Login

Register

Login

Register

Pro dan kontra yang anda perlu tahu dalam pelaburan hartanah

| | ,

Kalau nak ikutkan, orang dulu-dulu lebih ramai melabur dalam pelaburan hartanah berbanding sekarang.

Itu sebab ramai tok moyang kita yang kaya-raya.

Dan paling best (yang tak sedap korang nak dengar), mereka tak ada pun akses kat maklumat macam kita sekarang.

Tok nampak kesedaran pasal pelaburan ini masih lagi nipis. Tak apa. In Shaa Allah, perkongsian ini dapat bantu naikkan semangat korang mulakan langkah pertama.

Tok baca ilmu ni kat blog Real Estate View Australia. Dan Tok yakin ia bagus sebagai makanan minda korang.

Tak usah melabur sebab nak ikut member

Ni satu tindakan yang ramai orang kita suka buat. Kalau nak melabur (tak kira apa jenis instrumen pelaburan sekalipun), pastikan kita betul-betul jelas dan faham pelaburan yang kita nak buat.

Kita sendiri kena jelas sebab apa kita melabur, serta cari dan fahamkan strategi yang terlibat dalam sebarang jenis pelaburan (dalam kes ini, pelaburan hartanah).

Tapi, pelaburan ni juga tak sesuai untuk semua orang. Bila korang pelan nak libatkan diri dalam pelaburan ni, timbang betul-betul pro dan kontra yang ada.

Kelebihan pelaburan hartanah yang anda patut tahu

#1: Untung 2 dalam 1

Nilai hartanah kita ada potensi berkembang dari masa ke semasa, dan dah pasti ia akan berikan untung kalau dibuat dengan betul dan berstrategi.

Dan tak cukup dengan itu saja. Kita bukan saja dapat manfaat daripada kenaikan nilai hartanah, malah boleh dapatkan untung kat sewa bulanan.

Bak kata orang, kita boleh pukul keliling.

#2: Satu pelaburan yang selamat

Ini adalah satu-satunya pelaburan yang tak dikuasai oleh pelabur. Dan ia bergantung kat keupayaan kita mencari dan mengambil peluang yang baik dalam pasaran.

Kalau (katakan) kita salah beli hartanah sekalipun, ia tetap boleh meningkat dari sudut nilai. Sama ada cepat atau lambat, ia masih bergantung kat lokasi yang baik.

Jadi, sentiasa periksa dan buat keputusan terbaik sebelum membeli.

#3: Mengurangkan risiko

Kita boleh pastikan keselamatan aset kita daripada risiko seperti:

  • kebakaran,
  • kerosakan,
  • ditinggalkan penyewa,
  • melanggar syarat pajakan, dan sebagainya.

Setiap urusan ini terkandung dalam black-and-white urusan pembelian dan tukar milik hartanah. Bermakna, kita boleh lindungi diri kita kalau ada sebarang perkara kat atas ini berlaku.

#4: Semua orang boleh buat

Pelaburan ini tak seperti saham atau perniagaan, yang perlukan banyak ilmu dari pelbagai sudut. Pendek kata, sesiapa boleh mula melabur dalam hartanah.

Mungkin ada yang tak setuju dengan perkara ini. Sebab kalau tak ada siapkan diri dengan ilmu yang baik, kita akan berdepan dengan risiko kerugian kalau tersilap langkah.

Tapi, tak usah risau. Sekarang, ada banyak sumber maklumat yang kita boleh dapatkan pasal pelaburan ini. Bahkan, ramai guru atau mentor yang bertauliah boleh membimbing kita.

#5: Anda berada dalam kawalan

Tak seperti pelaburan lain, kita ada kawalan penuh dalam pelaburan hartanah.

Maksudnya, semua keputusan pembelian, kita yang putuskan. Dan kita ada kawalan kat matlamat pulangan yang kita nak dapatkan.

Secara general, dah tentu kita tak dapat mengawal harga rumah dalam pasaran hartanah. Tapi, kita tetap ada kelebihan dari penggunaan strategi yang dapat mengaut sejumlah keutungan besar dalam pelaburan ini.

Kekurangan pelaburan hartanah yang anda patut tahu

#1: Proses jual beli akan makan sedikit masa

Tak berdosa kalau nak jual hartanah bila waktu sukar melanda. Bila terpaksa, ini salah satu strategi yang boleh selamatkan kewangan kita.

Kita boleh cairkan (liquefy) hartanah yang kita ada untuk dapatkan duit. Cuma, proses ini mungkin akan makan masa yang agak lama.

Ia tak sama seperti pelaburan saham atau sebagainya, yang tak ambil masa yang lama untuk jual balik aset kita.

#2: Akan ada kos berterusan (on-going cost) dan kos tersembunyi

Tok rasa, semua dah sedia maklum dengan kos permulaan (yang kita kena keluarkan) masa nak beli hartanah. Antaranya:

  • duti setem,
  • duit deposit,
  • kos peguam dan undang-undang, dan lain-lain yang berkaitan.

Dan bukan perkara ini saja yang kita kena ambil tahu. Ada juga kos lain yang terlibat seperti:

  • kos penyelenggaraan (maintenance) hartanah,
  • kos baik pulih rumah,
  • insurans,
  • cukai tanah, dan lain-lain yang kita perlu ambil kira.

Semua kos ini, kita kena tanggung dulu sebelum kita dapatkan balik lepas pinjaman lulus nanti (kalau buat strategi mark-up).

#3: Perlu bersedia kalau tak ada penyewa

Ini adalah mimpi ngeri yang pelabur hartanah tak nak terjadi.

Bila tak ada orang nak menyewa, kita sendiri yang kena tanggung bayar pinjaman bank setiap bulan. Pulangan pelaburan akan terjejas kalau masalah ini berlaku.

Nak tak nak, kita perlu bersedia dan paksa diri simpan duit untuk hadapi masa-masa perit macam ni.

#4: Ada risiko berdepan penyewa yang suka buat perangai

Ini juga salah satu mimpi ngeri seorang pelabur hartanah.

Dan tak mustahil kita akan berdepan dengan penyewa macam ni (Tok doakan supaya ia tak jadi kat korang). Dari jenis yang suka lambat bayar (atau tak bayar langsung) duit sewa, hobi pecahkan barang rumah, atau yang degil tak nak keluar rumah.

Masalah ini tentu akan buatkan kita stres. Lagi-lagi kalau kita ada emotional attachment kat hartanah tu.

#5: Kos mengejut

Tak semua pelaburan hartanah yang kita buat akan menjamin untung 100%. Ada kala, pelaburan kita tak jana sebarang untung.

Malah, ada kes yang terpaksa keluarkan duit untuk tanggung ansuran bulanan bank. Sebab hasil sewa tak berjaya menjana aliran pendapatan positif. Selagi boleh, elakkan masalah seperti ini berlaku ya.

Pendek kata, langit tak selalunya cerah. Sebab itu kita perlu bersedia dengan simpanan kecemasan yang cukup sentiasa. Susah kalau tak ada duit bila terjadi masalah macam ini. Silap-silap, rumah itu akan dilelong.

Ramai orang kita yang suka berbelanja kat benda yang mewah dan mahal. Dan ramai yang tak mampu nak tanggung lifestyle macam ini sebab gaji pun bukan banyak sangat.

Besar mana pun duit untung bisnes atau gaji yang korang dapat, tak bermakna korang ada lesen nak beli kereta mewah, rumah besar, makan kat hotel setiap hari, dan sebagainya.

Kan lagi bagus gunakan duit pelaburan hartanah yang kita dapat, untuk tanggung barang-barang macam ni? Tak payah dah nak kacau duit gaji kita lagi.

Previous

Capai matlamat pelaburan hartanah anda guna strategi S.M.A.R.T. ini.

Takut duit lebur? Guna 7 tip pelaburan hartanah power ini

Next

Leave a Comment