31.10.16 Impression Melaka Yong Tai Bhd 1

Yong Tai Berhad terajui projek Impression City bernilai RM5.4 bilion

Pemaju hartanah kebudayaan dan pelancongan, Yong Tai Berhad (Yong Tai) memeterai 5 perjanjian kerjasama bagi melaksanakan projek Impression City bernilai RM5.4 bilion.

Perjanjian secara berasingan itu adalah antara Yong Tai dengan Gelden Bridge United Holdings Group Limited (Golden Bridge), HuaXin PuHin Asset Management Co. Ltd., Orient Venture Properties, The 6th Engineering Bureau of China City Cinstruction Holding Group Company, Apple Impression Sdn. Bhd., GTC Travel & Tour Sdn. Bhd., dan Guangxi Gulf Culture Star Co. Ltd.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Boo Kuang Loon berkata, Yong Tai kini berada dalam peringkat memuktamadkan dan mengikat pelaburan pembiayaan sebanyak RM800 juta daripada Golden Bridge bagi melaksanakan projek Impression Melaka dan Impression City.

Menurutnya, Yong Tai turut mencatat jualan secara keseluruhan sebanyak RM461 juta daripada fasa 1A pembangunan bercampur Impression City.

“Jualan sebanyak RM461 juta itu diperoleh dengan memeterai perjanjian Jual Beli (SPA) bersama Orient Venture Properties Berhad,’’ katanya dalam majlis menandatangani perjanjian tersebut yang disaksikan oleh Yang Dipertua negeri, Tun Mohd. Khalil Yaakob dan Ketua Menteri, Datuk Seri Idris Haron di Jaya 99 di sini semalam.

Menterai kontrak bernilai RM412 juta

Yang hadir sama Pengerusi Yong Tai, Datuk Syed Norulzaman Syed Kamarulzaman.

Menurut Kuang Loon, Yong Tai juta telah mementerai kontrak lengkap bernilai RM412 juta daripada Orient Venture Properties Berhad bagi melaksanakan kerja-kerja pengubahsuaian ke atas hartanah berkenaan.

“Jualan hartanah RM461 juta dan kontrak melengkap bernilai RM461 juta itu dijangka memberi sumbangan yang positif kepada keputusan kewangan 2017 kami,” katanya.

[Sumber berita asal: Utusan Online]

Leave a Reply

Your email address will not be published.