PORTAL PELABURAN HARTANAH NO.1* DI MALAYSIA

Beli tanah seluas 805 ekar, rancang bina pembangunan bercampur di Selangor

I&P Group Sdn Bhd, yang telah membeli sebidang tanah di Semenyih, Selangor, ingin memajukan tanah tersebut dalam masa 2 ke 3 tahun akan datang.

Pengarah Pemasaran kumpulan itu, Datuk Muhammad Zaili Muhammad Yusof berkata, mereka tak mempunyai sebarang pelan untuk bekerjasama dengan pihak lain bagi  memajukan tanah seluas 805 ekar itu.

Tanah ini dibeli oleh I&P daripada Sime Darby Bhd.

Pengurus besar pemasaran dan komunikasi kumpulan, Noor Lida Nazri berkata, jenis produk yang dilancarkan itu akan ditentukan oleh keadaan pasaran pada masa hadapan.

“KAMI AKAN MENGIKUT PASARAN DAN TAWARKAN PRODUK YANG AKAN MENGEKALKAN SITUASI EKONOMI SEMASA. KALAU KEADAAN BERTAMBAH BAIK, KITA AKAN BANGUNKAN PRODUK BERSTATUS MEWAH DAN MEDIUM,” KATANYA KEPADA STARBIZ.

Mahu bangunkan projek hartanah strategik

“KAMI AKAN TAWARKAN HARTANAH DENGAN CIRI-CIRI YANG SESUAI DENGAN KEADAAN PASARAN UNTUK MASA-MASA YANG MENCABAR.”

Pada awal bulan ini, Sime Darby mengumumkan di bursa tempatan yang mereka telah menjual tanah di Semenyih dengan harga RM428.8 kepada I&P Group, dan membeli 2 ladang dan kilang kelapa sawit di Johor dengan harga RM106.69 juta.

Syarikat gergasi industri perladangan itu berkata, mereka akan gunakan hasil daripada pelupusan itu untuk membangunkan projek hartanah yang strategik.

Permodalan Nasional Berhad adalah pemegang saham dalam Sime Darby dan I&P Group.

Mengulas mengenai prospek bagi pasaran hartanah tempatan, Mohamad Zaini berkata, beliau menjangkakan keadaan bertambah baik berbanding tahun lepas.

TGIX, apartmen perkhidmatan status high end

“TAHUN INI AGAK PERLAHAN. KAMI MENJANGKAKAN TAHUN 2017 AKAN MENJADI LEBIH BAIK BERBANDING TAHUN INI, DAN BERTERUSAN SEHINGGA 2018.”

Sementara itu, Noor Lida berkata, sehingga 70% daripada projek Temasya Glenmarie kelolaan I&P Group telah siap dibina.

Beliau juga menambah, syarikat itu mempunyai lebih kurang RM3.1 bilion dalam nilai pembangunan kasar yang masih berkembang.

Antara projek terkini mereka adalah TGIX, pembangunan apartmen perkhidmatan berstatus high end yang akan dibangunkan pada tanah seluas 22 ekar.

“PANGSAPURI PERKHIDMATAN INI AKAN GUNAKAN TANAH SELUAS 17 EKAR. SELEBIHNYA, KAMI AKAN GUNAKAN UNTUK MEMBANGUNKAN HOTEL ATAU PUSAT KONVENSYEN,” KATA NOOR LIDA.

Beliau berkata, TGIX akan terdiri daripada blok kurang daripada 300 unit setiap satu.

Perbandaran The Temasya Glenmarie terletak secara strategik dan boleh diakses melalui Lebuhraya Persekutuan, Lebuhraya Baru Lembah Klang, Lebuhraya Pantai Baru, dan Lebuhraya Koridor Guthrie.


[Sumber berita asal: The Star Online]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *