Login

Register

Login

Register

Nak beli cincin kahwin dan jimat sehingga RM10,000?

| | ,

Banyak Tok dengar cerita orang berkahwin gunakan pinjaman. Tindakan ni terang-terang boleh buatkan kewangan korang mudarat lepas kahwin nanti.

Patut lepas kahwin nak hidup bahagia dengan pasangan. Last-last kena tanggung masalah kewangan yang korang jemput sendiri.

Ini tip yang ohsem buat korang yang nak berkahwin dalam masa terdekat ni. Tok baca kat blog Afnaniman.com. Sebelum keluarkan duit tu, baca dan buat berfikir dulu ya.

Antara cincin dan kad kredit

Ada beberapa individu yang aku kenal gunakan kad kredit untuk beli cincin pertunangan atau perkahwinan.

Parah, parah.

Belum sah kahwin dah buat hutang “negatif” yang akan buat kepala kita sakit setiap bulan.

Aku belajar ilmu ini daripada Kevin O’Leary (Orang ramai kenal beliau menerusi rancangan televisyen Shark Tank). Ilmu ini boleh menjimatkan kos sekitar RM1,000 – RM10,000.

Malah, ia boleh elakkan kita “terguna” kad kredit.

Ini gimik yang buatkan ramai orang nak beli cincin mahal

Syarikat-syarikat cincin berlian ini sama bijak seperti bank. Kevin O’Leary gunakan contoh De Beers.

Pada tahun 1940-an, De Beers adalah syarikat terawal yang memperkenalkan idea “lelaki perlu gunakan hampir seluruh duit gajinya untuk membeli cincin perkahwinan” kat pasaran.

Kenapa? Tak ada sebab yang rasional.

Hanya berpandukan alasan ini:

“Jika kita beli cincin murah, itu bermakna si dia (lelaki) tak menghargai nilai cinta dengan bakal isterinya.”

Bagaimana majoriti masyarakat boleh terpengaruh dengan idea ini? Jawapannya jelas, kempen marketing yang genius.

Cincin mahal penentu kebahagiaan rumah tangga?

Adakah kita sanggup habiskan beribu-ribu semata-mata untuk membeli sebuah cincin yang langsung tak menjamin kebahagiaan hidup?

Aku pun tak tahu. Sebab cincin perkahwinan aku bawah RM100. Lebih spesifik, RM80. Malah aku tak pakai cincin itu pun sekarang sebab jari sudah mengembang.

Kata Kevin O’Leary, kita boleh ubahsuai konsep sedia ada menjadi lebih romantik menerusi:

  1. Tak perlu beli cincin perkahwinan yang mahal. Beli sekadar yang selesa dan cantik.
  2. Beritahu bakal isteri, yang beliau akan dapat cincin yang lebih baik pada ulangtahun perkahwinan yang ke 10. Boleh kumpul duit dan elak guna kad kredit.

Nak beli juga? Ukur baju kat badan sendiri

Bab cincin perkahwinan ini memang agak sensitif bila sebut kat negara Malaysia.

Mungkin ramai yang kurang bersetuju. Kalau tanya aku, ukur baju kat badan sendiri. Kalau tak mampu, jangan poyo-poyo bajet mampu sebab mahu menunjuk atau puaskan hati orang lain.

Duit itu engkau punya. Bukan mereka punya. Kad kredit itu pun engkau punya. Jadi engkau yang buat keputusan. Bukan orang lain.

Cincin perkahwinan ini saja boleh bagi penjimatan sehingga RM1,000 ke RM10,000 jika kita mampu kawal perbelanjaan ini.

Tok faham, korang nakkan yang terbaik sepanjang masa menjadi Raja Sehari tu. Tapi tak bermakna korang boleh senang-senang nak bermewah tak tentu hala.

Cukup sekadar yang perlu saja. Baik lagi korang gunakan duit tu untuk tampung kehidupan lepas dah kahwin. Atau simpan untuk tabung anak korang yang bakal lahir nanti.

Lebih banyak kita dapat jimat daripada sekarang, kan lebih bagus?

Previous

Pengurusan kewangan lepas kahwin: 4 langkah untuk berbincang dengan pasangan anda

Persediaan selepas kahwin 101: Berapakah kos menjaga anak anda yang bakal lahir nanti?

Next

Leave a Comment