PORTAL PELABURAN HARTANAH NO.1* DI MALAYSIA

Mungkin anda boleh mula kumpul duit dan melabur kat projek I-Berhad yang akan datang ini.

Syarikat pemaju hartanah, I-Bhd sedang berunding dengan beberapa pihak untuk urusan pembelian tanah.

Ia sebagai langkah persediaan sebelum mereka bergerak ke fasa pembangunan seterusnya. Projek-projek urban dan perbandaran (township) juga terlibat dalam fasa ini.

“Kami melihat projek yang bernilai sekitar RM5 hingga RM6 bilion, dan akan gunakan strategi “asset light” seperti yang kami buat sebelum ini.

“Sebaiknya, kita nak laksanakan projek ini sebagai satu usaha sama atau melalui pengambilalihan,” ulas Timbalan Pengerusi I-Bhd, Datuk Eu Hong Chew.

Bercakap pada taklimat selepas ceramah syarikat itu di Bursa Malaysia, beliau juga menambah, belum tiba lagi masanya untuk I-Bhd umumkan projek terbaru.

Eu berkata, projek mega i-City di Shah Alam akan buatkan I-Bhd sibuk selama 10 hingga 15 tahun. Jadi, mereka tukar fokus dengan meluaskan pencarian projek di luar kawasan Shah Alam.

Beliau berkata, I-Bhd kini sedang berusaha untuk hantar pelan perancangan, dan projek terbaru mereka akan bermula dalam tempoh 2 atau 3 tahun.

Bagi projek urban, mereka merancang untuk bangunkan sekitar 20.2 hingga 28.3 hektar, dengan gross development value (GDV) sehingga RM7 bilion.

Untuk projek towndship pula, sekitar 202 hingga 242 hektar termasuk dalam pelan mereka, dengan amaun GDV yang sama seperti projek urban.

Pusat membeli-belah gergasi yang bakal tiba.

Semasa, syarikat ini mempunyai RM745 juta jualan yang belum dibil pada akhir 2015 dan sedang membina i-City Central, yang juga sebagai sebuah pusat membeli-belah dengan keluasan 1 juta kaki persegi.

Ini adalah projek kerjasama antara I-Bhd dan Central Pattana Group of Thailand.

Mereka juga bersedia untuk bangunkan sebuah hotel 4 bintang, yang akan diuruskan oleh Double Tree Hilton dalam kawasan bandar ultrapolis seluas 29.1 hektar.

Bulan lepas, syarikat ini tetapkan sasaran untuk gandakan jumlah keuntungan, daripada RM500 juta ke RM600 juta setahun menjelang 2018.

Usaha kuatkan portfolio hingga RM1 bilion.

I-Bhd turut merancang untuk mengumpul portfolio pelaburan sebanyak RM1 bilion menjelang 2018.

Syarikat ini juga sedang membangunkan projek peranginan, dengan sasaran untuk menjana pendapatan berulang bagi menyumbang separuh daripada keuntungan syarikat.

Portfolio terkini I-Bhd bernilai RM285 juta, jelas Eu.

“Pelaburan hartanah perlukan usaha yang berterusan. Menjelang 2018 nanti, bila projek ini dah selesai, kami akan mempunyai portfolio bernilai RM1 bilion.”

“Kalau kita ambil investment trust yield (sekitar 5%) daripada RM1 bilion, ini akan menyumbang sebanyak RM15 juta kat keuntungan I-Bhd,” jelas beliau.

(Sumber asal: http://www.starproperty.my)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *