PORTAL PELABURAN HARTANAH NO.1* DI MALAYSIA

Projek kediaman NSC di Shah Alam bakal siap tahun 2017.

Nada Sepakat Corporation (M) Sdn Bhd melancarkan pembangunan kediaman Taman Impian Kasturi di Seksyen 30, Shah Alam atas tanah wakaf Selangor, dengan nilai pembangunan kasar (GDV) sebanyak RM21 juta.

Projek ini dijangka siap menjelang suku akhir 2017.

Pengarah Urusan NSC, Kamsol Said berkata, pembangunan di atas tanah seluas 1.21 hektar dengan 28 unit rumah semi-D 2 tingkat di kawasan binaan seluas 188.7 meter persegi tersebut, dijual pada harga kompetitif bermula daripada RM772,162.

Katanya, pembangunan terbabit adalah fasa kedua selepas projek pertama Taman Impian Kasih, yang juga melibatkan 28 unit semi-D dengan GDV sebanyak RM19 juta.

“Peratusan hasil jualan akan disalurkan semula kepada Majlis Agama Islam Selangor (MAIS), pentadbiran wakaf dan institusi be­nefisari untuk meningkatkan dan mengembangkan amalan wakaf.”

Mahu capai sasaran jualan sebanyak 70%.

“Kami menyasarkan untuk mencapai 70 peratus jualan pada hujung bulan ini dengan 30 peratus pembeli yang telah berdaftar setakat ini,” katanya pada majlis Rumah Terbuka Nada Sepakat dan pelancaran Taman Impian Kasturi di sini hari ini.

Yang turut hadir, Pengerusi MAIS, Datuk Mohd. Adzib Mohd. Isa; Penasihat dan Pengasas Nada Sepakat, Datuk Nasaruddin Ab Ghani dan Ketua Pengarang Kumpulan Utusan, Datuk Abdul Aziz Ishak.

Mengenai projek-projek sete­rusnya, Kamsol berkata, Nada Sepakat juga merancang untuk melaksanakan projek-projek pembangunan di kawasan lain termasuk Perak dan Pulau Pinang.

“Di Perak, kami merancang untuk membangunkan kediaman dan rumah kedai. Kami sudah membuat rundingan dengan pihak berkaitan selama lebih setahun, dan kini menunggu untuk memasuki perjanjian.”

“Kami menerima jemputan untuk melaksanakan projek di sana kerana rekod kami dengan pembangunan tanah wakaf di Selangor,” ujarnya.

(Sumber berita: Utusan.com.my)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *