“Mak bapak pilihkan kerjaya aku. Apa nak buat?” – Maryam

Ini dilema yang ramai anak muda terpaksa hadapi sekarang ni.

Selagi boleh, semua kena ikut telunjuk ibu bapa. Alasan popular yang mereka selalu gunakan adalah :

“Aku makan garam dulu sebelum korang.”

Ayat ini, ada betulnya. Tapi yang pasti, bukan betul semua. Dan akibat keluarga tentukan kerjaya atau hala tuju hidup, ramai anak muda yang tak gembira dengan kehidupan mereka.

Jemput hadamkan pandangan Tuan Faizul Ridzuan tentang perkara ni laju-laju.

Kerja bagus dah. Tapi, hidup tak happy

Salam semua.

Baru-baru ni, saya berjumpa dengan seorang klien yang datang ke sesi 1-on-1. Beliau ada kerja yang okay, tapi tak gembira sebab kerja yang beliau buat bukan passion beliau.

Saya tanya, kenapa beliau masuk bidang tersebut. Dan jawab beliau, itu bidang yang direstui oleh ibu bapa beliau.

Saya tanya beliau lagi :

“Berbaloi ke dapat restu ibu bapa, tapi korbankan kemahuan diri sendiri?”

Beliau diam saja, tunduk melihat lantai.

Saya tunjukkan cara macam mana beliau nak bina portfolio lebih RM1 juta, yang boleh bantu beliau berhenti kerja selepas 7 atau 8 tahun.

Selepas selesai, beliau ucapkan terima kasih kepada saya dan beredar.

Saya tak tahu beliau akan bina portfolio yang saya cadangkan, kalau beliau tak dapat restu daripada parents beliau.

Akibat tak dapat restu mak bapak, hidup dan kerjaya confirm gagal?

Saya terpanggil berkongsi perspektif ini, sebab ini bukan kali pertama saya berjumpa mereka yang tak gembira dengan kerjaya mereka, sebab ianya bukan pilihan mereka sendiri.

Yang paling ramai sekali yang ada masalah ni, golongan Melayu.

Mereka pilih untuk dapatkan restu dan korbankan kemahuan mereka sendiri. Mereka takut tak dapat restu dan akibatnya, mereka akan gagal.

Realitinya, ramai orang yang mengubah dunia hari ini, adalah mereka yang buat tanpa restu ibu bapa mereka pada permulaan.

Saya bagi contoh :

#1 : Kisah Bill Gates – Hampir nak jadi peguam?

Sumber gambar – Highsnobiety

Ayah Bill Gates, mahukan beliau jadi peguam juga. Bill Gates, tak nak jadi peguam dan drop out dari Harvard untuk bina Microsoft.

Hari ni, beliau merevolusisasikan industri personal computing, dan jadi antara individu yang paling berpengaruh di abad ke-21.

Cuba bayangkan, kalau dia follow buta-buta pendapat ayah beliau?

#2 : Steve Jobs – Bina syarikat teknologi paling bernilai di dunia

Sumber gambar – SlashGear

Steve Jobs, sepatutnya buat degree dalam literature di Reed College.

Siapa yang tak tahu, beliau adalah anak luar nikah dan ibu kandung beliau mahukan beliau masuk ke kolej. Beliau juga seorang drop out, dan bertanggungjawab mulakan Apple Computers.

Bila beliau mati, Apple merupakan syarikat paling bernilai di dunia.

#3 : Tony Robbins – Ibu ada masalah dadah dan alkohol?

Sumber gambar – CNBC.com

Tony Robbins, ada ibu yang mengambil dadah dan ada masalah ketagihan alkohol. Beliau juga pernah dipaksa minum sabun basuh baju.

Itu cerita dulu. Kini, beliau adalah life coach paling berjaya dan paling memberi impak kepada jutaan orang ramai.

Kalau tunggu restu ibu beliau, memang apa pun tak boleh.

#4 : Kisah ‘bangla’ Sentul – Dulu programmer. Sekarang, lari ke bidang hartanah

Sumber gambar – Tok Penghulu

Lelaki ke-4 yang macam bangla tu, ibu beliau mahu beliau masuk kerja kerajaan, dan ayahnya nak beliau jadi programmer.

Dia degil, jadi anak derhaka kejap sebab tak mahu dengar cakap dan pendapat ibu-bapa.

Hari ni, beliau dah mendidik berpuluh ribu orang untuk jadi celik kewangan, dan meninggikan pemilikan hartanah di kalangan Bumiputera dan orang muda.

Asalkan tak langgar agama dan undang-undang?

Wahai ibu-bapa sekalian.

Kalau anak-anak korang degil dan keras kepala nak ikut idea mereka, asalkan tak melanggar undang-undang dan agama, jangan halang mereka.

Sebab apa? Mereka ada 40 hingga 60 tahun lagi untuk hidup. Dan amat la sedih hidup mereka sebab semata-mata nak penuhi impian korang (ibu-bapa).

Bertambah sedih lagi, kalau kerjaya yang korang pilih untuk anak-anak tu, akan terkena impak besar dari kesan robotik dan automation, dan mereka akan hilang pekerjaan pada waktu umur mereka menjelang 40-an.

Tahu tak korang?

Lebih daripada 40% dari kerjaya yang ada pada hari ini, akan digantikan dengan robot (law, medical, dan banyak lagi) dalam 20 tahun saja?

Dan tahu tak korang, ramai YouTuber hari ni, boleh jana pendapatan 6 angka, dan mereka masih belum habis sekolah?

“The world is changing, and we need to change our box and our views too.” – FR

Kisah hidup Jim Carrey yang ‘makan dalam’

Sumber gambar – mx.hola.com

Kisah ayah Jim Carrey (pelakon, pelawak) berikan kesan yang amat mendalam terhadap diri beliau.

Ayah beliau boleh jadi komedian yang hebat. Tapi beliau pilih kerja yang selamat, dan pilih untuk jadi akauntan.

Dan waktu Jim Carrey berumur 12 tahun, ayah beliau diberhentikan oleh apa yang sepatutnya, merupakan kerjaya yang selamat.

Kesan kejadian ini terhadap Jim Carrey sangat mendalam, dan beliau berkongsi yang :

“You can fail at what you don’t want and don’t like. So, might as well take a chance and do what you love” – Jim Carrey

Anda berhak 100% untuk tentukan hala tuju hidup sendiri

Wahai kawan-kawan, ini hidup korang. Jangan salahkan keluarga untuk pilihan yang korang buat untuk diri sendiri.

Korang boleh cakap ‘NO’ dekat parents, tapi cakap elok-elok dan jelaskan kenapa pentingnya korang buat apa yang korang nak buat.

Mereka cuma risau kalau korang buat keputusan yang salah, dan mereka sayangkan kita sebagai anak-anak. Mereka cuma nak yang terbaik untuk kita.

Cuma, dunia sekarang tak sama macam zaman mereka yang terdahulu. Dan mungkin mereka tak nampak dari perspektif korang yang sekarang.

Dan buat korang yang tak dapat restu, jalan terus selagi tak langgar hukum agama dan undang-undang. Hari ni, lelaki No. #4 tu, ibu bapa beliau berbangga dengan beliau, walaupun waktu permulaan tak dapat restu.

P/S : Ini bukan post yang nak galakkan anak menderhaka. Sekadar berkongsi pandangan dan cerita.

Buang rasa takut untuk berterus-terang dengan mak bapak korang. Dan cakap elok-elok. Baik korang bagitahu sekarang sebelum terlambat.

Buat mak bapak pulak, Tok faham korang risau tentang anak-anak korang. Cuba kawal perasaan tu, dan bagi ruang kat anak korang untuk buat keputusan.

Silakan SHARE perkongsian ini kat kawan-kawan korang yang fresh graduate tu. Semoga bermanfaat.

88 Shares

2 thoughts on ““Mak bapak pilihkan kerjaya aku. Apa nak buat?” – Maryam

Leave a Reply