PORTAL PELABURAN HARTANAH NO.1* DI MALAYSIA

Pemuda 24 Tahun Ini Berkongsi Tips Beli Rumah Secepat Mungkin Selepas Graduate

Untuk korang yang baru graduate ni, tahniah Tok ucapkan.

Kehidupan sebenar korang baru bermula. Realiti hidup tak seindah masa korang study tu. Ada banyak benda nak kena fikir, banyak benda yang boleh memerangkap kita, banyak pemangsa yang menunggu untuk “makan” anda.

Untuk elak dari dijerat oleh pemangsa-pemangsa di luar sana, korang kena tambah ilmu tentang pengurusan kewangan dan pelaburan. Ilmu ni akan menjadikan korang kaya-raya, dan tak dibebani hutang sehingga di isytihar muflis.

Tips kali ini dikongsikan oleh saudara Harith Faisal, yang berusia 24 tahun, tentang bagaimana nak beli rumah secepat mungkin selepas graduate:

Tips ini perlu dimulakan beberapa bulan sebelum bergraduasi.

Kawan-kawan mesti tahu kan apa yang diperlukan untuk memohon pinjaman perumahan di bank?

Kita perlu payslip.

Nak dapat payslip, kita perlu bekerja.

Nak dapat kerja, kita perlu cari kerja.

Bila nak mula cari kerja?

Secepat mungkin!!

TIPS: CARI KERJA SECEPAT MUNGKIN.

Mulakan job hunting anda beberapa bulan sebelum anda graduate.

Kadang-kadang ada fresh graduate yang nak honeymoon dulu.

Melancong ke oversea ramai-ramai.

Nak lepak kat rumah parent dulu 4-5 bulan.

Terpulanglah.

Lagi satu, jangan terlalu memilih kerja.

Dalam keadaan ekonomi sekarang, banyak company tengah buang pekerja.

Jadi, kalau anda dapat offer kerja tu, bersyukurlah.

Fikirlah banyak-banyak kali sebelum menolak tawaran tersebut.

Semakin cepat anda mula bekerja, semakin cepat anda boleh beli rumah.

Secara asasnya, jika anda dah mula adakan simpanan untuk modal deposit rumah dan sudah mempunyai komitmen ASB Financing-i sejak di universiti, anda hanya perlukan 3-6 bulan sahaja untuk memiliki rumah pertama.

Kalau tidak, anda perlukan masa untuk menyimpan modal deposit rumah dan mewujudkan apa-apa rekod komitmen anda dalam CCRIS.

Bank susah nak approve home loan kita kalau rekod CCRIS kita terlampau bersih tanpa komitmen.

Cadangan saya, apply ASB Financing-i (minimum amount and maximum tenure) ataupun credit card (lowest limit).

Selepas beberapa bulan, dah boleh dah apply home loan.

Amacam?

Dah datang semangat nak mula bekerja cepat-cepat dan beli rumah pertama di awal usia? Hihi..

Langkah pertama fresh graduate mudah beli rumah

Rata-rata kawan yang minta saya tunjukkan cara beli rumah pertama, pasti ada masalah CCRIS terlalu bersih. Maksudnya tak pernah ada apa-apa komitmen dengan bank (loan kereta, personal loan, credit card etc)

Itu perkara biasa. Maklumlah kami semua muda-muda belaka (umur lingkungan 23-25 tahun), belum terjebak dengan produk-produk bank lagi. Hihi.. Baru habis belajar dan juga baru mula dapat kerja tetap.

CCRIS terlalu bersih pun tak boleh. Kena ada komitmen juga supaya bank boleh tengok rekod pembayaran kita macam mana. Punctual or not punctual bayar ansuran bulan-bulan.

Yang saya selalu cadangkan adalah, apply credit card (cc) dengan limit yang paling rendah, ambil yang Islamic, guna cc tu 2-3 bulan di Petronas dan Mydin, terus layak untuk memohon home loan pula. Tapi pastikan lepas pakai cc, terus bayar la hutang tu. Jangan sampai tertunggak.

Ada pulak yang bertanya,
“Kenapa tak suggest kami buat loan kereta atau personal loan je?”

Jawapan saya,
“Nanti komitmen jadi tinggi, susah pulak bank nak approve home loan korang. Mau??”

Buat ASB Financing-i pun okay. Ambil amount minimum, tenure maximum. Contohnya RM10k, 30 tahun. Bayar installment dengan baik ye. Jangan culas.

Hutang PTPTN, sila bayar on time juga. Kalau tak, rekod CCRIS akan jadi buruk dan pastinya menyukarkan home loan approval anda.

Jangan mohon credit card (cc) kalau masih belum dapat kawal nafsu berbelanja. Tengok Jakel buat sale diskaun 20% pun dah bergetar tangan, meleleh air liur, baik lupakan niat nak pakai cc.

Apply cc kalau dah ada perancangan nak apply home loan dalam masa terdekat, dah ada modal 15% daripada harga rumah – memang saya buat cara ni dulu masa nak beli rumah pertama. Saya juga ada masalah CCRIS sangat clean tanpa rekod (fresh graduate, biasalah).

Cara nak dapatkan modal beli rumah mestilah kena menyimpan duit. Gaji bulan pertama, terus simpan 20%. Bulan seterusnya simpan 30%. Kemudian 40%. Bujang kan? Bolehlah simpan banyak duit. Ikutlah limit masing-masing nak simpan maximum berapa peratus daripada gaji.

Matematik tidak menipu.

Kalau target nak ada simpanan RM12k dalam masa setahun, mesti kena simpan RM1k setiap bulan selama 12 bulan. Nak simpan di mana? Terpulanglah….

Bila nak mula? Sekati koranglah.

Menarik kan perkongsian saudara Harith ni. Semoga bermanfaat untuk korang yang baru graduate ni.

Jangan nak membazir sangat la nak beli kereta baru, handphone baru, pergi melancong overseas sana-sini kalau baru je graduate dan dapat kerja.

Banyak lagi nak pakai duit nanti. Beli rumah seawal yang mungkin. Beli rumah kecik pun takpe. Belajar ilmu pelaburan hartanah.

Nanti bila korang dah kerja 5-10 tahun, korang akan nampak beza siapa yang mula pelaburan seawal mungkin, dan siapa yang baru tersedar bila dah terlambat.

Semoga berjaya!

Photo by Jason Bache cc

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *