PORTAL PELABURAN HARTANAH NO.1* DI MALAYSIA

“Melabur di Sepang, anda confirm rugi” – Boleh percaya ke?

Dah lumrah seorang pelabur. Objektif utama, mesti la nak buat untung.

Banyak yang korang kena kaji sebelum buat keputusan membeli. Dan perkara ini tertakluk dekat semua lokasi.

Selagi boleh, kaji dan kenal dulu kawasan tu, macam korang nak kenal pasangan hidup sendiri.

“Tok, ramai yang cakap kawasan Sepang adalah tempat ‘jin bertendang.’ Boleh ke buat untung?”

Okay. Kalau korang serius nak tahu, hadamkan perkongsian Tok hari ni laju-laju.

Sepang, tempat ‘jin bertendang’?

Mitsui Outlet Park KLIA SEPANG 2

Sumber gambar – taxiexora.com

Sepang adalah sebuah bandar yang terletak di Selatan Selangor.

Tak tahu dekat mana? Antara yang dekat dengan kawasan ni adalah Kuala Lumpur International Airport (KLIA) dan Sepang International Circuit. Yang ni, korang mesti pernah dengar, kan?

Sepang juga dikira sebagai jiran yang dekat dengan Cyberjaya dan juga Putrajaya. Dan bila bercakap tentang kawasan ni, ramai yang akan fikir :

“Apa yang ada dekat sini? Ini tempat ‘jin bertendang’ yang tak ada hiburan.”

Bukan tak ada langsung ya. Yang terdekat dan grand adalah Alamanda Shopping Centre dan Mitsui Outlet Park di KLIA.

Dan jangan pandang rendah dekat kawasan ni.

Dekat Sepang, boleh tahan banyak rumah landed bersaiz besar, lengkap dengan ciri-ciri mewah. Cuba korang berjalan dekat Sepang Gold Coast dan Bagan Lalang Beach. Silap-silap, boleh ternganga mulut korang.

Apa lagi kemudahan yang ada dekat Sepang ni?

Sumber gambar Mitsui Outlet Park KLIA SEPANG 1

Sumber gambar – Mitsui Outlet Park KLIA SEPANG

Sepang sekarang, dalam fasa nak membangun. Tapi korang jangan risau, macam-macam jugak yang dah ada dekat sini.

Ini antara contoh kemudahan yang ada dekat dengan kawasan Salak Tinggi.

Untuk pusat membeli-belah, korang senang-senang boleh sampai ke Tesco dan Giant Nilai (terletak lebih kurang 9KM) dalam masa 10 hingga 11 minit perjalanan.

Kalau korang jenis minat barangan branded, korang boleh pergi ke Mitsui Premium Outlet. Hanya perlukan masa perjalanan selama 23 minit je untuk ke sana.

Sekolah? Pun ada banyak untuk korang pilih dekat sini. Dari tadika hingga la ke sekolah menengah, semua hanya memakan masa selama 15 minit perjalanan saja.

Universiti pun, ada banyak dekat sini. Antara yang ada seperti :

  • East College of Technology (0.5KM, 1 minit perjalanan),
  • UniKL MIAT (2.4KM, 3 minit perjalanan),
  • Inti Nilai International University (7.9KM, 10 minit perjalanan),
  • Nilai University (10.4KM, 13 minit perjalanan),
  • Manipal International University (10.8KM, 14 minit perjalanan),
  • Universiti Sains Islam Malaysia (14KM, 17 minit perjalanan),
  • Xiamen University (12KM, 12 minit perjalanan).

Klinik dan pusat kesihatan pun ada dekat sini. Yang paling dekat adalah :

  • Nilai Medical Centre (9.4KM, hanya ambil masa 11 minit perjalanan),
  • Hospital Putrajaya (25.1KM, 25 minit perjalanan),
  • PUSRAWI Medical Centre (13.2KM, 23 minit perjalanan).

Sekarang, cukup mudah nak datang ke Sepang

Sumber gambar Malay Mail Online

Sumber gambar – Malay Mail Online

Trafik dekat sini, boleh cakap okay lagi. Cuma kalau dah masa peak hour, memang tak boleh nak buat apa.

Kalau korang nak ke Pusat Bandaraya (Kuala Lumpur) pulak, korang boleh gunakan lebuhraya Utara-Selatan Hubungan Tengah. Masa perjalanan? Paling kurang, 45 minit dan ini bergantung kat keadaan trafik semasa.

Selain tu, korang jugak boleh gunakan lebuhraya lain seperti ELITE (Lebuhraya Utara-Selatan) dan MEX (Maju Expressway).

Kerja di KLIA? Ini tempat paling awesome untuk anda!

Screen Shot 2018 03 05 at 3.38.28 AM

Sumber gambar – klia2.info

Kenapa Tok cakap macam ni?

Masa perjalanan korang untuk ke tempat kerja (KLIA), hanya ambil masa 13 minit saja. Contoh ni dengan menganggap korang menetap di kawasan Kota Warisan, Sepang.

Serius dekat gila!

Dah la korang tak payah nak semak menghadap jalan jam macam dekat Pusat Bandar. Tapi sekali lagi, semua ni bergantung kat keadaan trafik semasa.

Tip Power : Strategi efektif untuk elak masalah ni, adalah dengan check dulu keadaan trafik gunakan Waze sebelum keluar rumah.

Nak lagi? Seronok tak kalau Tok bagitahu, yang korang boleh jimatkan kos minyak dan mileage kenderaan korang?

Dengan menggunakan contoh tadi (dengan menganggap korang menetap di kawasan Kota Warisan, Sepang), korang boleh pergi ke Stesen ERL Salak Tinggi dalam masa 4 minit je (sejauh 2.7KM saja).

Masa perjalanan korang? Kalau nak ke KLIA, korang boleh sampai dalam masa 7 minit. Untuk ke KLIA2 pulak, hanya ambil masa dalam 11 minit saja.

Kos korang, hanya menelan belanja sebanyak RM4.90 untuk ke KLIA dan KLIA2 (sekali perjalanan). Kalau pergi balik, dalam RM9.80 saja. Murah ke, mahal?

Berapa pulak anggaran kadar sewa dekat Sepang?

Ini satu indikator terbaik yang korang boleh gunakan untuk buat anggaran untung kasar.

Daripada anggaran sewa, korang boleh kira berapa bayaran ansuran bulanan rumah tanpa gunakan duit sendiri. Semua ni, penyewa yang tolong bayarkan.

Lagi untung, korang dapat sewakan pada harga lebih tinggi berbanding kadar sewa pasaran semasa.

P/S : Nak tahu cara naikkan kadar sewa? Klik sini untuk buka ‘new tab’ dan baca sekarang. 

Ini kajian yang Tok dapat gunakan Mudah.my, Propsocial dan juga PropWall :

  • Taman Salak Perdana: RM700++ sebulan (rumah high-rise), dan RM900++ (rumah landed),
  • Taman Dahlia: RM300 hingga RM450 sebulan (rumah flat low cost), dan RM1,000 hingga RM1,200 (kondominium),
  • Taman Mawar:  RM1,100 hingga RM1,700 (rumah landed).

Tergerak hati nak melabur dekat kawasan ni?

Memang ada potensi untuk pelaburan dekat kawasan yang sedang pesat membangun. Dan Sepang adalah salah satu yang korang boleh kaji.

Nasihat Tok, korang buat dulu kajian yang terperinci sebelum buat keputusan membeli. Apa yang Tok bagi ni, sekadar kajian umum saja.

Macam yang Tok cakap mula-mula tadi, kenal dulu sesebuah kawasan tu macam nak cari pasangan sendiri. Faham tak apa Tok cakap ni?

Tak nak terlepas info dan tips terkini berkaitan hartanah dan kewangan? Tok nak ajak anda join Channel Telegram rasmi Gilahartanah. Klik gambar untuk join.

[KLIK GAMBAR SEKARANG]

Jom join Channel Telegram rasmi GilaHartanah.
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *