PORTAL PELABURAN HARTANAH NO.1* DI MALAYSIA

Simpanan duit anda jadi sia-sia jika anda tidak lakukan perkara ini

Kita memang kena rajin menyimpan duit kalau ada keinginan nak melabur.

Setiap sen yang disimpan, setiap sen itulah kekayaan kita.

Tapi pernah tak korang simpan duit berbulan-bulan, lepas tu bila duit dah banyak, tetiba habis macam tu je?

Ada satu perkara yang korang lupa buat.

Hari ni Tok nak kongsikan satu tips dari Meor Zaidee a.k.a Abang Ensem, yang Tok rasa bagus untuk diamalkan:

PENTINGNYA MATLAMAT

1. Awal minggu tempohari aku didatangi oleh seorang followerku. Pertengahan 20an usianya. Banyak soalan yang ingin diajukan, katanya dan salah satu yang ditanya ialah, “Saya ada savings dalam RM1,000 sebulan. Ok tak banyak tu Bro?”

2. Balas aku, “Sebelum saya jawab, boleh saya tahu apa matlamat kamu menyimpan?”. “Saya saja je menyimpan dulu. Bila dah banyak simpanan saya, barulah saya fikir nak buat apa nanti”.

3. Tazkirahku bermula.

4. “Sebaiknya, sebelum kamu mula menyimpan kamu kena tetapkan matlamat dan matlamat tersebut kalau ikut saya, perlu dibahagikan kepada 3 iaitu jangka pendek (1 – 5 tahun). jangka sederhana (6 – 10 tahun) & angka panjang (melebihi 10 tahun). Bila matlamat sudah ditetapkan, barulah mengira jumlah yang awak perlukan untuk mencapai matlamat tersebut”, syarahku kepada anak muda ini.

5. Lalu matlamat jangka pendek aku pada tahun 2012 dijadikan contoh. Mengerjakan umrah dengan pakej berharga RM7,000 (termasuk duit poket) dalam tempoh masa setahun aku jadikan matlamat.

6. Lalu, angka-angka berikut mulai terpapar untuk pengiraan di kalkulatorku.

7. RM7,000 / 12 bulan = RM584. Inilah jumlah simpanan yang perlu aku lakukan setiap bulan. Angka RM584 itu pula kemudiannya aku bahagikan dengan 30 hari bagi mendapatkan amaun simpanan yang perlu aku lakukan setiap hari dan angka yang tertera pula adalah RM19.50.

8. Justeru, suka atau pun tidak, aku perlu mendapatkan amaun tersebut sebagai simpanan harian aku dan jika ianya tidak mampu aku capai, maka barulah opsyen-opsyen pelaburan yang bersesuaian (mengikut peratusan pulangan) mula aku lakarkan agar matlamat jangka pendek ini tercapai.

9. Alhamdulillah, matlamat jangka pendek aku akhirnya berjaya direalisasikan pada Februari 2013.

10. Perlu diingatkan, walau bagaimana rapinya perkiraan yang dilakukan, janganlah sesekali lupa kepadaNya. Banyakkan berdoa dan mohon dipermudahkan olehNya akan pencapaian matlamat tersebut.

UPGRADE KAWAN SEKELILING

Sekarang, dah jelas berapa banyak yang korang kena simpan setiap bulan, kan?

Ada satu lagi Tok nak pesan.

Faktor pengaruh sekeliling jugak penting kalau kita nak rajin menyimpan duit ni.

Sebaik-baiknya “upgrade” rakan-rakan kita. Kalau nak simpan duit banyak dan taknak boros berbelanja, jangan lepak dengan kawan-kawan yang boros berbelanja jugak. Memang kelaut la jawabnya.

Cari kawan-kawan yang sama-sama minat pelaburan dan kewangan. Barulah topik yang korang sembang pun cerita pasal cara nak jimat wang dan tambah kekayaan dengan pelaburan.

Kongsikan artikel ni dengan rakan-rakan korang, barulah semua pandai jimatkan wang.

 

Photo by David Blackwell. cc

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *