Listari Marina Eco Marine 1

Pelantikan NWP sebagai kontraktor utama untuk projek Lestari Marina.

NWP Holding Berhad dilantik oleh Listari Marina (MM2H) Sdn Bhd sebagai kontraktor utama bagi cadangan pembangunan 160 unit service suite kat Melaka.

Dalam makluman kepada Bursa Malaysia, NWP berkata mereka telah menandatangani satu memorandum persefahaman (MoU) dengan Lestari Marina bagi pelantikan sebagai kontraktor utama.

Pembangunan service suite yang dicadangkan ini bertempat kat Pekan Klebang Sek 11, Melaka.

“Listari Marina bercadang melantik kami (NWP) ¬†sebagai kontraktor utama, tertakluk kepada syarat-syarat serta perlaksanaan perjanjian antara 2 parti ini,” jelas NWP semasa proses pemfailan.

Mereka menambah bahawa NWP perlu dapatkan pembiayaan sendiri untuk menjalankan kerja projek itu.

NWP juga telah mementerai MoU bersama SCEGC Installation Group Company Ltd, dan wujudkan kerja sama  dan perkongsian strategik bagi sebarang pembinaan kat Malaysia.

Menurut perjanjian MoU itu, mana-mana projek pembinaan yang SCEGC dapatkan akan diuruskan dan dijalankan NWP menerusi usaha sama ini, khususnya kat bahagian pembangunan projek.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *