PORTAL PELABURAN HARTANAH NO.1* DI MALAYSIA

Realiti pahit tentang pasaran semasa hartanah Malaysia (kajian terkini StarProperty.my).

Hari ni, izinkan Tok kongsikan secebis maklumat terkini tentang hartanah kat negara kita.

Tok harap, kajian ini boleh jadi  info berguna untuk korang yang ceburkan diri dalam bidang ini.

Baru-baru ini, Tok ada terbaca satu artikel kat starproperty.my (bertarikh 15 Januari, 2016).

Mereka dah jalankan satu survey untuk mengkaji pandangan dan jangkaan tentang ekonomi, serta pasaran hartanah negara untuk tahun 2015/2016.

Kajian ini dapati, ramai responden bersikap pesimis tentang perkara ini.

Tok harap, anda tabah baca semua ini.

Ramai bersetuju tentang masa depan ekonomi serta pasaran tanah negara, kesan situasi terkini ekonomi negara dan impaknya kat pelabur dan pembeli rumah, kos sara hidup, dan akhir sekali, kemampuan rakyat untuk beli hartanah akan melarat.

Mengikut saiz responden (seramai 935 orang), sikap pesimis ini jadi nombor ke-2 terbesar dalam hasil rekod kajian.

Tok sertakan sekali keputusan keseluruhan survey kat gambar bawah ini:

(20.1.16) Gambar 1

Nota: Korang boleh klik sini untuk lihat gambar yang lebih jelas.

Berikut adalah pecahan data survey ini secara keseluruhan:

i) 9.4% (sangat pesimis),

ii) 36.8% (pesimis),

iii) 40.2% (neutral),

iv) 12.3% (optimis),

v) 1.3% (sangat opitimistik).

Bawah ini pula keputusan survey apabila responden ditanya pasal masa depan ekonomi negara, untuk tempoh masa 1 tahun akan datang (ia lebih kurang sama dengan keputusan survey pertama tadi):

i) 9.5% (sangat pesimis),

ii) 36.8% (pesimis),

iii) 33.5% (neutral),

iv) 18.1% (optimis),

v) 0.8% (sangat optimistik).

Bila ditanya pandangan tentang pasaran hartanah negara dalam tempoh masa 1 tahun akan datang, keputusan survey mula berubah jadi sedikit baik:

i) 12.6% (sangat pesimis),

ii) 24.6% (pesimis),

iii) 36.0% (neutral),

iv) 23.1% (optimis),

v) 3.7% (sangat optimistik).

Yang seterusnya, Tok akan terangkan dalam bentuk poin supaya korang mudah hadam (dan tak banyak makan masa korang).

  • Pandangan responden tentang impak ekonomi semasa kat kos hidup:

i) Impak yang sangat teruk: 38.7%,

ii) Impak sederhana: 56.1%,

iii) Tak beri sebarang impak: 5.2%.

  • Pandangan responden tentang jangkaan impak ekonomi semasa kat kos hidup, untuk tempoh 1 tahun akan datang:

i) Sangat pesimis: 9.8%,

ii) Pesimis: 42.0%,

iii) Neutral: 14.1%,

iv) Optimis: 14.1%,

v) Sangat optimistik: 2.1%.

  • Pandangan tentang keupayaan semasa responden untuk membeli hartanah:

i) Sangat pesimis: 8.7%,

ii) Pesimis: 27.2%,

iii) Neutral: 45.7%,

iv) Optimis: 16.5%,

v) Sangat optimistik: 1.9%.

Dan ini keputusan yang paling menarik.

Responden ‘pesimis’ dan ‘optimis’ sama-sama meningkat apabila disoal berkenaan keupayaan membeli hartanah, untuk tempoh 1 tahun akan datang.

Berikut adalah keputusan survey ini:

i) 9.2% (sangat pesimis),

ii) 29.4% (pesimis),

iii) 38.3% (neutral),

iv) 20.1% (optimis),

v) 3.0% (sangat optimistik).

Mari kita mula selam survey ini dalam-dalam.

Bermula dari sini, Tok akan hidangkan data berkaitan profail responden yang menjawab survey ini.

Tak cukup dengan itu, Tok sertakan sekali gambar keputusan keseluruhan kajian ini untuk tatapan korang.

(20.1.16) Gambar 2

Nota: Klik sini untuk gambar yang lebih jelas.

Menurut kajian, majoriti pendapatan isi rumah responden berjumlah sekitar RM1,500 hingga RM7,500.

Ini adalah pecahan yang lebih terperinci:

i) 18.4% (RM1,500 ke RM3,750),

ii) 34.1% (RM3,751 ke RM7,500),

iii) 15.4% (RM7,501 ke RM10,500),

iv) 13.9% (RM10,501 ke RM15,000),

v) 8.6% (RM15,001 ke RM37,500),

vi) 9.6% (kurang daripada RM1,500 dan lebih daripada RM37,500).

Dan ini pula keputusan responden yang ada bajet sebanyak RM250,000 hingga RM700,000, untuk membeli hartanah kat negara ini:

i) 4.7% (kurang daripada RM100,000),

ii) 6.8% (ada bajet sebanyak RM100,001 ke RM250,000),

iii) 39.8% (ada bajet sebanyak RM250,001 ke RM500,000),

iv) 28.7% (ada bajet sebanyak RM500,001 ke RM700,000),

v) 13.4% (ada bajet sebanyak RM700,001 ke RM1 juta),

vi) 5.5% (ada bajet sebanyak RM1 juta ke RM2.5 juta),

vii) 1.1% (ada bajet lebih RM2.5 juta).

Kuala Lumpur dan Selangor menjadi kawasan pilihan majoriti responden untuk membeli hartanah mereka. Berikut adalah data survey ini:

i) 53.7% (responden yang pilih kawasan Kuala Lumpur),

ii) 33.9% (responden yang pilih kawasan sekitar Selangor),

iii) 12.4% (lain-lain kawasan).

Ada 3 jenis kediaman yang jadi pilihan sebilangan besar responden. Ia adalah rumah jenis teres, apartmen (atau kondominium), dan ‘semi-detach’. Tok sertakan sekali data keputusan ini secara lebih spesifik:

i) 37.5% (responden yang suka rumah jenis teres),

ii) 24.5% (responden yang suka rumah jenis apartmen atau kondominium),

iii) 19.9% (responden yang suka rumah jenis ‘semi-detach’),

iv) 18.1% (lain-lain jenis rumah).

Akses mudah ke lebuhraya yang bertol dan jalan raya yang baik juga berikan impak kat pemilihan hartanah untuk responden survey ini:

i) 8.2% (tak berikan sebarang impak kat responden),

ii) 65.3% (beri impak yang sederhana kat responden),

iii) 26.4% (berikan impak yang sangat teruk kat responden).

Keluarga dan jarak rumah ke tempat kerja menjadi pertimbangan yang paling penting bagi majoriti responden, dalam membuat keputusan memilih lokasi hartanah yang sesuai.

Ini data kajian yang mereka dapat:

i) 45.9% (pertimbangan yang libatkan hal keluarga),

ii) 40.3% (pertimbangan tentang jarak rumah ke tempat kerja),

iii) 7.3% (pertimbangan berkaitan kawan-kawan),

iv) 6.5% (pertimbangan yang libatkan jarak rumah ke sekolah).

Ramai orang tak beli hartanah sebab 3 faktor ini.

Hasil kajian yang disusun oleh StarProperty.my dapati, setiap paras pendapatan, hutang isi rumah, dan bajet dan harga hartanah yang tak sepadan jadi 3 faktor utama, yang menghalang responden daripada membeli hartanah.

Data survey kat bawah ini jelaskan secara lebih spesifik:

i) 41.1% (berkaitan paras pendapatan responden),

ii) 30.6% (berdasarkan hutang isi rumah),

iii) 16.4% (berkaitan bajet dan harga hartanah),

iv) 5.3% (berkaitan ‘financing margin’ (margin pembiayaan)),

v) 6.6% (berkaitan kelulusan pembiayaan, kekurangan rumah mampu-milik, urusan dengan pihak bank, sejarah kredit atau hutang, dan bayaran pendahuluan untuk membeli hartanah).

Lebih separuh daripada seluruh responden nyatakan hasrat mereka untuk membeli rumah pada tahun ini. Tok jelaskan keputusan ini mengikut bulan dan tahun yang dipilih oleh responden:

i) 14.2% (sebelum 1 April 2016),

ii) 16.7% (sebelum 1 Julai 2016),

iii) 20% (sebelum 1 Januari 2017),

iv) 14.4% (selepas 1 Januari 2017),

v) 34.7% (tak pasti bila nak beli rumah).

Jumlah responden yang nak tambah rumah, pertama kali membeli rumah, dan beli rumah untuk melabur adalah lebih kurang sama:

i) 33% (responden yang nak tambah rumah),

ii) 33% (responden yang pertama kali beli rumah),

iii) 31.2% (responden yang nak melabur),

iv) 2.8% (pelaburan untuk syarikat).

Responden yang nak beli rumah untuk kegunaan sendiri, meningkat taraf rumah, dan pelaburan menjadi golongan majoriti yang berminat membeli rumah kediaman.

Ini pula keputusan terperinci untuk survey ini:

i) 32.1% (responden yang beli rumah untuk kediaman sendiri),

ii) 18.0% (responden yang nak tingkat taraf (upgrade) rumah),

iii) 17.6% (responden yang nak melabur untuk naikkan sewa dan ‘capital appreciation’),

iv) 11.1% (responden yang melabur untuk tingkatkan ‘capital appreciation’),

v) 10.5% (responden yang melabur untuk dapatkan hasil sewaan),

vi) 7.7% (responden yang beli rumah untuk ahli keluarga),

vii) 3.0% (respon yang beli rumah sebagai rumah percutian, penginapan pekerja, dan lain-lain).

Dan yang terakhir, ini adalah jawapan responden tentang strategi ‘crowd-funding’ sebagai satu cara melabur dalam hartanah.

Ramai yang bersikap ‘neutral’. Tapi, ia masih ada potensi untuk cenderung ke arah ‘pesimis’.

Baca data yang terperinci kat bawah ni:

i) 9.9% (sangat pesimis),

ii) 17.8% (pesimis),

iii) 55.3% (neutral),

iv) 13.9% (optimis),

v) 3.1% (sangat optimistik).

Semua data ini boleh jadi rujukan yang baik untuk setiap pihak yang terlibat dalam industri hartanah negara. Ini termasuk pihak berkuasa, pemaju, pakar hartanah, serta institusi kewangan.

Malah, pembeli dan pelabur juga boleh dapat banyak manfaat daripada data-data ini.

Objektif utama tindakan ini adalah supaya bertambah ramai orang mampu membeli rumah, dan dapat membantu golongan ini atasi masalah berkaitan hartanah yang sedang mereka hadapi.

Pada pandangan Tok, kajian ini jadi bukti yang masih ramai tak mampu nak beli hartanah kat negara sendiri.

Jelas sudah. Masa bukan kawan baik kita.

Yang dah mula buat persediaan, Tok doakan korang dapat tuai hasil secepat mungkin.

Bagi yang belum, tak usah tunggu lagi.

Mula bertindak segera untuk elakkan masalah lebih besar pada masa akan datang.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *