PORTAL PELABURAN HARTANAH NO.1* DI MALAYSIA

MRCB & PropertyGuru terajui pelaburan pemasaran digital terbesar dalam sektor hartanah.

Malaysia Resources Corporation Berhad (MRCB), salah satu pemaju hartanah terkemuka di Malaysia, telah mementerai satu perkongsian (partnership) dengan PropertyGuru, portal hartanah terkemuka di Asia untuk membangunkan kempen digital ekslusif.

Ini bagi memasarkan dan mempromosikan MRCB Sentral Suites, Kuala Lumpur Sentral CBD, yang dijangka akan dilancarkan pada September tahun ini.

Perjanjian ini akan melihat PropertyGuru membangunkan kempen pemasaran digital yang sesuai, dan pelan penjenamaan khusus untuk Sentral Suites, Kuala Lumpur Sentral CBD yang bernilai RM4 juta.

Jumlah ini adalah perbelanjaan digital yang terbesar yang dilaporkan oleh mana-mana syarikat pembangunan hartanah di Malaysia setakat ini.

Pelaburan oleh MRCB ini juga menandakan perbelanjaan terbesar yang pernah direkodkan, serta diselaraskan dengan strategi untuk mensasarkan pembeli rumah, yang sebahagian besarnya menggunakan media digital untuk carian hartanah dan penyelidikan.

Ramai prospek mula beralih ke perkhidmatan dalam talian (online).

Ini telah disahkan oleh PropertyGuru dan survey daripada Google, yang mendapati 90% daripada pembeli hartanah telah berpindah menggunakan khidmat dalam talian (online) untuk mencari hartanah serta membuat kajian dan penyelidikan.

Pengarah Urusan Kumpulan MRCB, Yang Berbahagia Tan Sri Mohamad Salim Fateh Din berkongsi keyakinan beliau pada kempen digital ini.

“Dengan memanfaatkan kempen dalam talian digital, ini akan menjadi satu langkah yang tepat untuk MRCB, kerana kami mahu mengadaptasi langkah yang lebih interaktif dan pendekatan yang menarik dalam mendapatkan target audien sasaran kami.”

“Kami yakin PropertyGuru sudah mewujudkan platform pemasaran serantau yang luas yang terdiri daripada portal, penerbitan, acara, anugerah, pemasaran projek dan banyak lagi.”

“Ini bukan sahaja membolehkan kami mencapai target demografik yang releven, tetapi ia juga akan mengurangkan kos bagi setiap capaian (reach),” jelas beliau.

“Ia juga merupakan salah satu cara yang cekap dan berkesan untuk berurusan dengan pelanggan sasaran kami, yang aktif menggunakan platform digital untuk mencari kediaman Sentral Suites, Kuala Lumpur Sentral CBD yang menarik, sesuai dengan gaya hidup mereka yang aktif,” kata Yang Berbahagia Tan Sri Mohamad Salim.

Sheldon Fernandez, Pengurus Negara PropertyGuru Malaysia berkata:

“PropertyGuru amat berbesar hati kerana dinamakan sebagai rakan kongsi eksklusif MRCB, dan ia adalah masa yang menarik untuk kami, sepertimana kita sedang menuju revolusi digital ini bagi memasarkan Sentral Suites, Kuala Lumpur Sentral CBD.”

Berikan sepenuh kepercayaan.

“MRCB adalah rakan kongsi yang sesuai untuk kami bekerjasama, kerana mereka terkenal dalam menetapkan peristiwa penting serta sebagai inovator dalam industri hartanah.”

“Apa yang membezakan daripada perkongsian (partnership) lain, adalah MRCB memberi sepenuh kepercayaan kepada kami (PropertyGuru) untuk menerajui keseluruhan kempen pemasaran digital ini.”

“Ini bermakna, kami (PropertyGuru) bertanggungjawab dalam semua keputusan strategik dan bekerjasama dengan rapat dengan pasukan pemasaran mereka untuk mencapai sasaran yang diperlukan, dalam lingkungan kos model pemasaran prestasi yang ditetapkan,” katanya.

Sentral Suites, Kuala Lumpur Sentral CBD adalah plot kediaman terakhir yang tinggal dalam kawasan Kuala Lumpur Sentral CBD, dan mendapat manfaat daripada hab pengangkutan massa bertaraf dunia.

Dengan harga yang indikatif RM1,100 setiap kaki persegi, pangsapuri ekslusif itu berpusat dengan reka bentuk kontemporari yang dinamik.

Terdiri daripada 3 menara 43 tingkat, pembangunan ini menawarkan 1,434 pangsapuri dan 41 unit runcit. Pangsapuri perkhidmatan (serviced apartment) yang disediakan adalah 1 hingga 3 bilik tidur, yang terdiri daripada 651 hingga 1,166 kaki persegi.

Kediaman strategik ini menawarkan gaya hidup kosmopolitan yang moden, lengkap dengan kemudahan utama dalam jarak yang mudah sampai.

Antara kemudahan yang tersedia termasuk kedai runcit 2 tingkat, 15 sky garden, 15 sky pods, gimnasium, kolam renang infiniti, family fun pool, jakuzi, studio tarian, sauna, serta bilik permainan.

Untuk maklumat lanjut, sila layari www.sentralsuites.com.my

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *