Login

Register

Login

Register

Rumah 600 kaki persegi semurah RM20,000, boleh siap tak sampai sebulan

Betul ke sebuah rumah kediaman 3 bilik dibina dengan kos kurang RM20,000, dan siap dalam masa sebulan?

Mungkin ramai yang tak percaya. Namun, sekumpulan pelajar Politeknik dan Kolej Komuniti Malaysia membuktikan mereka boleh membina rumah berkeluasan 600 kaki persegi itu pada kos dan tempoh itu.

Sehingga hari ini, sebanyak 15 rumah berjaya dibina untuk penduduk yang kurang berkemampuan.

Dengan bantuan pensyarah selain berbekalkan kemahiran, mereka melakukan pembinaan “luar biasa” ini dekat daerah Besut pada akhir Mac lepas.

Sejak berjaya membina rumah Program Rumah Komuniti, pelbagai pihak mula yakin  dengan kemampuan pelajar dan pensyarah institusi pendidikan itu di bawah Kementerian Pendidikan Tinggi.

Mahu bantu golongan kurang berkemampuan

rumah_komuniti_Besut_4_620_465_70

Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Idris Jusoh berkata, beliau mengilhamkan program berkenaan kerana mahu menyelesaikan masalah ketiadaan rumah di kalangan penduduk yang kurang berkemampuan.

Beliau berkata sewaktu mengemukakan cadangan membina rumah komuniti yang cepat, murah, dan berkualiti itu, ramai yang tak percaya ia boleh dilaksanakan.

“Dengan kesanggupan dan semangat, pelajar dan pensyarah Kolej Komuniti Malaysia mencatatkan sejarah dengan membina Rumah Komuniti yang pertama untuk penduduk miskin, dengan kos lebih murah dalam jangka masa yang singkat pada akhir Mac lepas.”

Ini ulasan beliau semasa menyerahkan Rumah Komuniti ke-15 di Kampung Pak De Malik, Jerteh di sini.

Idris, yang juga anggota parlimen Besut, berkata rumah pertama dibina di Kampung Padang Landak Jerteh dalam masa 22 hari dengan kos RM19,900 melalui kaedah Sistem Pembangunan Industri (IBS).

“Kaedah IBS dapat menjamin pembinaan rumah yang kukuh dan memenuhi aspek pembinaan kediaman.”

“Setakat ini, 4 daripada rumah itu dibina di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Jerteh, 5 di DUN Kota Putera, 4 di DUN Kuala Besut, dan 2 di DUN Hulu Besut,” katanya.

Galakkan pelbagai penglibatan organisasi luar

rumah_komuniti_Besut_2_620_463_70

Idris berkata, Program Rumah Komuniti itu akan diperluaskan dengan penglibatan pelbagai pihak termasuk Universiti Malaya melalui Jabatan Kejuruteraannya yang menawarkan kepakaran teknologi hijau dalam pembinaa.

Teknologi seperti ini masih belum pernah dilaksanakan di dunia.

Selain itu, beberapa syarikat pembinaan turut membantu dengan memperkenalkan produk pembinaan rumah berteknologi tinggi yang mampu menghindar kepanasan.

Dan ia juga mampu bertahan sehingga 40 tahun seperti pembinaan Rumah Komuniti di Kampung Beris Lampu Kuala Besut, yang kini diduduki ibu tunggal Normahani Mohamad, 43, dan enam anaknya.

Susulan kejayaan itu, Idris berkata beliau menyasarkan pembinaan 100 rumah lagi di Besut sepanjang tahun ini dengan peruntukan RM2 juta.

“Program Rumah Komuniti bukan saja membantu penduduk. Malah, memberi peluang kepada pelajar Politeknik dan Kolej Komuniti mengaplikasikan ilmu yang dipelajari dalam program pembinaan rumah untuk komuniti.”

“Graduan banyak belajar dari program ini kerana mereka bukan saja seronok bekerja sambil belajar, malah dapat membuktikan kemahiran masing-masing daripada hasil kolaborasi pengarah, pensyarah, dan pelajar dalam pengurusan masa dan amalan disiplin kerja,” katanya.

Pembinaan Rumah Komuniti itu melibatkan banyak pihak termasuk pelajar yang menyumbang tenaga dalam menyiapkan rumah termasuk pendawaian dan saluran paip, penduduk tempatan menyiapkan kerja tapak rumah sementara Pergerakan Pemuda Umno Besut menguruskan pemilihan peduduk yang kurang kemampuan.

Idris berkata program itu mendapat perhatian banyak pihak di negeri lain kerana penjimatan kos pembinaannya berbanding Projek Pembangunan Rakyat Termiskin (PPRT) yang memerlukan kos RM40,000 bagi sebuah rumah.

Program Rumah Komuniti juga mula dilaksanakan di Sabah melalui usaha Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Mary Yap Kain Ching, yang akan membina 12 buah rumah dan sebuah daripadanya telah siap dibina di Tawau. – BERNAMA

(Sumber berita asal: The Malay Online)

Tok Penghulu

Read Previous

Jemputan Ke Property Talk di Residensi Suasana Damai

Read Next

19 pemaju yang menang Anugerah Hartanah Asia Tenggara (Malaysia) 2016.

Leave a Reply

Secured By miniOrange