PORTAL PELABURAN HARTANAH NO.1* DI MALAYSIA

Rumah second hand, sama harga dengan rumah baru. Mana satu nak beli ni?

Macam-macam perkara yang korang kena fikirkan bila nak beli rumah.

Tak kira siapa korang. Bahkan, pelabur hartanah otai sendiri pun kaji macam-macam perkara sebelum buat keputusan membeli.

Lebih-lebih lagi kalau korang nak beli rumah subsale.

Banyak kelebihan beli rumah subsale berbanding yang lain. Dan bagi yang belum tau, jangan risau.

Lepas korang baca perkongsian Tok hari ni, korang akan tau kenapa korang patut beli rumah subsale untuk tujuan pelaburan.

5 punca ramai pelabur suka beli rumah subsale

Tak semua rumah boleh jana untung untuk kita. Kalau senang buat untung, buat apa pening kepala nak belajar itu ini? Beli je mana-mana rumah yang ada. Betul tak?

Tu sebab, kena ada ilmu sebelum korang nak beli mana-mana rumah.

Perkara ni tertakluk jugak dengan rumah subsale. Tapi, kenapa ramai pelabur suka beli rumah subsale berbanding hartanah yang lain?

#1 : Anda boleh terus ‘buat duit’ lepas beli rumah

“Betul ke apa yang saya baca tadi, Tok?”

Kalau rumah subsale yang korang nak beli tu ‘kosong’ (tak berpenghuni), korang boleh sewakan terus rumah tu sebelum proses handover (pertukaran nama) selesai.

Bermakna, korang tak payah tunggu lama-lama untuk buat duit dengan rumah tu.

Cuma yang ini, korang kena minta izin dulu dengan owner asal rumah tu. Sebab rumah tu bukan atas nama korang lagi secara rasmi.

Ramai yang tak tau benda ni boleh dibuat. Untung kat korang jugak.

Kalau boleh sewakan sebelum nama ditukar (biasanya, ambil masa 4 hingga 6 bulan), boleh la cover sikit duit kos legal fee atau lain-lain.

Kalau beli rumah undercon, nak tak nak, korang kena tunggu sampai rumah tu siap dibina. Rumah lelong pulak, mungkin keadaan semasa rumah tu tak sesuai untuk dihuni.

KLIK LINK UNTUK BACA : Step-by-step beli rumah subsale, dari mula sampai dapat kunci. 

#2 : Dapat ‘duit lebih’ dengan bila beli rumah? Macam mana?

Pernah dengar tak ayat yang bunyi lebih kurang macam ni:

“Ada cara untuk kita beli rumah, pada masa yang sama, siap boleh dapat duit lebih lagi.”

Yang korang bakal baca selepas ni, adalah antara salah satu pecahan strategi yang korang buat dengan membeli rumah subsale.

Dengan rumah subsale, korang boleh buat mark-up loan kalau owner rumah tu jual pada harga below market value.

Tok bagi contoh.

Katakan, owner rumah nak jual pada harga RM300,000. Padahal, harga market value untuk rumah tu sekitar RM350,000. Korang boleh mark-up beza nilai ni untuk dapatkan cash ekstra untuk kegunaan sendiri.

Korang nak buat renovation ke apa, terpulang, Tapi yang penting, korang jangan pulak joli katak duit tu. Kalau tanya Tok, baik simpan buat modal beli rumah yang ke-2.

#3 : Ada tak risiko beli rumah subsale yang patut anda tahu?

Korang mesti dah sedia maklum. Kalau beli rumah undercon, korang terpaksa tanggung risiko projek terbengkalai.

Ini mungkin tak jadi satu isu buat korang yang beli rumah dengan pemaju ternama. Kalau tak, korang patut periksa dulu latar belakang pemaju tu dulu.

Untuk pembelian rumah subsale, korang tak perlu pening kepala tentang masalah ni. Sebab rumah yang korang nak beli tu memang dah siap terbina.

Cuma kalau nak reka bentuk moden tu, memang susah nak dapat la. Tapi masih boleh jumpa kalau korang betul-betul cari.

Memang jackpot kalau dapat sekali dengan harga below market value.

Bila Tok cakap macam tu tadi, bermakna korang boleh lawat dulu rumah, tengok kalau ada sebarang kerosakan atau cacat cela.

Kalau ada, boleh nego harga yang lebih rendah dengan owner. Dah puas tawar-menawar, kalau puas hati, baru letak deposit.

KLIK LINK UNTUK BACA : Siapa kata susah nak cari rumah subsale murah tahun ini? 

#4 : Rumah subsale yang macam mana boleh buat duit?

Dah tentu korang nak beli rumah untuk buat duit.

Sebab tu, pemilihan lokasi yang tepat penting supaya korang dapat capai objektif ni. Dan bab nak pilih tu, memang banyak kerja nak kena buat.

Antara strategi paling mudah korang boleh guna adalah beli rumah dekat kawasan yang dah sedia matang. Maksudnya, kawasan tu dah membangun dan terdapat banyak kemudahan seperti pengangkutan awam, akses ke lebuhraya terdekat, dan lain-lain.

Nak contoh? Kawasan Subang Jaya, Damansara, dan Kelana Jaya antara yang patut korang kaji. Banyak potensi pelaburan yang ada dekat sini.

Tak rugi kalau korang beli rumah pelaburan dekat kawasan macam ni (malah siap boleh buat untung), sebab senang nak sewakan. Cari rumah yang ada permintaan sewa yang tinggi daripada student universiti dan kolej, atau pekerja.

Disclaimer : Ini hanya sekadar idea. Korang kena buat kajian (due diligence) sendiri sebelum buat keputusan membeli. Tok tak bertanggungjawab ke atas sebarang kerugian yang berlaku.

#5 : Bajet anda tak berapa ‘lebat’ untuk beli rumah pelaburan?

Bila bercakap tentang keadaan rumah, memang banyak kekurangan berbanding kelebihan yang ada pada rumah subsale.

Tapi kalau tanya Tok, korang masih lagi boleh dapat rumah yang lebih murah berbanding rumah undercon yang ada dalam sesebuah kawasan tu. Memang banyak pilihan rumah subsale yang ngam dengan bajet korang.

Lagipun, korang bukan beli untuk duduk sendiri. Kalau ya, lain cerita. Untuk pelaburan, tak kisah rumah lama atau rumah baru, janji boleh buat duit untuk kita. Itu yang penting.

Dah set bajet, memang senang korang nak cari rumah. Korang boleh je buat carian pantas dekat mudah.my, iProperty, atau laman web hartanah untuk dijual yang lain.

Lepas dah beli, hias rumah cantik-cantik. Lagi bagus kalau hias macam korang yang nak duduk dekat situ. Sediakan semua perabot wajib seperti katil, almari, meja makan, dan sebagainya. Baru boleh letak kadar sewa yang tinggi.

KLIK LINK UNTUK BACA : Lelaki ini kongsi 6 lubuk beli rumah below market value. 

Banyak lagi kelebihan beli rumah subsale untuk pelaburan.

Tak kira la korang baru nak berjinak dalam dunia pelaburan hartanah, korang boleh buat benda ni kalau korang ada ilmu yang betul.

Belajar dan terus belajar, dan jangan pernah korang berhenti. Lagi banyak korang belajar, lagi banyak korang tau macam mana game pelaburan rumah subsale (dan lagi cepat la korang buat duit).

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *