Malaysia
Laman webhttp://www.pr1ma.my/

#2: Skim Perumahan Mampu Milik Swasta (MyHome)

Skim ini bertujuan untuk menggalakkan pekerja di sektor swasta untuk memiliki rumah.

Syarikat persendirian yang berkerjasama dengan MyHome akan menawarkan dua kategori rumah iaitu MyHome1 dan MyHome2.

Beza diantara dua adalah saiz dan harga yang ditawarkan.

Nama programSkim Perumahan Mampu Milik Swasta
ObjektifMembina rumah mampu milik bagi golongan pekerja swasta di Malaysia.
Golongan sasaranSemua warganegara Malaysia
Harga rumahSemenanjung

 

MyHome1: RM50,000 hingga RM90,000

MyHome2: RM90,001 hingga RM170,000

Sabah & Sarawak

MyHome1: RM60,000 hingga RM90,000

MyHome2: RM90,001 hingga RM220,000

Kelompok pendapatanMyHome1: RM3,000 hingga RM4,000

 

MyHome2: RM4,001 hingga RM6,000

Cara pemilihanProses pemilihan.
Kriteria kelayakan1. Warganegara Malaysia.

 

2. Berumur 18 tahun keatas.

3. Pendapatan si rumah diantara RM3,000 hingga RM6,000.

4. Pembeli rumah pertama.

Proses permohonanDaftar online > Tunggu kelulusan > Permohonan loan rumah
Dokumen yang diperlukan1. Salinan slip gaji terkini.

2. Salinan kad pengenalan semua ahli keluarga.

Larangan1. Tak boleh menjual semula rumah dalam tempoh 10 tahun.
AgensiKementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT)
Laman Webhttps://myhome.kpkt.gov.my/home

 

#3: Perumahan Penjawat Awam 1Malaysia (PPA1M)

PPA1M adalah skim rumah mampu milik bagi pekerja kerajaan.

Nama programPerumahan Penjawat Awam 1Malaysia (PPA1M)
ObjektifMembina rumah mampu milik bagi golongan pekerja kerajaan di Malaysia.
Golongan sasaranPekerja kerajaan
Harga rumahRM150,000 hingga RM300,000
Kelompok pendapatanBawah RM10,000
Cara pemilihanCabutan undi.
Kriteria kelayakan1. Warganegara Malaysia.

2. Berumur 18-60 tahun.

3. Isi rumah dibawah RM10,000.

4. Pembeli rumah pertama.

5. Tidak memiliki PPA1M di negeri lain.

Proses permohonanDaftar online > Pemilihan auditor > Cabutan undi > Permohonan loan rumah
Dokumen yang diperlukan1. Salinan slip gaji terkini.

2. Salinan kad pengenalan semua ahli keluarga.

3. Borang PPA1M.

4. Pengesahan daripada majikan.

Larangan1. Tak boleh menjual semula rumah dalam tempoh 10 tahun.

2. Tak boleh disewakan.

3. Tak boleh diubahsuai.

AgensiJabatan Perumahan Malaysia
Laman webhttps://www.ppa1m.gov.my/


#4: 
Program Perumahan Rakyat (PPR)

PPR adalah inisiatif kerajaan menyediakan rumah kos rendah bagi golongan yang kurang berkemampuan di Malaysia.

Nama programProjek Perumahan Rakyat (PPR)
ObjektifMenambah kualiti kehidupan kepada mereka yang berpendapatan rendah.
Golongan sasaranWarganegara Malaysia
Harga rumah

Semenanjung: RM30,000 hingga RM35,000

Sabah & Sarawak: RM40,500

Kelompok pendapatanBawah RM2,500
Cara pemilihanProses pemilihan.
Kriteria kelayakan1. Warganegara Malaysia.

2. Berumur 18 tahun.

3. Pembeli berkeluarga (diutamakan).

4. Pembeli rumah pertama.

5. Pendapatan isi rumah bawah RM2,500.

Proses permohonanDaftar online > Pemilihan > Permohonan loan rumah
Dokumen diperlukan1. Salinan slip gaji terkini.

2. Salinan kad pengenalan semua ahli keluarga.

3. Borang PPR

LaranganTak boleh disewakan.
AgensiKementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT)
Laman webhttps://sprn.kpkt.gov.my/


#5: Rumah Mesra Rakyat 1Malaysia (RMR1M)

Program ini disasarkan khas kepada golongan berpendapatan rendah di Malaysia.

Nama programRumah Mesra Rakyat 1Malaysia
ObjektifBekalkan rumah kepada golongan berpendapatan rendah yang mempunyai tanah kosong
Golongan sasaranOrang yang berpendapatan rendah dan mempunyai tanah kosong
Harga rumahRM45,000 hingga RM65,000
Kelompok pendapatanRM750 hingga RM3,000
Cara pemilihanProses screening (saringan)
 

 

Kriteria yang layak memohon

1.    Warganegara Malaysia

2.    Berumur 18 hingga 60 tahun

3.    Pendapatan isi rumah bermula RM750 hingga RM3,000

4.    Belum memiliki rumah

5.    Mempunyai keluasan tanah kosong tak kurang daripada 2,800 kaki persegi

 Proses permohonan

Daftar secara online > Buat permohonan > Dapatkan pinjaman
 

 

Dokumen yang diperlukan

1.    Borang lengkap RMR1M

2.    Akuan berkanun (statutory declaration)

3.    Sijil Pejabat Tanah

LaranganTiada
AgensiSyarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB), dimiliki oleh Kementerian Kewangan
Laman Webhttp://www.spnbmesra.com.my/

#6: Rumah Mampu Milik Wilayah Persekutuan (RUMAWIP)

 Program ini pula disasarkan kepada golongan berpendapatan rendah dan sederhana di kawasan Wilayah Persekutuan (Kuala Lumpur, Putrajaya, dan Labuan). 

Nama programRumah Mampu Milik Wilayah Persekutuan (RUMAWIP)
 

 

Objektif

Menyediakan rumah mampu milik untuk golongan berpendapatan sederhana, yang menetap di kawasan Wilayah Persekutuan
Golongan sasaranPenduduk Wilayah Persekutuan
Harga rumahRM52,000 hingga RM300,000
Kelompok pendapatanBawah RM15,000
Cara pemilihanCabutan undi
Kriteria yang layak memohon1.    Warganegara Malaysia

2.    Berumur atas 21 tahun

3.    Menetap atau bekerja di kawasan Wilayah Persekutuan

4.    Pendapatan isi rumah kurang daripada RM15,000

5.    Belum pernah memilik rumah di Wilayah Persekutuan

Proses permohonanDaftar secara online > Buat permohonan > Tunggu keputusan > Cabutan undi > Dapatkan pinjaman
Dokumen yang diperlukan1.    Kad pengenalan pemohon dan pasangan

2.    Slip gaji terkini pemohon dan pasangan

3.    Penyata EPF

4.    Salinan bil utility

5.    Akuan berkanun (statutory declaration)

 Larangan1.    Rumah tak boleh dijual sebelum capai tempoh 10 tahun

2.    Tak boleh disewakan

AgensiKementerian Wilayah Persekutuan
Laman Webhttps://rumawip.kwp.gov.my/


#7: Rumah Selangorku

Program ini bertujuan untuk membantu golongan berpendapatan rendah dan sederhana di kawasan Selangor.

Nama programRumah SelangorKu
ObjektifMenyediakan rumah mampu milik untuk golongan berpendapatan sederhana, yang menetap di kawasan Selangor
Golongan sasaranWarganegara Malaysia
Harga rumahRM42,000 hingga RM250,000
Kelompok pendapatanRM3,000 hingga RM10,000
Cara pemilihanProses screening (saringan)
Kriteria yang layak memohon1.    Warganegara Malaysia

2.    Berumur 18 tahun ke atas

3.    Menetap di kawasan Selangor

4.    Pendapatan isi rumah di antara RM3,000 hingga RM10,000

5.    Belum pernah memilik rumah di Selangor

 Proses permohonan

Daftar secara online > Buat permohonan > Dapatkan pinjaman
 

 

Dokumen yang diperlukan

1.    Kad pengenalan pemohon dan pasangan

2.    Sijil kahwin (kalau masih bujang, abaikan yang ini)

3.    Penyata gaji atau pengesahan pendapatan daripada Pesuruhjaya Sumpah

4.    Akuan berkanun (statutory declaration)

5.    Penyata EPF

6.    Salinan bil utiliti

7.    Laporan CTOS dan / atau CCRIS

Larangan1.    Rumah tak boleh dijual sebelum capai tempoh 5 tahun (dengan kelulusan Kerajaan Negeri)

2.    Tak boleh disewakan

3. Permohonan yang ditolak, hanya boleh dipohon semula selepas tempoh 2 tahun 

4. Penolakan tawaran, akan dikelaskan sebagai tidak aktif selama tempoh 2 tahun

5. Hanya terhad kepada satu (1) permohonan untuk satu isi rumah

AgensiLembaga Perumahan dan Hartanah Selangor (LHPS)
Laman Webhttp://lphs.selangor.gov.my/


#8: Rumah Idaman Rakyat (RIR)

Skim yang last ni pulak disasarkan kepada golongan berpendapatan sederhana.

Nama programRumah Selangorku
ObjektifMenyediakan rumah mampu milik untuk golongan berpendapatan sederhana
Golongan sasaranWarganegara Malaysia
Harga rumahBawah RM300,000
Kelompok pendapatan1.    Pendapatan bulanan bawah RM10,000

2.    Pendapatan peribadi bulanan bawah RM7,500

Cara pemilihanProses screening (saringan)
Kriteria yang layak memohon1.    Warganegara Malaysia

2.    Berumur 21 tahun ke atas

3.    Keutamaan kepada pembeli rumah pertama, Orang Kurang Upaya (OKU), dan ibu tunggal

 Proses permohonan

Daftar secara online > Buat permohonan > Dapatkan pinjaman
Dokumen yang diperlukan1.    Kad pengenalan pemohon dan pasangan

2.    Sijil kahwin (kalau masih bujang, abaikan yang ini)

3.    Penyata gaji atau pengesahan pendapatan daripada Pesuruhjaya Sumpah

4.    Akuan berkanun (statutory declaration)

5.    Penyata EPF

6.    Salinan bil utiliti

Larangan1.    Rumah tak boleh dijual sebelum capai tempoh 5 tahun

2.    Tak boleh disewakan

AgensiSyarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB), dimiliki oleh Kementerian Kewangan
Laman Webhttp://spnbidaman.com.my/my/


Apa tujuan utama semua skim ini wujud?

 Yang paling ketara, semua ini adalah usaha kerajaan untuk meningkatkan pemilikan rumah warganegara Malaysia. Jadi, tak elok korang sia-siakan kelebihan ini.

Tapi benda ni bergantung kat korang jugak.

Part paling penting adalah proses nak dapatkan pembiayaan tu. Kalau korang gagal dapatkan, tak guna korang apply bantuan yang ada ni. Buat rugi masa korang je nanti.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *