PORTAL PELABURAN HARTANAH NO.1* DI MALAYSIA

Padah pinjaman perumahan “bawah meja”, satu geng ini ditipu RM90,000.

Sekumpulan pelabur terpaksa menelan sedih, lepas tersedar ditipu untuk dapatkan loan rumah secara under-the-table.

Mereka dilaporkan rugi sebanyak RM90,000 ditipu seseorang yang mendakwa dirinya boleh membantu untuk dapatkan pinjaman hingga jutaan ringgit.

Hanya dikenali dengan nama Alex, beliau yang berumur 36 tahun itu menuntut komisyen daripada mereka bagi menjalankan proses pinjaman ini.

Datuk Seri Michael Chong (Pengerusi Jabatan Aduan dan Perkhidmatan Awam MCA) menambah dekat sidang media yang dianjurkan beberapa hari lepas, mangsa berkenalan dengan Alex sekitar tahun lepas.

Nancy Lin Len Tih, 50, adalah mangsa pertama Alex. Lin berkenalan dengan scammer ini melalui abang ipar beliau pada bulan Julai tahun lepas.

Akui ada “hubungan” dengan orang dalam bank.

“Alex bagitahu saya, beliau ada connection dengan orang dalam bank. Dan beliau boleh bantu saya dapatkan loan, walaupun saya tak layak.”

Lin berkata, beliau dengan rakan niaganya, Ng Man Chan, sangat yakin dengan Alex. Dan meminta bantuan beliau untuk dapatkan loan bank bernilai RM1 juta setiap seorang.

Mereka berdua membayar RM20,000 kat Alex tanpa buat sebarang dokumen hitam putih tentang urusniaga ini.

“Dia (Alex) kata, kami hanya perlu tandatangan bila loan dah lulus saja. Dan kalau permohonan ini ditolak, beliau berjanji akan pulangkan semula duit kami.”

Sebabkan teruja, Lin kongsikan “peluang” ini kat kawan beliau, Goh Ah Chai, 59, dan Tu Siew Yin, 49.

Mereka juga turut buat permohonan pinjaman kat Alex (sebanyak RM1 juta setiap seorang), dan buat bayar RM30,000 dan RM40,000 setiap seorang.

Permohonan ini tak ada sebarang berita hingga bulan Disember tahun lepas. Sebabkan dah terlampau lama, Lin berjumpa balik dengan Alex untuk minta balik duit deposit.

Terus tak nampak batang hidung.

Alex berikan cek yang kononnya dengan nilai deposit yang sama, tapi cek ini adalah cek tendang. Sejak itu, Alex gagal dihubungi hingga sekarang.

“Kami pergi ke bank dan dapat tahu yang tak ada sebarang permohonan pinjaman dibuat atas nama kami.”

“Dah tanya kat abang ipar saya pun, beliau tak tahu ke mana Alex menghilang.”

“Kami juga ada pergi ke rumah mak Alex kat Pahang, tapi beliau sendiri dah lama tak jumpa Alex,” tambah Goh.

Mereka buat laporan berasingan pada 9 Disember tahun lepas.

Chong turut tekankan, bank ada SOP (standard operating procedure) yang ketat untuk hal berkaitan pinjaman.

“Tak ada sesiapa yang boleh luluskan sesuatu jumlah duit yang banyak, tanpa lepas SOP bank terlebih dulu,” tambah beliau.

(Sumber asal: thestar.com.my)

Photo by sociotard cc

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *