PORTAL PELABURAN HARTANAH NO.1* DI MALAYSIA

Antara rumah mampu-milik bawah RM500,000 yang mungkin anda terlepas pandang.

Ramai pembeli kali pertama tak mampu nak beli rumah dan jumlah ini dilihat semakin meningkat.
 
Ini adalah kesan daripada pertumbuhan pesat pembangunan hartanah kat negara ini.
 
Atas sebab ini, beberapa pemaju mula ambil inisiatif membina rumah dengan harga yang berpatutan, berkualiti, dan bergaya yang dikategorikan sebagai rumah permulaan (starter home).

Dalam industri hartanah, starter home biasanya mempunyai 1 atau 2 bilik tidur.

Dan ia dikira sebagai hartanah kos rendah (low-cost development) yang berharga bawah RM500,000.

Ada banyak starter home kat Malaysia sekarang, tapi tak semua bekalkan gaya hidup dan kualiti yang sama.

Kalau korang berminat nak beli starter home, ini ada 8 pembangunan yang patut diberi perhatian.

#1: Almyra Residence, Bandar Puteri Bangi, Selangor.

Almyra Residence

Mula dilancarkan pada bulan Januari 2015, Almyra Residence adalah sebuah projek high-rise oleh IOI Properties Group Sdn. Bhd.

Projek ini tawarkan gaya hidup yang selesa dalam persekitaran alam semula jadi dan selamat untuk didiami.

Almyra Residence dikelilingi dengan kemudahan rekreasi yang menarik, termasuk kolam renang dengan kedalaman 50 meter, spa, dan gimnasium kolam.

Susun atur (layout) kediaman ini direka khas sebagai mimik rumah berkembar (semi-detached) dan banglo, dengan kawasan binaan seluas 969 dan 1,217 kaki persegi.

Dah tentu saiz ini tawarkan ruang tamu yang cukup luas buat sesiapa yang berminat.

#2: Mesahill, Nilai, Negeri Sembilan.

Mesahill, Nilai, Negeri SembilanProjek pembangunan bercampur oleh Hari Lumayan Sdn. Bhd. ini tawarkan rumah mampu-milik dengan kemudahan dan gaya hidup kehidupan bandar raya bagi yang ingin membeli rumah pertama mereka.

Dengan pusat membeli-belah dan 200 bilik business class yang terletak dalam kompaun yang sama dengan kediaman.

Penduduk akan menikmati akses ke kedai runcit, makanan dan minuman, hiburan, dan kemudahan sukan dengan muda, dalam masa yang singkat.

Fasa pertama dan ke-2 bagi projek service apartment ini terletak kat atas podium pusat membeli-belah.

Manakala Fasa ke-3 pula, berhubung dengan pusat membeli-belah melalui sebuah jambatan.

#3: Segar, Bandar Ainsdale, Seremban.

Segar, Bandar Ainsdale, Seremban

Nak kawasan yang lapang serta dapatkan keselesaan?

Ia pasti dapat dicapai dengan projek Sime Darby Property Berhad ini yang diberi nama Segar ini.

Dibina untuk memenuhi permintaan keluarga muda yang semakin meningkat, projek ini meliputi kawasan binaan seluas lebih daripada 2,186 kaki persegi.

Ia juga dilengkapi dengan tangga sisi bagi mewujudkan ruang tamu dan ruang makan yang luas.

Selain terletak kat sebuah bandar kediaman dan komersial yang semakin meningkat naik, guarded community ini juga tawarkan gaya hidup yang sihat beserta taman dan tasik yang indah.

#4: Apartmen Seri Baiduri, Setia Alam, Selangor.

Seri Baiduri Apartment, Setia Alam, Selangor

S.P. Setia Berhad menggabungkan ruang hidup yang berkualiti dengan pelbagai kemudahan, untuk memberi pilihan yang berpatutan untuk pembeli rumah kali pertama.

Bakal siap pada bulan Ogos 2014, Seri Baiduri terdiri daripada empat blok pangsapuri dan dibina dengan kualiti yang standard.

Dan ia berkaitan dengan sekuriti kondominium seperti sistem keselamatan yang baik, lobi lif yang elegan, kemudahan yang mudah dan kawasan drop-off yang luas.

Unit-unit ini dilengkapi dengan 3 bilik tidur dan 2 bilik air, sesuai untuk keluarga yang mencari keselesaan dalam ruang yang terhad, pada harga yang berpatutan.

#5: SkyAwani Residence @ Sentul, Kuala Lumpur.

SkyAwani Residence @ Sentul, Kuala Lumpur

Projek pembinaan bercampur dan komersial ini menawarkan peluang yang menarik buat pembeli rumah kali pertama, yang sedang mencari hidup gaya kontemporari dengan harga berpatutan.

Skyworld Development Sdn. Bhd. direka SkyAwani Residence dengan seni bina yang moden, dan bijak menggunakan ruang dalam unit 3 bilik tidur dan 2 bilik mandi.

Kemuncak pembanguan ini adalah menyediakan kemudahan rekreasi, termasuk sebuah kolam renang infiniti, gimnasium terapung dan juga dewan serba guna seluas 3 ekar.

#6: Trion 888, Equine Park, Seri Kembangan.

Trion 888, Equine Park, Seri Kembangan

Dibangunkan oleh Naza TTDI Sdn. Bhd., Trion 888 merangkumi 194 unit SoHo. 30 home office, dan 10 lot kedai runcit untuk menawarkan hab komersial dan gaya hidup yang meriah.

Pemilik rumah diberi pilihan yang praktikal dan menarik untuk merancang kawasan pedalaman untuk memenuhi permintaan pelanggan.

SoHo ini direka dengan fleksibiliti untuk pemilik rumah kali pertama yang mahukan pengalaman hidup yang bermakna.

Terdapat 3 jenis pelan SoHo yang kita boleh pilih, tetapi semua kawasan ini mempunyai saiz yang sama, iaitu 450 kaki persegi.

Pemilik rumah diberi pilihan praktikal dan menarik untuk merancang kawasan pendalaman untuk memenuhi keperluan mereka, sebab setiap unit dibina dengan jumlah tiang yang minimum bagi mewujudkan lebih banyak ruang.

Tetamu yang datang juga boleh menikmati kemudahan seperti kedai runcit yang terletak kat premis itu.

#7: Apartmen Karisma, Eco Majestic, Semenyih.

Karisma Apartment, Eco Majestic, Semenyih

Aparmen Karisma, bertingkat tinggi pembangunan apartmen berpatutan pertama kat Eco Majestic.

Ia dilancarkan baru-baru ini oleh Eco World Development Group Berhad. Pangsapuri berstatus pegangan bebas ini terdiri daripada 2 blok apartmen dengan jumlah 750 unit.

Setiap unit ini mempunyai 3 bilik tidur dan 2 bilik air dengan kawasan binaan seluas 800 kaki persegi beserta 2 tempat letak kereta.

Selain ditawarkan denga harga yang berpatutan, Karisma tawarkan pelbagai kemudahan seperti:

a) kolam renang kanak-kanak,

b) taman permainan,

c) kolam renang orang dewasa,

d) gelanggang pelbagai guna,

e) surau,

f) pondok,

g) rumah pengawal,

h) serta laluan berbumbung ke kawasan letak kereta bertingkat.

#8: Kalista 2, Seremban 2, Negeri Sembilan.

Kalista 2, Seremban 2, Negeri Sembilan

Terletak secara strategik kat Seremban 2, Kalista 2 menawarkan pembangunan eksekutif yang terletak kat kawasan yang baik dan penuh dengan kemudahan moden dalam suasana yang tenang.

Kalista 2 terdiri daripada 552 unit pangsapuri yang dibahagi menjadi 2 blok menara, dengan kawasan binaan seluas 926 kaki persegi hingga 1,561 kaki persegi.

Fasa 1 terdiri oleh 314 unit pangsapuri, manakala Fasa 2 pula terdiri daripada 208 unit.

Sebahagian daripada kemudahan kelas eksekutif yang disediakan adalah:

a) kolam renang,

b) kolam berendam,

c) gimnasium,

d) pavilion,

e) taman permainan,

f) dan separuh gelanggan bola keranjang.

Akan terdapat juga rooftop sky garden, sesuai untuk penduduk berehat dan bersantai dengan tenang dan selesa.

(Sumber asal: starproperty.my)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *