PORTAL PELABURAN HARTANAH NO.1* DI MALAYSIA

Macam mana nak mula merancang kewangan?

“Tok, apa yang saya perlu buat dulu kalau nak rancang kewangan?”

Ini antara soalan yang Tok dapat dekat inbox. Bila bercakap tentang merancang kewangan, kita kena ingat yang apa yang kita baca online tak semuanya sesuai untuk kita. Belajar untuk sesuaikan dengan situasi kita.

Jadi macam mana nak mulakan langkah? Hari ni hari bertuah anda. Tok bawakan perkongsian best daripada Bijak Kewangan. Jemput hadamkan sampai habis.

Setiap orang ada cara yang tersendiri bila nak merancang kewangan. Tak ada satu cara yang boleh fit untuk semua orang. Setiap orang berbeza keperluan dan juga jalan penyelesaian. Namun, ada beberapa perkara asas yang anda boleh jadikan panduan untuk capai target kewangan anda. 

Kali ni Min nak kongsikan kepada anda 3 tip merancang kewangan yang anda boleh jadikan sebagai langkah permulaan untuk jadi bijak kewangan. 

Tip #1 : Pastikan hutang anda terkawal

Sekarang mungkin anda ada hutang PTPTN, kad kredit, pinjaman kereta dan lain – lain. Pastikan hutang anda tidak melebihi 30% daripada pendapatan kasar anda. Kalau hutang anda masih di bawah 30%, bagus. 

Kalau anda ada hutang kad kredit yang banyak, anda juga boleh gunakan tawaran 0% balance transfer untuk gabungkan baki kad kredit anda dan kurangkan caj interest.

Tip #2 : Target untuk simpan sekurang – kurangnya 10% daripada pendapatan

Salah satu tips menyimpan yang biasa kita dengar adalah simpan 10% daripada pendapatan. Contoh kalau anda bergaji RM2,000, target untuk boleh menyimpan sebanyak RM200 setiap bulan. Jumlah ini mungkin nampak banyak bagi anda yang baru nak bermula. 

Anda boleh mulakan dengan jumlah yang anda mampu terlebih dulu. Sikit – sikit, lama – lama jadi bukit. 

Anda boleh letakkan target tertentu untuk simpanan ni contohnya untuk buat kahwin ke, nak bawa mak ayah pergi haji ke nak beli rumah ke. Mulakan menyimpan dari sekarang. 

Tip #3 : Mulakan simpanan kecemasan

Simpanan kecemasan ini sangat penting untuk kegunaan masa depan. Jika anda perlu gunakan duit nanti, anda dah ada simpanan untuk digunakan. Paling kurang anda boleh target untuk ada simpanan 3 bulan gaji. Contoh anda bergaji RM2,000 sekarang. Simpanan kecemasan anda haruslah ada RM6,000. 

Namun harus diingatkan bahawa ini cumalah cadangan asas. Anda boleh buat keputusan untuk simpan lebih atau kurang daripada itu bergantung kepada situasi kewangan anda. Kalau anda bekerja sendiri, anda mungkin nak tambah simpanan kecemasan kecemasan anda kepada 12 

bulan. Anda boleh tambah simpanan anda dari masa ke semasa. 

Kesimpulan 

3 tip kewangan yang Min bagi boleh dijadikan sebagai panduan untuk memulakan perancangan kewangan. Kalau anda ambil servis financial advisor, mereka akan lebih detail dalam membantu anda membuat financial planning. Terpulang kepada anda nak terus pergi kepada financial advisor ataupun anda nak DIY. Mulakan langkah daripada sekarang. Jangan tunggu lagi. 

Min harap anda dapat manfaat daripada artikel ini. 

Anda rasa artikel ini best? Silakan SHARE supaya keluarga dan kawan – kawan anda boleh baca juga. 

Tak nak terlepas info dan tips terkini berkaitan hartanah dan kewangan? Tok nak ajak korang join Channel Telegram rasmi Gilahartanah. Klik gambar untuk join.

[KLIK GAMBAR SEKARANG]

Jom join Channel Telegram rasmi GilaHartanah.

Comments are closed