PORTAL PELABURAN HARTANAH NO.1* DI MALAYSIA

SPB muncul kembali dengan projek kediaman eksklusif, AIRA Residence

Setelah lebih sedekad berdiam diri, Selangor Properties Bhd (SPB) telah muncul semula dalam arena pembangunan hartanah dengan pelancaran kondominium eksklusif, AIRA Residence.

Kondominium berkepadatan rendah ini menjadi tanda permulaan era baru syarikat ini, yang diterajui oleh anak mendiang pengasasnya, Wen Chiu Chi.

SPB mahu letakkan sepenuh fokus kepada satu projek dalam satu masa, kerana mahu membina kediaman yang berkualiti untuk bakal pembeli.

Mereka merancang untuk membaik pulih Wisma Damansara, dan kemudian stesyen MRT Semantan seluas 3.59 ekar yang sedang dalam proses pembinaan.

Projek ini, yang juga dikenali sebagai Kompleks Pejabat Damansara, di mana WIsma PBB dan juga lain-lain bangunan pejabat betingkat rendah berada.

Ada 30 ekar tanah untuk dibangunkan

Kedua-dua pelan ini akan dijalankan selepas pembinaan AIRA Residence selesai.

Setakat ini, SPB juga mempunyai kira-kira 30 ekar tanah di kawasan Damansara Heights.

“Kami sentiasa mencari tanah baru, tapi tidak mempunyai pelan segara untuk membangunkan banyak projek pada satu masa.”

“Untuk membina projek perumahan yang tinggi dari segi kualiti, kami lebih tertumpu dalam menyasarkan dasar pembinaan jangka masa panjang, ” jelas Ketua Pegawai Operasi SPB, Chong Koon San, selepas melancarkan AIRA Residence.

Beliau turut menambah, pelancaran masa depan akan memberi tumpuan kepada baki 30 ekar hartanah itu.

Sasar jual 50% daripada 105 unit yang dibina

Pendapatan daripada AIRA Residence dijangka akan menjadi penyumbang progresif kepada syarikat ini menjelang 2017 nanti.

Terletak di sepanjang Jalan Batai, Damansara Heights, Tower A sahaja dijangka akan menyumbang nilai pembangunan kasar (GDV) sebanyak RM870 juta.

Tower A terdiri daripada 105 unit dengan saiz antara 2,679 hingga 7,730 kaki persegi, dengan harga purata RM1,700 untuk setiap kaki persegi.

Setakat ini, lebih daripada 60% unit projek ini telah ditempah oleh penduduk tempatan, dan 30% telah dijual.

SPB meletakkan sasaran sebanyak 50% daripada 105 unit akan berjaya dijual pada akhir tahun ini.

[Sumber berita asal: Starproperty.my]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *