PNB umum dividen ASB 4.25 sen, ehsan 0.75 sen

| | ,

Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB) mengumumkan pengagihan pendapatan bagi dana utamanya, Amanah Saham Bumiputera (ASB) bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2020.

Pembayaran pengagihan pendapatan berjumlah RM7.6 bilion akan memanfaatkan 10.2 juta pemegang unit yang memiliki 173.2 bilion unit dalam ASB.

Pembayaran tersebut terdiri daripada pengagihan pendapatan 3.50 sen seunit dan bonus 0.75 sen seunit dengan jumlah keseluruhan sebanyak 4.25 sen seunit. Bersempena Ulang Tahun ke-30 ASB, pemegang unit akan turut menerima khas Ehsan 0.75 sen seunit sehingga 30,000 unit pertama.

Pengiraan pengagihan pendapatan dan bonus ASB adalah berdasarkan baki purata minimum bulanan yang dimiliki sepanjang tahun kewangan. Unit yang dilaburkan semula dari pengagihan pendapatan dan bonus akan dikreditkan ke dalam akaun pemegang unit pada 1 Januari 2021.

Ia sekali gus menyaksikan agihan pendapatan rendah berbanding 5.50 sen seunit tahun lalu yang juga pembayaran pengagihan terendah sejak ASB diperkenalkan pada 1990.

Berikut adalah senarai dividen ASB sejak dari 1990 – 2019.

Apa pendapat anda dengan agihan pendapatan ini? Adakah masih berbaloi melabur dalam ASB untuk tahun seterusnya?

Pada pendapat Tok, masih berbaloi je. Antara sebabnya adalah: 

  1. Risiko sangat rendah,
  2. Simpanan paksa,
  3. Wujudkan komitmen di CCRIS.

Katakan anda ada ASB Financing 200K, cara kiraan tanpa mengambil kira EHSAN

RM 200K x 4.25% = RM 8,500

Total : RM 8,500

Anda nak faham cara kiraan ASB dividen yang sebenar?

Jom dapatkan ebook daripada GilaHartanah ni. PERCUMA je khas untuk pembaca GilaHartanah.

Isi form di bawah dan Tok akan emelkan kepada anda.

Previous

8 sebab bank senang hati luluskan permohonan pinjaman, supaya anda boleh beli rumah tahun ini

Step-by-step cara beli rumah second hand – Semua yang anda perlu buat sampai dapat kunci

Next