Pemintaan pembeli rumah kali pertama masih kukuh, walaupun masih ramai yang tak mampu.

Semakin ramai anak muda kat negara ini menabung untuk membeli rumah pertama mereka.

Walaupun kebanyakan Gen Y masih belum memiliki hartanah kat negara-negara maju dan juga bandar-bandar besar, pemintaan ini dilihat masih kukuh.

Terutama sekali ada ibu bapa yang membantu anak mereka jelaskan duit bayaran muka untuk membeli rumah, jelas Presiden Persatuan Hartanah dan Pemajuan Perumahan Malaysia (REDHA), Datuk Seri F.D Iskandar.

(Gen Y, juga dikenali sebagai millenials, merujuk kat mereka yang lahir pada awal 1980-an hingga 2000-an. Mereka juga dikenali sebagai strawberry generation).

Permintaan daripada pembeli kali pertama, termasuk generasi muda, kekal kukuh walaupun kemampuan nak memiliki rumah menjadi sebuah cabaran, kata Bank Negara.

Pertumbuhan trend pinjaman isi rumah masih kekal pada paras 2 angka.

Bank pusat itu turut menambah, mereka menyumbang 75% daripada 1.47 juta peminjam.

Memiliki dan melabur dalam hartanah tetap menjadi keutamaan bagi ramai rakyat Malaysia.

Ini dapat kita lihat dalam trend pinjaman isi rumah, di mana pembelian rumah terus menjadi segmen yang pesat berkembang, dengan pertumbuhan kekal pada paras 2 angka (11% pada akhir bulan Mac 2016), kata Bank Negara dalam satu kenyataan.

Mereka tak mampu tanggung dan tak mempunyai ibu bapa untuk dapatkan bantuan kewangan, akan beralih kat rakan-rakan mereka.

Daryl Toh berusia 30-an, dan 2 daripada rakan kolej beliau memiliki kondominium kat Penang. Mereka kumpulkan segala bantuan dan sumber yang diperlukan untuk beli unit ini sekitar 5 tahun yang lalu.

“Unit ini berada dalam kawasan premium, dan kami tak mampu nak tanggung segala kos ini sendiri – itu sebab kami buat keputusan untuk jadi pemilik bersama.”

Penasihat kewangan, Yap Ming Hui juga menambah, ini adalah strategi yang masuk akal dan boleh dibuat.

“Dah tentu generasi Gen Y akan mula membeli rumah. Mereka akan membayar duit deposit dan juga ansuran untuk memiliki rumah.”

“Dan mereka yang tak mampu, akan ambil keputusan untuk menyewa dulu sebelum membelu pada masa depan,” tambah beliau.

Tak semua orang bernasib baik macam kita.

Persatuan Penilai, Pengurus, Ejen dan Perunding Hartanah dalam sektor swasta, Wong Kok Soo berkata harga hartanah kat Hong Kong meningkat secara mendadak hingga kat luar kemampuan kuasa membeli generasi Y.

Namun, trend ini masih belum masuk ke negara (Malaysia) ini.

Wong, yang juga seorang perunding Persatuan Pembeli Rumah Kebangsaan berkata, terdapat tanda-tanda yang Gen Y tak mampu lagi untuk menetap kat kawasan seperti Kuala Lumpur, Pulau Pinang, Johor Baru, dan Sabah.

“Ramai juga ibu bapa yang bantu anak mereka dari segi pembayaran duit muka. Tak kurang juga, berulang-alik daripada kawasan pinggir bandar untuk ke pusar bandar masih menjadi satu pilihan.”

“Tapi bila harga rumah melambung jauh di luar kemampuan mereka, perkara yang sama akan berlaku kat negara ni (seperti yang berlaku kat Hong Kong),” jelas Wong.

Masalah ini masih terkawal.

Beliau turut menambah, walaupun permintaan berkurang, ia tak akan menjadi satu isu yang besar.

Iskandar juga bersetuju, walaupun pasaran hartanah agak perlahan sekarang, penurunan ini masih pada tahap terkawal.

“Seperti perkara yang lain, ia adalah sebuah proses kitaran.”

“Pasaran hartanah akan meningkat naik dan pada satu masa, ia akan jatuh dulu sebelum ia meningkat naik semula.”

Beliau berkata, pasaran akan meningkat bila pembangunan infrastruktur dan kemudahan pengangkutan awam siap dibina.

Iskandar juga berkata, REDHA akan bekerjasama secara rapat dengan kerajaan untuk mencari cara-cara untuk memudahkan perolehan rumah. Terutamanya dikalangan pembeli rumah kali pertama.

“Kami cadangkan untuk mengkaji semula garis panduan pembiayaan, yang telah memberi impak negatif kat keupayaan pembeli untuk dapatkan pinjaman perumahan,” jelasnya.

Leave a Reply